View: 1178|Reply: 10
|
[Tempatan]
Melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
[Copy link]
|
|
28 ditahan polis kerana daki Bukit Broga
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/719821/28-ditahan-polis-kerana-daki-bukit-broga
Isnin, 10 Ogos 2020 | 7:20pm
Oleh Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my
Foto hiasan.
KUALA LUMPUR: Seramai 28 individu ditahan polis selepas dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila mendaki Bukit Broga di Semenyih dekat Kajang, semalam dan kelmarin.
Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 44 tahun itu dibawa ke Balai Polis Semenyih untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata dua daripada individu itu ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.
"Seramai 26 orang lagi dikenakan tindakan kompaun mengikut Seksyen 18 Peraturan 10/11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pendakian di Bukit Broga, buat masa ini kerana ia masih dilarang.
"Sebarang pelanggaran SOP PKPP akan diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
padan muka
|
|
|
|
|
|
|
|
Degil, cari penyakit..
Mendapatlah
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersangka baik, mungkin di puncak bukit broga ada penawar covid19 |
|
|
|
|
|
|
|
Jogging boleh, hiking x boleh.. Eisshhh konpius lah pulak pkpp nih...tp dedua aku x buat la |
|
|
|
|
|
|
|
Species apa dironjang bak kata mak aku |
|
|
|
|
|
|
|
tak g naik bukit tu
boleh mampos gaknye
xfaham bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
rukia2 replied at 11-8-2020 10:00 AM
Jogging boleh, hiking x boleh.. Eisshhh konpius lah pulak pkpp nih...tp dedua aku x buat la
Sebab tak boleh kumpul lebih dari 20 orang agaknya tapi kumpulan penyokong najib, tun dan lee gua tu tak kena pula. |
|
|
|
|
|
|
|
lahhh dah knp mati ke klu tak pegi hiking |
|
|
|
|
|
|
|
Bukit Broga kan ditutup buat sementara waktu yang gigih nak naik juga dah kenapa kan dah mendapat |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik aku dgn polis ni.. minggu lepas, aku kluar dgn mem nk gi makan. Tiba kat simpang 4 traffic light, polis trafik blok simpang dgn moto honda ST tu. ingatkan escort sultan.
Tiba2, muncul konvoi berbasikal! Dengan kayuhan berkumpulannya, tak pakai mask.. apa ni? Pendendaan terpilih ka? Pendendaan terbangsat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|