CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12553|Reply: 44

Sakit gila kaki cagu

[Copy link]
Post time 12-8-2020 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Guys nak tanya kaki I cagu lama dah xberani buang sbb klo tekan mmg sakit gila..ibu jari kaki belah kanan..

Ibu jari kaki kanan tu dulu sebelah je jadi lani dah dua belah kiranya semua bahagian kuku tu sakit gilaa..

Klo pergi klinik buang range harga dalam berapa?

Klo I cuba buang sendiri tapi kan ada nanah..so I kena sapu any ubat? Atau kena makan antibiotic?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 04:57 AM | Show all posts
Cagu tu yg kuku hitam mati ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 08:41 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 12-8-2020 07:43 AM

Oh...tempat saya panggil cengkam...




ORTHOPAEDICS/ORTOPEDIK
Cagu : Masalah Kecil Yang Menyebabkan Kesakitan Besar – Dr Ahmad Mahyuddinby Dr. Khoo Yoong Khean • November 7, 2016 •

Baru-baru ini seorang gadis berusia datang ke klinik saya dan mengadu kesakitan pada ibu jari kaki kanan beliau. Ibu jari kaki kanan beliau kemerahan pada kedua sisi, membengkak dan berbau busuk. Kuku jari tersebut pula hampir tidak kelihatan akibat kebengkakan tisu yang berlaku.
“Sebenarnya doktor, ini sudah kali kedua ia terjadi. Sebelum ni, lepas doktor cabut kuku tu, ia baik la sekejap. Bila kuku tu panjang, cagu tu jadi balik”. Getus beliau, kecewa.

Anda pernah mengalami masalah ini?

Apa itu Cagu

Cagu atau di sesetengah tempat dikenali sebagai cengkam adalah keadaan di mana kuku jari menumbuh ke sisi dan menekan tisu di bahagian tepi jari. Sebagai tindakbalas, tisu di sisi kuku mengalami keradangan dan menjadi tebal. Ia paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Kerap kali pula ia dijangkiti kuman dan mengeluarkan nanah.
Ia menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat. Ia juga mengakibatkan gangguan emosi terhadap pesakit akibat bau yang kurang menyenangkan dan pesakit tidak boleh memakai kasut akibat kesakitan.


Kenapa ia terjadi?

Cagu terjadi akibat cara memotong kuku yang tidak betul. Ia menyebabkan kuku tumbuh secara tidak betul dan mula menekan tisu di bahagian tepi kuku. Ia juga boleh disebabkan oleh pemilihan kasut yang terlalu ketat atau berbentuk tirus sehingga mengakibatkan tekanan pada tisu di bahagian sisi kuku. Tekanan berpanjangan pada tisu akan menyebabkan keradangan berlaku.
Keadaan lebih teruk apabila berlaku jangkitan kuman pada kuku yang terlibat. Ini mengakibatkan ia mengeluarkan nanah dan berbau busuk.

Rawatan

  • Mencuci dan merendam kuku terlibat dengan air suam setiap hari. Kemudiannya gauze bersih dilapik pada hujung kuku di tempat cagu berlaku. Krim antibiotik disapu jika terdapat jangkitan kuman. Ini akan memberi masa bagi kuku bahagian cagu untuk tumbuh melepasi tisu yang mengalami radang.
  • Antibiotik akan diberikan sekiranya terdapat bukti jangkitan kuman berlaku. Ia termasuk keadaan jangkitan kulit (Cellulitis) dan nanah. Pembedahan biasanya tidak akan dilakukan sehinggalah jangkitan kuman telah sembuh.
  • Ubat anti-radang berfungsi bagi mengurangkan kesakitan akibat keradangan yang berlaku. Contoh ubat anti-radang adalah seperti mefenemic acid (Ponstan), diclofenac (Voltaren) dan celecoxib (Celebrex).
  • Pemilihan kasut yang sesuai bagi mengurangkan tekanan pada bahagian cagu dapat membantu mengurangkan kesakitan
  • Mengurangkan aktiviti berjalan kaki, berlari dan bersukan semasa kondisi ini berlaku bagi mengawal kesakitan dan keradangan yang berlaku.
  • Pembedahan hanya akan dilakukan jika:
  • Rawatan tanpa pembedahan tidak berjaya
  • Cagu berlaku berulangkali
  • Cagu menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Pembedahan hanya akan dilakukan setelah jangkitan kuman tersebut sembuh

Terdapat 2 jenis pembedahan yang biasa dilakukan.

  • Nail avulsion
  • Zadek Procedure

Nail avulsion (Pembuangan kuku)

Nail avulsion ialah prosedur dimana kuku pesakit yang mengalami cengkam itu dibuang secara keseluruhannya.

Zadek Procedure (Prosedur Zadek)

Prosedur Zadek ialah sejenis prosedur dimana hanya sebahagian daripada kuku pesakit dibuang iaitu di sebelah yang mengalami cengkam. Bahagian pangkal kuku iaitu bahagian yang dikenali sebagai nail fold dan germinal matrix dibersihkan dengan menggunakan currete, diarthermy atau phenol bagi memusnahkan sel-sel precursor kuku dengan harapan kuku tidak lagi tumbuh di bahagian sisi. Ini akan dapat mengelakkan daripada cengkam daripada berulang.

Bagaimana mengelakkan ia dari terjadi?

Apa yang paling penting ialah kita mengetahui cara-cara memotong kuku dengan betul. Hujung kuku kaki perlu dipotong secara lurus mulai daripada sisi kuku. Elakkan daripada memotong kuku secara menyerong pada bucu kuku kerana ini boleh menyebabkan cagu berlaku.

Dr. Ahmad Mahyuddin seorang pakar bedah ortopedik di Pahang. Kenali beliau lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan
  • Pediatric Orthopaedic Secret, 3rd Lynn T. Staheli, Kit M. Song, page 285-6







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 02:35 PM | Show all posts
Salam TT,


Di sarankan u pegi klinikla sbb takut benda yang awak gunakan tu boleh menyebakan jangkitan..klu nak buat jugak spirit swab then boleh tapi kang pedih lak if luka.

Charges depend jugak pada jenis ubat dr bagi nanti, dressingnya..kalau setakat bagi krim RM35 onwards and if ada dressing etc RM100 - rm150 bolehla get ready duitnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 03:29 PM | Show all posts
Klo I cuba buang sendiri tapi kan ada nanah..so I kena sapu any ubat? Atau kena makan antibiotic?


Saya pernah kena cagu ni masa kuku asyik terendam padang becak waktu jadi atlit..kerap buat latihtubi...

Saya cabut je kuku ibu jari kaki yang jadi cagu ni...tapi tak bernanah...elok je tumbuh kuku balik... risau ingat takde kuku tu seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 12-8-2020 10:09 PM

@PintuKayu

Selalunya doctor akan bius area tu, and cabut sedikit atau semua yg terkesan tu.

Krim Fucidin (antibiotics) kalau u nak cabut sendiri.. letak jelonate untuk elak melekat dekat kulit.

Kalau xnak gi clinic, gi pharmacy and tanya antibiotics cream tu ada x..

correct @ipes2?

tapiii ya Allah takutnya cabut... cagu tu tepi ke atau cemana? ngerii. Kalau rasa boleh handle sendiri... or pegi klinik.. kejap je tu doctor buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2020 05:35 PM | Show all posts
@ipes2 professional advice seek
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
At the moment @ipes2 fully occupied, some of the doctors at his department not well. He will provide professional advice to the author once he is available

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 10:42 PM | Show all posts
@sarah82 tok pernah kena cagu @ cengkam ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-8-2020 10:42 PM
@sarah82 tok pernah kena cagu @ cengkam ni

Alhamdulillah.. Tak pernah.. Seminggu sekali kena potong kuku.. Hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 10:57 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-8-2020 09:53 PM
Alhamdulillah.. Tak pernah.. Seminggu sekali kena potong kuku.. Hahahaha.

baru nak suruh expert advice...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-8-2020 10:57 PM
baru nak suruh expert advice...

Sy risau jadi mcm ni la tu jaga.. Selalu follow channel tentang penjagaan kaki.. Biasanya kaki org tua mmg byk kes cagu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:03 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-8-2020 10:00 PM
Sy risau jadi mcm ni la tu jaga.. Selalu follow channel tentang penjagaan kaki.. Biasanya kaki org ...

Bagus sarah jaga...tu yg tag, biasa berlaku to old folks
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-8-2020 11:03 PM
Bagus sarah jaga...tu yg tag, biasa berlaku to old folks

Tu la.. Banyak kes sy tengok jadi kat org tua.. Ni dah siap pasang pagar baru dan tambah span utk kurangkan tok sakit bila dia hentak kaki kat pagar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-8-2020 03:29 PM
Saya pernah kena cagu ni masa kuku asyik terendam padang becak waktu jadi atlit..kerap buat lati ...

Sama iols pernah mencagu jg umur 12 tahun dulu. Doktor cakap kena buang semua kuku. Menangis gilalah iols taktaulah Dr tu serius ke melawak tp kejam k. Sedih sangat jika mengalami kecacatan kuku. Oku kuku

Masuk porum ada forumer tegur, cagu la itupun taktau keer



Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
P clinic... doc bg ubat rendam kaki.. apa ssemua..dah reda semua.. hg potong kuku dlm tu.. aku 2 jari kaki mmg ada kuku tumbuh kt sisi.. sisip tepi.. mmg tiap2 kali nk potong kuku.. aku rendam dlm baldi air.. or potong msa mandi.. siap cungkil dlu then bru cut.. pakai pmotong kuku yg tajam.. mahal sikit rega .. tp bbaloi.. lps tu aku sapu minyak eculyptus.. bg tjaga elok.. kalau hg nk oprate sdri pn leh.. gamak ngn tak jer.. aku buat sdri ja.. boh antiseptik.. rendam kaki.. cungkil dgn jarum kuku sisi tu.. pastu kerat.. bersih2kan.. boh minyak gamat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
AyaqMeloSuam replied at 12-8-2020 11:39 PM
P clinic... doc bg ubat rendam kaki.. apa ssemua..dah reda semua.. hg potong kuku dlm tu.. aku 2 jar ...

baik dah ya?...boleh guna pakai jugak tips ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-8-2020 11:05 PM
Tu la.. Banyak kes sy tengok jadi kat org tua.. Ni dah siap pasang pagar baru dan tambah span utk  ...

org tua selalunya isi kuku akan menebal.. pastu kdg isi and kuku tu xd gap. K dila dulu arwah tok sgt susah nak potong kuku dia.. sgt tebal. Salah potong, terkena isi kuku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 13-8-2020 12:05 AM
org tua selalunya isi kuku akan menebal.. pastu kdg isi and kuku tu xd gap. K dila dulu arwah tok  ...

Betul kak dila.. Kalau sy nak potong kena bersilat dulu dgn tok..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:11 AM | Show all posts
@ipes2 thread ni ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.146153 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list