CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kp5x

[Tempatan] Guan Eng, Betty, Li Koon didakwa bersama di mahkamah untuk kes rasuah dan penggu

  [Copy link]
Post time 11-8-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat malaysia tolak dap.. Undilah PN..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Terharu aku tgk masa guan eng peluk bini dia. Ciri2 suami pnyayang Sgt tau:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 10:56 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 11-8-2020 10:44 AM
Terharu aku tgk masa guan eng peluk bini dia. Ciri2 suami pnyayang Sgt tau:

kan. suami mithali. segala wang disuruh masukkan ke dalam akaun bini je. dia taknak satu sen pun.

mana nak cari laki macam tu sekarang.


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:10 AM | Show all posts
Phang, Betty mengaku tak bersalah tuduhan rasuah
By Kasthuri Jeevendran -
11 August 2020



BUTTERWORTH- Ahli perniagaan, Phang Li Koon dan isteri Lim Guan Eng, Betty Chew mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah serta penggubahan wang haram hari ini.

Li Koon didakwa telah bersubahat memastikan Betty mendapat suapan sebanyak berjumlah RM372,009 untuk Betty melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn. Bhd.

Ini kerana syarikatnya Magnificent Emblem Sdn. Bhd. mendapat projek bernilai RM11.61 juta melalui Guan Eng yang juga ketika itu merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Penang.

Kesalahan itu dilakukan antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.

Li Koon didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dibaca bersama seksyen 23(1) dan seksyen 24(1) Akta yang sama.

Sabit kesalahan beliau berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Manakala Betty juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melibatkan diri dengan penggubahan wang haram apabila menerima berjumlah RM87,009 di Public Bank Taman Melaka Raya antara 7 Oktober 2013 dan 4 Oktober 2014.

Wang Itu telah dimasukkan ke dalam akaun banknya melalui Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri itu juga didakwa telah menerima suapan sebanyak RM180,000 pada 3 September 2013 dan 11 Ogos 2014 hasil aktiviti wang haram dari syarikat yang sama.

Pertuduhan ketiga terhadap Betty ialah menerima wang sebanyak RM105,000 pada 4 September 2015 dan 3 Mac 2016 juga hasil wang haram ke akaun peribadinya dari Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Betty berdepan tuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Hasil Kegiatan Haram 2001.

Jika sabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda kali ganda jumlah suapan tersebut.

Prosiding masih berjalan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang betul LKS kat menantu dia. Kalau mertua hantu, silap2 dia tepuk tangan menantu dia kena. Mereput lah kau sorang2 dalam jail tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 11-8-2020 10:56 AM
kan. suami mithali. segala wang disuruh masukkan ke dalam akaun bini je. dia taknak satu sen pun.
...

Blh ambk guan eng jd idolat x lipan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 11:28 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 11-8-2020 11:20 AM
Blh ambk guan eng jd idolat x lipan?

Bergantung kepada warna kepekatan darah. kalau darah campuran warna merah, biru putih tu elok la.


lagipun, memang ramai yang jadikan beliau idola pun. maklum la, benhenti bercakap bila azan.


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:29 AM | Show all posts
cina cina dekat forum lowyat semua cakap lim guang eng baik2 sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 11:31 AM | Show all posts
mana mungkin icon idola yg
hormat azan
makan dlm talam
tlg angkat bagasi

tetiba caj rasuah

tak mungkin
tak mungkin

ni semua usaha nak burukkan parti suci embun pagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Punya la burukkan orang lain rasuah la,kerajaan corrupt, bersih itu bersih ini....hujung2 dia pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cik_chili at 11-8-2020 11:41 AM

dakwaan pun masih samar2 tp dah msuk court? kes apa pun xtahu lg ... sabar jelaaa..bole ke gitu? bangsa ketuanan dah kompang sana sini tp isi berita x baca pun psl apa...hihihihi

nasib mu laa LGE ...sapa suruh mu berkepak sgt masa naik jd menteri aritu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:55 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 11-8-2020 11:57 AM

... ada anak hekan lelaki melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:29 PM | Show all posts
Guan Eng tak mengaku dakwaan rasuah RM372,009 [METROTV]



BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas pertuduhan rasuah.

Guan Eng, 60, dan Phang, 48, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bernilai RM11,610,000 yang Chew secara tidak langsung mempunyai kepentingan.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016, di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, di George Town, Pulau Pinang.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Ia membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 11-8-2020 11:55 AM
... ada anak hekan lelaki melayu..

wow, spill the tea, bang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ayya, this is not rasuah anymore..ini cuci2 duit punya olang
penat2 layering sangkut jugak ka..adoii
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:33 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 11-8-2020 11:28 AM
Bergantung kepada warna kepekatan darah. kalau darah campuran warna merah, biru putih tu elok la.
...

Thx pans. Gud tips from u
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 11-8-2020 11:55 AM
... ada anak hekan lelaki melayu..

Laki nye ke bini nye???
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:19 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu anjing2 ni masuk jel...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 11-8-2020 09:55 AM
Mana wa tatak lisau, itu luit semua masuk melalui wa munya menantu.

Boleh ek merayu rayu gitewww...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.079389 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list