CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3976|Reply: 55

[Tempatan] Budak perempuan maut tertinggal 10 jam dalam kereta bapa

[Copy link]
Post time 14-8-2020 08:37 AM | Show all posts |Read mode



KANAK-KANAK perempuan ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.

Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa berusia empat tahun dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.

"Sebelum itu bapa mangsa berusia 30-an itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

"Bapa mangsa terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.

"Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Adzli berkata, selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan pada 4.30 petang.

Katanya, selepas sampai di kilang, bapa mangsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.

"Ketika ingin pulang, bapa mangsa melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.

"Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan pada 10 pagi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 1:12 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 08:39 AM | Show all posts
and it happened again....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah.. Dugaan
Sebelom ni semua kecam mak2 yg trtinggal
Skng sama je laki dan perempuan
Sekali Allah alpa kan kita.. Apa pon tak ingat
Semoga bertabah ibunya
Kesian sgt 4 tahun sebaya anak aku. Adoii
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...kerana terlupa jadi musibah. Nasib baik sy tidak pernah diuji dgn perkara sebegini walau sibuk mcmna pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:46 AM | Show all posts
Innalillahwainnaillahhirojiun
tgk pd details kesibukkan ayah dia
kesian plk aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Berulang kali
Takziah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2020 09:15 AM | Show all posts
Innalillah.. huhu

Anak2 sebesar ni sepatutnya diajar buka pintu kereta secara manual. Kalau belakang childlock boleh buka ikut depan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya bapak terlupa, jangan bapak mengetum sudah. Ketum adalah feveret orang Kedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 09:51 AM | Show all posts
Ya Allah dahla musim panas kan skrg.. innalillah. moga tabahla family tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Trauma si bapak sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak byk sgt le smpi lupa letak dlm kete
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenek pun tak call kenapa cucu tak dihantar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 14-8-2020 09:16 AM
Kesiannya bapak terlupa, jangan bapak mengetum sudah. Ketum adalah feveret orang Kedah

Aku klau blk kenduri blh kedah sana mmg aku bwk cawan sndiri. Tkt terkena  yg bekas ketum pnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:31 AM | Show all posts
Berlaku lagi tragedi cam nie. Murung sekejap.

Mak nya mano?

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:36 AM | Show all posts
Innalillahwainnaillahhirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:37 AM | Show all posts
Sorang pun tak teringat nak tepon bapak budak tu tanya anak mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Murung nye pg2 ni
Penting utk laki/bini tnya "anak2 camne" hari2
Supaya saling ingat2i
Bla kerja byk dan bukan rutin mmg boleh telupa

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian la budak tu
Azab dia dlm kete
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:59 AM | Show all posts
kalau mak yang tertinggal, panjang berjela dah thread ni..
tapi sebab bapak, so slow la nak masuk page 2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:59 AM | Show all posts
murung jap pagi2 baca berita macam ni
semoga tabah ahli keluarga adik ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.157733 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list