CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 510|Reply: 0

[Tempatan] LTTE masih kumpulan pengganas, kau sekolah tak?

[Copy link]
Post time 11-8-2020 01:57 PM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA masih mengklasifikasikan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai asas kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas.

Ini kerana, katanya, LTTE masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam, keselamatan rakyat dan negara ini.

"Mengikut Seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terbabit dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang Ditentukan.

"Penyenaraian entiti berkenaan adalah berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini yang diterima daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi kawal selia atau pengawasan berkaitan.

"Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) menyatakan bagaimana LTTE yang tidak wujud lagi sejak 2009 adalah satu ancaman keselamatan negara.

William juga mempersoalkan mengapa LTTE tidak dikeluarkan dari senarai organisasi pengganas di bawah AMLATFPUAA 2001.

Ismail menjelaskan banyak negara lain termasuk India, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) juga masih meletakkan LTTE dalam senarai kumpulan pengganas.

"Pihak berkuasa bertanggungjawab mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi berkaitan kumpulan ini (LTTE)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 1:36 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.391659 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list