CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10486|Reply: 57

Dulu kantoi edit foto 6 pack, sekarang badan betul-betul berketul... siap buka g

[Copy link]
Post time 11-8-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
WAH! Berketul-betul. Gara-gara menyunting gambar perut sehingga menampakkan imej ketulan otot kekar atau six pack, seorang pemuda dikecam netizen.

Suntingan menerusi gambar yang dirakamkan berdiri di sebelah cermin 'kantoi' apabila imej pantulan menunjukkan pemuda berkenaan tidak mempunyai six pack.

Susulan itu, portal hiburan dan gaya hidup nombor satu Malaysia, mStar mendapat penjelasan daripada pemuda berkenaan, Muhammad Shazwan Zafran Abdul Khai pada Julai 2019.

Rupa-rupanya foto tersebut sekadar troll atau sindiran sinis yang dibuat oleh Shazwan kepada rakan-rakan dan pengikutnya di laman sosial.

Beberapa bulan kemudian pada Oktober, Shazwan sekali lagi mendapat perhatian menerusi video berdurasi 25 saat yang memaparkan dirinya tidak berbaju di gim.

Walaupun berniat untuk memberi motivasi, Shazwan menjadi mangsa body shaming kerana menayangkan badannya yang betul-betul mempunyai six pack ketika itu.

Mengimbas kembali kisah badan sadonya bersama mStar, pemuda yang kini berusia 23 tahun berkata, dia tidak mengambil peduli sebarang kritikan negatif atau kutukan selepas kisah mengenai dirinya tular dua kali.
"Gambar edit six pack tu saya buat troll sebab nak beri motivasi pada diri sendiri masa tu untuk menyertai pertandingan bina badan pada akhir tahun.

"Mereka akhirnya nampak perubahan ketara pada badan saya. Ramai yang mahu mengambil khidmat saya sebagai personal trainer, baik lelaki termasuk perempuan."

"Video 25 saat tu pula sebenarnya nak tunjuk transformasi yang saya dah ada six pack untuk bersedia menyertai pertandingan," katanya.
Impaknya, pemuda yang merupakan jurutera projek itu layak menyertai pertandingan bina badan dan badan cantik, Mr Enrich 2019 di Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.

Dalam percubaan pertama itu, Shazwan yang berasal dari Bandar Saujana Putra di Kuala Langat, Selangor berkata, dia terpilih sebagai 20 peserta akhir bagi kategori badan cantik bagi Bakat Baru dan Bawah 170 Sentimeter.
"Bila keluar penjelasan saya di mStar, lebih kuat semangat saya untuk mencapai misi menyertai pertandingan badan cantik, dari tak ada six pack  sampai ada ketul-ketul.
"Mereka akhirnya nampak perubahan ketara pada badan saya, lebih-lebih lagi semasa menyertai pertandingan. Selepas itu, ramai yang mahu mengambil khidmat saya sebagai personal trainer (jurulatih kecergasan peribadi) baik lelaki termasuk perempuan,"katanya.

Terkini, anak kedua daripada enam beradik itu memiliki gim sendiri di Bandar Saujana Putra yang mula beroperasi sejak awal tahun.
"Tahniah kepada mStar kerana sudah 15 tahun terus bertapak dalam industri. Makin lama makin gah. Saya pun berharap penglibatan saya turut terus berkembang.
"Next target saya adalah pertandingan bina badan pula, insyaAllah bakal diadakan pada 2021. Bagi saya, tiada yang mustahil asalkan ada usaha.
"Kalau kena kecam, jangan down. Jadikan kecaman itu sebagai motivasi untuk kita mencapai apa yang dihajati," kata Shawan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cc kakak @dudaberhias & @Themilo
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkkk. Tu diaaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Uii dasyat bdn dia.ai ada tgok rncangan korea.diorg tunjuk body builder buat cmne.masuk prtandingn cmne.rupanye xboleh minum air 5-6 hari sblum brtanding.kalau haus kumur2 je jgn telan.tp training dasyat.3 bln dh start ketul2 cntik dh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 11-8-2020 10:48 PM

Badan muscle ketul2 buatan gym tapi angkat tong gas penuh naik bukit jalan kaki 1 km pun dah semput tak guna juga bang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-8-2020 08:42 PM
Badan muscle ketul2 buatan gym tapi angkat tong gas penuh naik bukit jalan kaki 1km pun dah semput t ...

Ni aku setuju. Lagi prefer yg jenis buat kerja berat dam kerja kampung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 11-8-2020 09:00 PM
Ni aku setuju. Lagi prefer yg jenis buat kerja berat dam kerja kampung

Sedap otot dia laen kan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Boring la tengok org bdn gini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 11:06 PM | Show all posts
muka level2 ammar mr bean jahh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-8-2020 10:48 PM
Sedap otot dia laen kan.

Otot yg buat kerja kampung ni memang lain.. memang betul2 jantannnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 07:36 AM | Show all posts
Kurex replied at 11-8-2020 11:18 AM
Nak cc kakak @dudaberhias & @Themilo

tetap nampak busuk sisturrrr... try too hard kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 08:01 AM | Show all posts
cehhh angkat berat berkilo-kilo bole tapi nak bangun solat subuh lagi berat ropanye
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 10:39 AM | Show all posts
Geli la tgk body mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 11-8-2020 11:57 PM
Otot yg buat kerja kampung ni memang lain.. memang betul2 jantannnnnnnnn

Tau takperrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 12-8-2020 08:01 AM
cehhh angkat berat berkilo-kilo bole tapi nak bangun solat subuh lagi berat ropanye

Mana uols.tau dia x bangun subuh?
Tido sebelah ke?
Kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-8-2020 08:42 PM
Badan muscle ketul2 buatan gym tapi angkat tong gas penuh naik bukit jalan kaki 1 km pun dah semput  ...

Sia bulih bahh... biasa suda angkat bakul sayur di jalan sunsuran sana... Bukan tambirang, betul sia ada angkat itu bakul sayur.  Sia tulong ada satu beliyau, dia ada anak cantik bhaa..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by raihaneem at 12-8-2020 03:50 PM

Tak suka org bdn gini..jenih jalan berkepak ka..

Hihi..

Baik bdn org sixpack sbb buat keje..berkebun, nelayan
Masa dok ganu..dok lepak2 kat pntai..satgi mai set2 nelayan dgn anak..dok berenang di pntai...pergh...sekali bgun six pack..anak dia hat sek rendah pun ada byg2 sixpack..kurus tegap yg sixpack..

Cth mcm sudin tu..dlm citer p ramlee

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 11-8-2020 11:57 PM
Otot yg buat kerja kampung ni memang lain.. memang betul2 jantannnnnnnnn

Yes..mokcik dulu dok lepak pntai ganu..tgk abg2 n pokcik2 nelayan dok cuci bot...repair jala...perghhh....body..
Tak nafikan ada bdn yg besa2... Tp depa sixpack dok tarik jala..tarik bot

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 12-8-2020 02:22 PM
Tak suka org bdn gini..jenih jalan berkepak ka..

Hihi..

Kirus tu maksudnya apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 12-8-2020 06:50 AM
dua_chzy replied at 11-8-2020 12:42 PM
Badan muscle ketul2 buatan gym tapi angkat tong gas penuh naik bukit jalan kaki 1 km pun dah semput  ...


Pernah tengok malim gunung kinabalu angkat tong gas & macam2 lagi. Sedap body dieorg, lean yg penuh muscle..buntang mata iols tengok..haha

Buatan gym ni plak iols is geli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.095148 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list