CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1306|Reply: 0

MALAYSIA, CHINA PERKUKUH KERJASAMA TANGANI COVID-19

[Copy link]
Post time 13-8-2020 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia dan China komited untuk terus mempertingkat kerjasama pertahanan sedia ada antara kedua-dua negara.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan menyatakan bahawa komitmen kerjasama itu dinyatakan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob apabila menerima panggilan telefon daripada Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe pukul 4 petang semalam.
YB Menteri dan rakan sejawatnya turut membincangkan mengenai cabaran keselamatan serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, termasuk Laut China Selatan. Selain itu, tumpuan perbincangan antara kedua-dua menteri turut berkisar kepada krisis global semasa iaitu wabak COVID-19.
Dalam perbincangan itu, kedua-dua menteri berkongsi pengalaman mengenai langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan di negara masing-masing dalam menangani situasi COVID-19.
Kedua-dua Menteri bersependapat bahawa adalah amat penting bagi setiap negara untuk terus bekerjasama dalam mendepani wabak COVID-19. YB Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan China atas sumbangan bekalan perubatan yang terdiri daripada 13 jenis peralatan perubatan. Sumbangan daripada pihak China ini akan membantu petugas barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051847 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list