CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1018|Reply: 7

[Tempatan] 'Lebih baik muafakat sesama Melayu dari jadi tali barut DAP'

  [Copy link]
Post time 11-8-2020 12:42 PM | Show all posts |Read mode
'Lebih baik muafakat sesama Melayu dari jadi tali barut DAP'

https://www.malaysiakini.com/news/538183

Diterbitkan Hari ini 12:31 pm
Dikemaskini Hari ini 12:31 pm



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah, membidas kenyataan Ketua Pemuda DAP di negeri itu, Sheikh Umar Bagharib Ali yang menyifatkan Bersatu Johor ibarat anak tiri dan tongkat dalam Perikatan Nasional (PN).

Mohd Hairi sebaliknya mempersoalkan keikhlasan DAP dalam membela masyarakat Melayu dan Bumiputera, serta mendakwa parti itu mempunyai agenda untuk 'mencorakkan Malaysia menjadi sebuah negara DAP'.

"Selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, terserlah sikap DAP yang mempergunakan kuasa itu sepenuhnya untuk mencorak Malaysia sebagai sebuah negara DAP.

"Jadi, adalah lebih baik bermuafakat sesama orang Melayu dan Islam daripada menjadi tali barut DAP, " katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Mohd Hairi juga menjangkakan parti baru yang ditubuhkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak akan mampu untuk bertahan.



“Tidak ke mana pun parti baru yang ingin ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu, prosesnya bukan mudah dan matlamat parti itu juga tidak jelas.

“Biarlah Umno, sesama Islam demi masa depan yang lebih baik di negeri Johor daripada terus menjadi kuli ataupun khadam kepada DAP,” katanya memetik kenyataan Adun Pengkalan Batu dari Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang pernah mengakui hanya menjadi 'barua' sewaktu bersama DAP.

Terdahulu, Sheikh Umar yang merupakan Adun Paloh berkata, meskipun kerajaan pusat diterajui Bersatu di bawah pimpinan presidennya Muhyiddin Yassin, di peringkat akar umbi di Johor ia hanyalah indah khabar daripada rupa.

Malah, jelasnya, kerjasama antara Muafakat Nasional yang terdiri daripada Umno dan PAS dengan Bersatu seperti tidak wujud di Johor.

Untuk mengukuhkan dakwaan itu, Sheikh Umar berkata, Bersatu tidak dijemput dalam satu program Hari Raya Aidiladha yang dihadiri menteri besar Hasni Mohammad serta disertai ahli Umno dan PAS.

Menerusi kenyataan berasingan, Ketua Pemuda PAS Johor Ahmad Nawfal Mahfoz menambah dakwaan Bersatu dilayan seperti anak tiri sebagai tidak berasas sama sekali.

Jelasnya, Sheikh Umar juga harus berasa malu kerana tuduhannya telah dinafikan oleh Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang.

Ahmad Nawfal turut mengingatkan Adun DAP itu supaya tidak menjadi batu api dalam hubungan baik di antara PAS, Bersatu dan Umno di Johor.

“Saya ingin mengingatkan Syeikh Omar Ali agar berhenti dari menjadi batu api dan cuba untuk melaga-lagakan kerjasama baik yang berlaku diantara PAS, Umno dan Bersatu selaku tunggak utama kepada pentadbiran kerajaan Johor kerana itu usaha tersebut dilihat sia-sia dan hanya mengundang dosa,” katanya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 12:46 PM | Show all posts
mereka kata, orang kapir yg bersih lebih baik dari org muslim yg korup.

last-last yang dikatakan kapir bersih tu pun korup.


ini dinamakan klepetokerasi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
org melayu muslim yg korup ni ibarat musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan..susah nak detect tau2 kena tikam  belakang je, pas dah kena dakwa mula la dok nak heret semua orang jadi perkauman, memperguna agama dan bangsa sebagai benteng
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:23 PM | Show all posts
betul tu

aku tak kisah kalau Dr Mahathir DSAI Khalid Samad dan Siti Kassim masuk UMNO ramai2

kita tolak parti perasuah DAP

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 09:38 PM | Show all posts
Kasi cuci bersih semua Melayu pengkhianat bangsa ,baru boleh sembang laju.

Melayu yg jadi barua  kafeer masih ramai.


Malaysia tidak akan bebas PATI, bebas jenayah sehinggalah Melayu yg jaid pemimpin di atas  bekerja untuk rakyat dan negara , kerana Allah.


ni MB Kedah sanusi pun aku dengar kepala taik juga

dajjei sungguh la siapa yg lantik  jantan bagak bodo tu jadi MB Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu la realitinya

Sesiapa sahaja yang jadi talibarut cina komunis akan dipandang hina dalam kalangan masyarakat Melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kalu betul taknak melayu berpecah, bubar la umngok dan pas.
serap semua bawah parti bersatu.

yg rakyat nampak hari nih,
punya la byk "parti melayu" bawah gabungan haram.
kemudoan berebut kerusi sambil cabar mencabar sesama sendiri.

jelas terbukti gabungan munafik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu yg fikir gini macai2 ketuanan melayu je...tp skg ni macai lobai pun dah gini..lebih rela jadi khadam MCA yg 100% cina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.062501 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list