CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3603|Reply: 36

[Tempatan] CASH! Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

[Copy link]
Post time 11-8-2020 01:40 PM | Show all posts |Read mode
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar kawasan Sungai Buloh.

Menurut sumber, dalam operasi jam 9 pagi tadi tiga pegawai penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan.

"Dua penguat kuasa dari Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam ditahan.

"SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berketurunan Aceh seperti yang tular dalam video sebelum ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut," katanya hari ini.

Sumber berkata, peniaga itu beroperasi sejak 2019.

"Dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

"Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular menerusi dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan perniagaan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh," katanya.

Menurutnya, penguat kuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

"Ini termasuk premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

"Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan tidak menolak ianya kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk tampil memberikan kerjasama.

"Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

"Semua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah," katanya.

Berita berkaitan

• Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar Shah Alam

• Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi

• Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri - Hamzah

• Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut

• Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati

• Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin

• Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN

• Asri Janggut dah jumpa KPN

• Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

• Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

• SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

• 'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

• 'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

• Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

• Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 1:17 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 01:42 PM | Show all posts
perasuah mesti segera dipenjarakan!!!!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:52 PM | Show all posts
Dah terang lagi bersuluh, ada unsur2 rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap sprm siasat semua pbt...mcm mana aceh bangla paki blh senang2 meniaga tanpa gangguan..semoga pemakan rasuah semua ni mati kena covid
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:02 PM | Show all posts
maksudnya abg janggut bukan la buat fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:10 PM | Show all posts
tahniah asri...we want (person as) u
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 02:10 PM | Show all posts
geng MBSA dah kena..bila geng abam polis pulak..?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:11 PM | Show all posts
azlinaaz replied at 11-8-2020 03:10 PM
geng MBSA dah kena..bila geng abam polis pulak..?

meluat aku nengok muka makcik polis sg buluh pakai spek rambut pendek yg buat PC tu kata tohmahan tohmahan...tohmahan kepala nenek ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
azlinaaz replied at 11-8-2020 06:10 AM
geng MBSA dah kena..bila geng abam polis pulak..?

Tengah gelabah teteksss
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:29 PM | Show all posts
Katanya, ketiga-tiga penguat kuasa berusia 41 hingga 49 tahun itu ditahan selepas dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan termasuk.



RM3,500 sebulan?
wow
gaji penuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:47 PM | Show all posts
dapat duit suap mmg takyah usik duit gaji.. patut la kebal aje masing masing..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Setannn punyer rakyat malaysia
Pemakan duit haram
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 04:01 PM | Show all posts
eeiii benci btol dgn org yg suka makan rasuah ni. hadapnyaa korang kann. hope dpt la hukuman yg setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ikan ... harap jerung besar juga tak terlepas
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 04:08 PM | Show all posts
Sprm dh cekup 3 org penguatkuasa...maknanya ni bukan fitnah... penjual rokok seludup pun dh mengaku...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kena cekup pon...siasat lg..mesti ramai lg yg akan kena...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 05:06 PM | Show all posts
krustykrab replied at 11-8-2020 01:55 PM
Harap sprm siasat semua pbt...mcm mana aceh bangla paki blh senang2 meniaga tanpa gangguan..semoga p ...

agak2 pegawai sprm ada tak yang teriima rasuah jugak...?

huhuhu...ke pegawai2 sprm semua jujur and bersih2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila tangkap ayahanda kawasan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:12 PM | Show all posts
tergamak bagi anak bini makan duit haram
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:13 PM | Show all posts
Dah berpuluh tahun berniaga rupanya...

SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berketurunan Aceh seperti yang tular dalam video sebelum ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut," katanya hari ini.


Jadi sudah berpuluh tahun ada peneriam rasuah!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.097953 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list