CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6682|Reply: 3

AHMAD JAIS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

  [Copy link]
Post time 20-8-2020 09:16 PM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Biduan Negara dan Legenda Muzik Malaysia, arwah Datuk Ahmad Jais adalah satu nama yang sangat popular dan fenomena di Malaysia dan Singapura. Nama beliau mula menjadi sebutan pada tahun 1965 apabila EP pertama beliau berjudul Kuchupan Azimat diterbitkan. Arwah juga digelar sebagai Frank Sinatra Malaysia kerana kehebatan dan populariti luar biasa beliau di era 1960 an sehinggalah kini. Vokal beliau yang unik dan kebolehan beliau di dalam menyanyikan lagu Pop Klasik dan juga Irama Malaysia dengan baik juga dikagumi ramai. Populariti beliau sebenarnya mengjangkau sehingga ke Indonesia apabila banyak lagu beliau dinyanyikan semula oleh penyanyi generasi lama dan baru di sana.
BIODATA RINGKAS AHMAD JAIS
Nama  Penuh : Datuk Ahmad Jais Ahmad
Tarikh Lahir : 28 Mac 1936
Tarikh Kematian : 11 Oktober 2011 (75 tahun)
Tempat Lahir : Selangor
Tahun Aktif : 1965 - 2011
Album Studio : 4
1. Ahmad Jais iringan Orkes Selayang Pandang (1973)
2. Cinta Lahir Kembali (1979)
3. Hanya Tinggal Sepi (1985)
4. Kasih Bukan Belenggu (1994)
Lain-Lain Album
Kuchupan Azimat EP 1965
Ahmad Jais with Kartina Dahari - Budi Setahun Segunung Intan EP 1966
Diambang Sore EP 1966
Ahmad Jais Dengan Dendang Prindu - Sejak Kita Berpisah EP 1966
Sumpah Setia / D-kau Pujaan EP 1966
Ahmad Jais N The Swallows EP 1967
Ahmad Jais EP 1968
Ahmad Jais, Rafeah Buang - Juwitaku-Sayang EP 1969
Umpan Jinak Di-Ayer Tenang EP 1969
Azizah EP 1969
Bukti Jadi Sejarah 1970
Kau Pergi Tanpa Rela-ku EP 1970
Nak Dara Rindu EP 1970
Hidop Bukan Derita EP 1970
Aku Ingin Bersendiri 1970
Ahmad Jais & Orkes Selayang Pandang - Surat Mesra EP 1972
Kuala Kangsar EP 1973
Menanti Hari Esok EP 1974
Si Dara Manis EP 1975
Mohon Kaseh EP 1976
Antara Pencapaian Utama :
Juara Lagu Asli 1959 & 1960
Juara Lagu Pop 1961
Juara Lagu Asli 1962
Anugerah Artis Sepanjang Zaman PAPITA 2002
Anugerah Biduan Veteran ABP 2002
Panglima Jasa Negara (Yang Dipertuan Agong) - Datuk 2006





AHMAD JAIS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. MENANTI DI-AMBANG SHURGA
Komposer : Ahmad Shariff
Penulis Lirik : Ahmad Shariff

Album : Kuchupan Azimat
Tahun : 1965
Catatan : Lagu yang dimuatkan di dalam album EP pertama arwah Datuk Ahmad Jais ini sememangnya amat popular dan diminati ramai. Ianya juga pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi generasi seterusnya seperti Klthsom (era 90 an) dan Haziq AF4 (era 2000 an).


Video Lagu Menanti Di-Ambang Syurga



02. DIAMBANG SORE

Komposer : Ismail Marzuki
Penulis Lirik : Ismail Marzuki
Album : Diambang Sore
Tahun : 1966
Catatan : Lagu nyanyian asal arwah S.Effendi ini sememangnya amat menarik dibawakan semula oleh arwah Datuk Ahmad Jais dengan gaya begitu tersendiri dan penuh nostalgia. Lagu ini juga menjadi salah satu lagu signature arwah Datuk Ahmad Jais di sepanjang karier muzik beliau. Selain lagu ini, lagu Gelisah turut popular melalui album EP ini pada tahun 1966.


Video Lagu Di Ambang Sore




03. BUDI SETAHUN SEGUNONG INTAN feat Kartina Dahari
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Omar Rajik
Album : Budi Setahun Segunong Intan EP
Tahun : 1966
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu duet paling popular sepanjang zaman. Lirik lagu yang seperti lagu Irama Malaysia tetapi muzik ala kebaratan dan ianya pula dinyanyikan pula dengan lenggok lagu Melayu yang kuat cukup menjadikan lagu ini unik dan lain daripada lain. Intro muzik lagu ini cukup popular dan selalu digunakan  sebagai lagu latar dalam video parodi atau drama-drama tempatan. Gabungan vokal merdu di antara arwah Datuk Ahmad Jais dan Ratu Keroncong Melayu, arwah Kartina Dahari sememangnya satu gandingan yang epik dan bersejararah. Lagu ini juga pernah dipersembahkan di dalam filem Aksi Kuching tahun 1966.

Info Lanjut Boleh Rujuk Di Sumber Rujukan Ini >>>  12 LAGU PALING POPULAR AHMAD JAIS


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat tengok Allahyarham masa konsert Ella di IB.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2020 11:15 AM | Show all posts
lagu Budi Setahun Segunung Intan popular lepas filem Man Laksa.

aku pun suka lagu tu.

suka dia berlakon dalam filem Si Badol..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2020 02:10 PM | Show all posts
saya suka dgr lagu2 dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050945 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list