CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14577|Reply: 71

[Tempatan] Polis kata salurkan maklumat terus pada mereka, jangan tularkan, apa pendapat an

  [Copy link]
Post time 11-8-2020 01:21 PM | Show all posts |Read mode
"BOLEH salurkan maklumat tetapi bukan dengan cara tular," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.
Mazlan memberi reaksi itu ketika ditanya sama ada orang ramai boleh membuat pendedahan berkaitan kegiatan jenayah dengan cara membuat video tular.
Menurutnya, polis sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah tetapi bukan dengan menularkannya di laman sosial.

Katanya, tindakan menularkan maklumat tidak digalakkan kerana hanya akan mengancam keselamatan dan nyawa pengadu terbabit.
"Boleh salurkan maklumat tetapi bukan dengan cara ini dan kita harap sangat jangan tularkan kerana boleh membahayakan diri mereka (pengadu).
"Maklumat itu boleh disalurkan dengan menghubungi talian terus PDRM iaitu 03-21460670 atau menghantar kiriman berserta lokasi, gambar dan butiran berkaitan menerusi Whatsapp di talian 017-3169776.
"Maklumat diterima akan diproses dan tindakan lanjut akan diambil. Kita akan merahsiakan identiti pengadu, ini jadi prosedur operasi standard (SOP). Kalau tular tak boleh buat apa sebab orang sudah tahu," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dataran Merdeka, hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Santhara Kumar.
Mazlan berkata, kerjasama masyarakat diharap berterusan bagi membantu polis membanteras kegiatan jenayah termasuk perjudian haram di dalam talian.
Katanya, beliau juga sudah mengadakan mesyuarat khas dan membentuk pasukan task force bagi membanteras kegiatan perjudian dan lain-lain jenayah di sekitar ibu kota.
"Pihak kita memang memandang serius kegiatan perjudian haram termasuk secara dalam talian dan saya sudah memberi arahan kepada semua ketua polis daerah untuk pastikan tiada mesin judi haram dan kegiatan berkaitan dijalankan di premis.
"Pasukan kita memantau tetapi masalahnya , mereka ini (sindiket perjudian) melakukan kegiatan secara sembunyi dan apabila ditutup (premis), mereka buka semula.
"Jadi, saya menyeru orang ramai terus beri maklumat kerana ia memerlukan tindakan bersepadu antara polis dan masyarakat. Jangan berhenti beri maklumat, perlu berterusan, "katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 12:39 PM

Single Polls, Total 101 Users voted
0.00% (0)
99.01% (100)
0.99% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 01:24 PM | Show all posts
kalau buat report...
8 kali PRU pun kes tak setel2 lagi...



ha rasakan la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:25 PM | Show all posts
repot tu nnt jadi perkasam je le
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembangggg.. Tular baru depa kalut
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah, ada kes dah tular baru bertindak. Ini bukan semua tapi bila merata orang bercerita memang betul le.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:33 PM | Show all posts
ada benda boleh tular ada benda x boleh tular

contoh boleh tular mcm fother-mucker kata graviti planet lain lemah

tularkan!!!!!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2020 01:35 PM | Show all posts
dodolpandai replied at 11-8-2020 01:33 PM
ada benda boleh tular ada benda x boleh tular

contoh boleh tular mcm fother-mucker kata graviti p ...

Mother Fu*ker tu mmg biol....heshe gagal dlm Fizik tatkala SPM

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:36 PM | Show all posts
pala hotak kau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila arr tu da bp kali report si asri tu x diambil tindakan?? Dah tular br nak gelabah.. klau xnk ada imej yg buruk di mata msyrkt pastikan la keje dgn berintegriti dan amanah.. awat da x pakai slogan cepat dan betul lagi ka??
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolpandai replied at 11-8-2020 01:33 PM
ada benda boleh tular ada benda x boleh tular

contoh boleh tular mcm fother-mucker kata graviti p ...

Dorang ahli sains boleh tular   dodol oooi. Kau apa tau? Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:43 PM | Show all posts
zamzam replied at 11-8-2020 01:42 PM
Dorang ahli sains boleh tular   dodol oooi. Kau apa tau? Haha.

ahli sains?!


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk pengetahuan pdrm kami pun tak suka tularkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 11-8-2020 01:25 PM
repot tu nnt jadi perkasam je le

Iols report pada email rasmi dorg hari2 time kena pukul dgn mak i. Polis boleh jawab takterima
Buat aduan kat sistem pengaduan pdrm la gitu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kp kl ni tak baca forum sbb tu dia tak tau berbuih asri janggut report ke bkt aman, bhgn integriti, siap wasap gambar dgn alamt penuh...elok brader asri ni yg jadi polis dah semua dia buat, yg patut buat keja dok kangkang tunggu maklumat
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:06 PM | Show all posts
mengada macam kucing siam
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu tular kalau dah report byk kali tak de ape2 tindakan. Tak perlu tularkan kalau dah report dan ada maklumbalas dan tindakan di buat pihak berkuasa berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 02:07 PM | Show all posts
inikah perkhidmatan yang cekap ???
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:08 PM | Show all posts
inikah perkhidmatan yang cekap ???
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas bukit aman masuk baru local balai menggigil nak buat kerja. Kes bunuh datuk sosilawati pun macam tu. It's an organized system and has been there since forever.
Memang cartel
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:11 PM | Show all posts
serious i mmg x berani langsung jadi whistle blower ni, sbb banyak dh i tgk maklumat bocor asalkan ada duit so i salute Bro Asri tu, mmg kalau mati i confirm mati syahid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.189638 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list