CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 12

[Dunia] Selepas 35 tahun, akhirnya Toshiba hentikan pengeluaran notebook

[Copy link]
Post time 11-8-2020 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Setelah 35 Tahun, Penghasilan Komputer Riba Toshiba Melabuhkan Tirai
August 11, 2020



Setelah hampir 35 tahun dalam pengeluaran produk komputer peribadi, Toshiba kini mengumumkan pengunduran diri mereka.

Pembabitan Toshiba dalam arena pengeluaran produk teknologi sudah tidak asing lagi sejak tahun 1985. Ia bermula menerusi pengeluaran komputer peribadi siri T1100. Pada ketika itu sasaran produk tersebut sekadar 10,000 unit jualan sahaja. Namun siapa sangka – Toshiba terus gah dengan pengeluaran peranti pintar mereka dalam teknologi.

Tidak hanya tertumpu kepada pembuatan komputer riba, tetapi turut merangkumi pengeluaran produk teknologi lain.

Bagaimanapun era tersebut telah berakhir.

Untuk makluman pada 9 Ogos 2020 – Toshiba telah bertindak untuk menjual saham terakhirnya bagi pengeluaran komputer peribadi Dynabook.

Ini bermakna syarikat itu tidak lagi mempunyai kaitan dengan pembuatan PC atau komputer riba.

Ramai yang tertanya – mengapa tindakan sedemikian dilakukan? Apakah krisis COVID-19 meruncingkan lagi perniagaan mereka?

Sudah pasti, jawapannya adalah ya.

Namun apa yang lebih tepat adalah kemasukan jenama-jenama yang premium turut merencatkan lagi unit jualan produk mereka.

Kenyataan ini dapat dilihat apabila kemerosotan yang ketara telah dicatatkan. Mereka mula mengalami kerugiaan pada tahun 2015, dengan angka RM1.3 bilion (AS$318 juta).

Manakala, jurang unit jualan bagi tahun 2011 dan 2017 turut mempamerkan kejatuhan . Di mana pada 2011, lebih 17 juta unit komputer peribadi telah berjaya dijual, sementara itu 2017 – Toshiba sekadar  menjual 1.9 juta unit sahaja.

Sehingga kini, Sharp telah membeli sebanyak 80.1% pegangan pengeluaran komputer peribadi Toshiba pada 2018 dengan harga RM151 juta (AS$ 36 juta), dan kini telah membeli baki saham keseluruhan sebanyak 19.9% pula.

Malah, Toshiba turut berpendapat – untuk bertahan pada pasaran komputer dunia ketika ini adalah amat sukar. Ia kerana mereka perlu bersaing dengan jualan jenama komputer premium seperti Apple misalnya. Malah krisis COVID-19 turut menjadi faktor mengapa kadar pemintaan jualan semakin merosot.

Maka, berakhirlah era penglibatan Toshiba dalam penghasilan produk komputer riba pada pasaran dunia secara mutlak.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
adussss what a tragedy. a company that gave the world the first laptop!!! bermula dgn kegagalan westinghouse nuclear out, digital media out, semicon tinggal separuh sekarang tinggal 3.5company jer la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 03:32 PM | Show all posts
aku ada sebiji laptop toshiba.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 03:33 PM | Show all posts
dulu ada member acah2 gud2 sibuk kat nak beli laptop toshiba sbb boleh serap hentakan

aku balas la ckp

kau nak hentak laptop kau watpe?

tapi toshiba ni tv dia bagus la

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
once upon a time laptop dia were luxaries. protege lagi nipis dan ringan dari macbook seawal thn 90an tablet pun seawal 90an. technology canggih tapi marketing hancus...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu lecturer dan budak acah kaya pakai jenama nie
aku dulu pakai asus kena gelak orang sebab masa tu top dell, acer, toshiba
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 05:11 PM | Show all posts
toshiba hebat weh...laptop ak zaman degree idop lagi wehhh....sekrng aku dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak pernah guna toshiba..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 11:44 AM | Show all posts
dlu ade sorg classmate aku duk bangga bgtau toshiba hebat bla bla bla mcm berlagak gila cara bercakap merendah2kan aku yg pakai Asus je..

bg aku sesuatu produk tu x salah yg salah ialah pemakainya berlagak sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols penah guna laptop toshiba zaman diploma dolu2.. banyak berjasa buat esaimen, main game feeding frenzy

Sayonara
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 12:24 PM | Show all posts
iols pkai toshiba satellite since 2011. Smpi skrg masih ok cuma butang on dia kena tekan byak2 kali bru on
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 12:27 PM | Show all posts
HUHU.  aku ada stu qosmio 17".  power gila masa tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pakai acer zaman u..xsampai 2k masa beli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.092940 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list