CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 10

[Tempatan] Suspek utama pembunuhan jurujual wanita CASH di billboard

[Copy link]
Post time 11-8-2020 01:12 PM | Show all posts |Read mode



SUSPEK utama kes pembunuhan jurujual wanita yang dibunuh di Taman Kelisa Ria, Amanjaya, Sungai Petani, semalam, ditemui mati tergantung di papan iklan di Jalan Lencongan Timur dekat Bukit Bintang, hari ini.

Mayat Tan Kok Jooi, 62, yang juga suami kepada mangsa bunuh, Kuek Choo Hong, 61, ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan 7.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pengecaman mayat dilakukan ahli keluarganya yang hadir di tempat kejadian.

"Pagi ini kita menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengatakan terdapat seorang lelaki menggantung diri di papan iklan.

"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit adalah suspek yang dicari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya semalam," katanya dalam sidang media hari ini.

Adzli berkata, pihaknya turut menemui sebuah kereta yang disahkan sebagai milik lelaki terbabit ditinggalkan kira-kira 50 meter dari tempat dia ditemui tergantung.

Beliau berkata, siasatan awal unit forensik ke atas kereta berkenaan tidak menemui sebarang petunjuk yang bersangkut dengan pembunuhan itu.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Semalam, Choo Hong ditemui mati dengan kesan kelar di leher dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah serta muka ditekup dengan bantal di rumahnya.

Dalam perkembangan sama, Adzli berkata, walaupun suspek utama kes berkenaan ditemui mati, pihaknya akan meneruskan siasatan berhubung kes pembunuhan jurujual berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya percaya kejadian itu dilakukan oleh orang dikenali berdasarkan tiada kesan pecah masuk ke rumah berkenaan sebelum mayat ditemui.

"Siasatan lanjut di rumah turut menemui sehelai seluar jeans yang lembab di dalam mesin basuh dipercayai sudah dibasuh, jadi kita akan tetap meneruskan siasatan ke atas kes pembunuhan itu," katanya.

Berita berkaitan

• Jurujual ditemui mati dengan kesan kelar

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 12:02 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pon kes laki bunuh bini ka lepastu dia membunuh diri sendiri pula...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:15 PM | Show all posts
alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:15 PM | Show all posts
zaman chinese virus ni mcm2 jadi

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Berhantu la kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dah 60-an.
Apalah yg tak kena sampai berbunuh bunuhan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2020 01:29 PM | Show all posts
Ummah suchi ke sister? selayaknyalah



SUNGAI PETANI - Suami kepada wanita mati dibunuh semalam ditemukan tergantung di sebuah papan tanda iklan tepi jalan dekat Bukit Bintang, Jalan Lencongan Timur Sungai Petani kira-kira 7.42 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 62 tahun itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, berbaju T warna merah dan berseluar jeans.

Menurutnya, warga emas terbabit diburu sejak semalam bagi membantu siasatan pembunuhan isterinya di rumah mereka dekat Bandar Amanjaya kira-kira 1.25 petang semalam.

"Polis menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan mayat lelaki itu pada jam 7.42 pagi dan bergegas ke lokasi bagi menyiasat kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku kurang dari 12 jam berdasarkan keadaan fizikal mayat," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian.
Kenderaan jenis Proton Iswara milik lelaki itu diletakkan kira-kira 100 meter dari lokasi mayat ditemui.
Kenderaan jenis Proton Iswara milik lelaki itu diletakkan kira-kira 100 meter dari lokasi mayat ditemui.

Adzli berkata, mayat diturunkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan selesai kira-kira 10.45 pagi tadi.

Sementara itu katanya, kenderaan Proton Iswara milik lelaki itu diparkir di tepi jalan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual ditemui maut, ada kesan kelar di leher

Sejak semalam, polis sedang mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya yang juga seorang jurujual di sebuah pasar raya di sini.

Mangsa, Kuek Choo Hong, 61, ditemukan mati dalam keadaan terlentang di atas katil manakala muka ditekup dengan bantal.

Siasatan forensik juga mendapati ada kesan kelar sepanjang 12 sentimeter bahagian leher mangsa tetapi tiada kesan pecah rumah selain pintu juga dikunci menggunakan mangga dari luar rumah.

Difahamkan, pasangan terbabit yang berkahwin sejak 10 tahun lalu dan sering berdepan masalah rumah tangga.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut namun siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dijalankan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganasnya gaduh suami isteri sampai mati2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 02:13 PM | Show all posts
aiseyy baru ku tahu kt sg petani ada bukit bintang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Apa la punca agaknya. Tergamak mengelar isteri sendiri. Anak-anak pula bagaimana? Adakah pasangan ini tidak memiliki anak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 11-8-2020 02:13 PM
aiseyy baru ku tahu kt sg petani ada bukit bintang

haha ampa ingat kt key el jeke ada? bukit bintang yg ni nama tmn perumahan la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.065262 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list