CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20241|Reply: 164

[Tempatan] ‘Kami makan apa saja supaya tak mati’ (lainlah kerja menteri...)

  [Copy link]
Post time 25-8-2020 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 27-8-2020 06:50 PM

‘Kami makan apa saja supaya tak mati’
NUR FARHANA ABDUL MANAN, NORAFIZA JAAFAR | | 25 Ogos 2020


Suzie Suzianna terpaksa berniaga dalam talian untuk menampung kehilangan sumber pendapatan selepas gajinya dipotong majikan selama tiga bulan.


[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Kerap kali keluarganya terpaksa makan nasi goreng dan bubur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Itulah situasi yang dialami kebanyakan keluarga berpendapatan rendah (B40) terutamanya di bandar-bandar implikasi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Seorang wanita, Hamidah Mat Satar, 49, berkata, beliau dan suami yang menanggung dua anak serta seorang cucu merasai kepahitan kesan penularan virus yang telah meragut hampir 800,000 nyawa di seluruh dunia.

Dia yang mengusahakan perniagaan nasi lemak terpaksa menghentikan operasi perniagaan atas arahan kerajaan pada Mac lalu.

Suaminya pula tidak mendapat gaji berikutan kedai alat perkakasan yang diusahakan majikannya tidak dibenarkan beroperasi.

“Impak Covid-19 memang teruk, pendapatan satu keluarga terputus serta-merta, kami pula memang tak dapat bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini.

“Itu yang ada terpaksa makan nasi goreng atau buat bubur saja sepanjang hari sebab tak ada duit nak beli lauk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pangsapuri Blok F, Puchong Permai di sini.

Hamidah berkata, ada ketika suaminya pergi menjala ikan di lombong dan jika ada rezeki adalah lauk untuk dinikmati bersama.

Katanya, kadangkala kalau bernasib baik dia menerima bantuan hasil sumbangan makanan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diagihkan di pangsapuri yang didiaminya.

“Kadang-kadang itu dapat jugalah merasa makan lauk sardin kalau ada pihak beri sumbangan. Masa PKP semua duduk di rumah jadi beras cepatlah habis, kami makan apa saja yang ada supaya tak mati.

“Saya bersyukur bila kerajaan umumkan beri Bantuan Prihatin Nasional (BPN) selepas itu,” katanya.


Halimah

Seorang ibu tunggal, Suzie Suzianna Mohamed Hamidon, 32 dari Gombak berkata, separuh daripada gajinya dipotong selama tiga bulan sejak Mac ketika kerajaan melaksanakan PKP disebabkan Covid-19.

Katanya, perkara itu menyebabkan dia terjejas dan terbeban dengan masalah kewangan disebabkan perlu menyara dua anak yang berusia dua dan empat tahun.

Menurutnya, dia kemudian mencari ikhtiar mengambil tempahan daripada pelanggan atas talian dengan menjual pelbagai jenis makanan bagi mendapatkan duit sampingan.

Seorang lagi ibu tunggal, Halimah Rejab, 50 berkata, larangan mengadakan sebarang majlis keramaian menyebabkan dia yang mengambil upah memasang pelamin hilang punca pendapatan.

“Tidak dibenarkan aktiviti menjaja semasa PKP juga menyebabkan duit tambahan daripada menjual donut juga hilang.

“Jadi sepanjang tiga bulan itu saya hanya harapkan duit bantuan zakat dan duit bulanan anak-anak yang sudah bekerja,“ katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aja-supaya-tak-mati
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2020 11:02 PM | Show all posts
Rezeki Allah swt dah set sejak azali lagi.

Orang gomen rezeki dia tang tu.
Orang keja swasta rezeki dia tang ni.
Orang meniaga rezeki dia lain pulak.

Jangan persoal bumi ini milik siapa!

Satu lg aku nak pesan kat hg,

"Jika anda dilahirkan miskin, itu bukan masalah anda.
Tetapi, jika anda MATI DALAM KEMISKINAN, itu ternyata adalah masalah anda"

Hadamkan elok2 kata mutiara dari pokcik Bill Gates ni

#donedakwa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 11:23 PM | Show all posts
kalau boleh - ada pihak yg boleh salurkan bantuan atau dapatkan saluran yg betul untuk saudara kita ni dapatkan bantuan.

tak pe , rezeki insya ALLAH ada.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
zacks replied at 25-8-2020 11:02 PM
Rezeki Allah swt dah set sejak azali lagi.

Orang gomen rezeki dia tang tu.

i like apa yg u tulis. tp tu lah malas nk ckp lebih2, nnti ada yg ckp i hina org lain
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa khabar agaknya makcik kiah ya?
Dah start menega goreng pisang balik kah?
Atau dah jadi founder produk timbang kilo semenjak dah popular dan punyai ramai pengikut?
Suami makcik kiah pulak apa cerita?
Jangan suami makcik kiah berskandal dengan acik RELA yg sama bertugas masa PKP aritu sudahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki Allah dah tetapkan.

Cuba belajar utk tak dengki dgn rezeki org lain. Tak guna mengaku profesional dan terpelajar tapi hati dengki dgn rezeki org lain.

Done mengata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca artikel ni
Buat ai doa x ada pkp lagi
Memang kasihan sungguh keluarga yg terputus bekalan makanan sebab x ada duit langsung..

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
zacks replied at 25-8-2020 11:02 PM
Rezeki Allah swt dah set sejak azali lagi.

Orang gomen rezeki dia tang tu.

Hashtag chuols tetinggei hurop h
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain macam komen kat benang ni
Aku baru nak meninggalkan komen murni teros tersedak

Ilmu tu bawa rezeki. Cari ilmu yang berkat supaya dapat jawapan dan testimoni yang benar. Maklomlah yang benar tu pahit, yang tipu tu sugarcoat belaka. Kalau orang bagi ilmu, kita ambil mudah2an makin murah rezeki

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:28 AM | Show all posts
entah amenda lah nak bandingkan dengan orang gomen..kalau tak puas hati, apply lah kerja gomen...

nyampah pula aku dengan sesetengah pekerja swasta, walaupun aku pun swasta..

orang2 yang dinterbiu dalam news tu pun tak komen pun pasal orang gomen..kita pula yang lebih2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:46 AM | Show all posts
miskin kt kampung dan miskin bandar ni bagi akak miskin bandar lg perit.

miskin bandar nak tanam apa celah bandar. miskin kampung celah2 kebun jumpa juga makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Apakata kita tgk jugak org gomen gaji ciput cukup mkn tu.. mungkin pastu kita x banding2 dh kot

Yg gred berpuluh angka tu pon mungkin kita xtau gji bulanan dia bahagi2 ke mna

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 01:38 AM | Show all posts
dia tak sedaq org gomen jugak beli kuih kalau dia menjaja balik.. heheehe.. iols pun kena retrench sbb covid ni.. ada sedikit dengki tgk org bergaji bila time gaji shopping sakan.. tapi sbb dah biasa bergaji, tiba takdak gaji, iols stress sbb takleh spend mcm dulu.. maybe makcik ni stress sbb byk mulut nak disuap makan.. iols pun start mcm depress dah ni... rasa kelam sat masa depan.. but nak compare, rezeki tak sggup pulak, sbb bila terdetik cmtu, mesti iols jumpa org lagi susah.. insaf sat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 25-8-2020 11:57 PM
Apa khabar agaknya makcik kiah ya?
Dah start menega goreng pisang balik kah?
Atau dah jadi founder ...

Ada tgok dlm tv makcik kiah dah jadi usahawani ekpot kerepek ke seluruh negara... mungkin lepas ni jadi datin kiah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya,  kami sepanjang pkp pun tak dapt apa2 bantuan,

Kawan suami sorang balik kg sebab pkp bila dh keje semula bgi tau banyak dapat bantuan,  beras 40kg,  yg sorang lg ,selalu skodeng juga status wasapnya mcm 4-5kali juga dapat bantuan.

Yg dapat bantuan ni sebab sorang ni memang ada sedara yg rajin aktif NGO/politik, sorang lagi memang rapat dengan orang2 NGo/politik.

Kesimpulan, ada masa bantuan pun kena ada kabel.

Lambat sikit kami dapat maklumat,  sebenarnya ada 1 bantuan tu semua orng/rumah kena dapat,  sebab kerajaan bagi. Masalahnya kami tak dapat , sebab kena bg info wasap hanya yg didaftarkan je yg boleh ambil. Dah tu kena ambil sendiri.

Kami tahu pun sebab kawan mak bagi tau, abang dia cite kat kawan dia (yg mmg aktif ikut parti politik dan negeri lain) kata dia tak dapat bantuan. esoknya abang makcik tu kena hantar bantuan yg semua orang kena dapat tu.

Kesimpulan,  terakhir,  hidup kena Kabel besar supaya tak lepas mana2 info2 kerajaan, tak kira la,  bantuan ke, grant ke,  kursus kemahiran ke dll.  Tak de kabel melopong la,  tau2 dah tutup permohonan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Propa aja nih, kan memasing dah dapat 8k dari gomen PN Habahkau nan maha prihatin lagi sangat mulayu isele
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2020 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa korang sebut2 pasal keje gomen? Dalam artikel tu takde sebut pon. Ke aku ada tertinggal ketapi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 26-8-2020 12:46 AM
miskin kt kampung dan miskin bandar ni bagi akak miskin bandar lg perit.

miskin bandar nak tanam  ...

Kat kampung pun mana dapat.cucok tanam dah. Monyet babi utan semua bergentayangan. Tu belum lagi lombu kambeng peliharaan Melayu yg lepas berkeliaran merodok masuk kawasan kebun orang sesuka hati like nobody's business
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 03:13 AM | Show all posts
pyropura replied at 26-8-2020 03:09 AM
Kat kampung pun mana dapat.cucok tanam dah. Monyet babi utan semua bergentayangan. Tu belum lagi l ...

malas nya, bangla kat cameron boleh jd jutawan tanam tanah haram takkan kampung tanam ubi kayu tebu atau tumbuhan boleh jual pun malas?

lepas tu salahkan lembu melayu. xpuas hati dengan owner lembu selesai kan cara elok . jgn meratib semua lembu melayu. masalah sebahagian melayu phd. penuh hasad dengki. suka sabotaj bangsa sendiri.

nak seribu daya tak nak sejuta alasan.


p/s: tak semua kampung ada monyet babi. sekarang dh modern.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 25-8-2020 11:57 PM
Apa khabar agaknya makcik kiah ya?
Dah start menega goreng pisang balik kah?
Atau dah jadi founder ...

Duit 8k acik Kiah dah tinggal 87.24sen jah. Kan topeng free yg dijanjikan tinggal kencing semata. Rega topeng pulak mencanak naik oleh gomen PN. Letrik pun PN naikkan. Moratorium tak sambong sebab Zafrul menteri  kewangan Cimb kata bank2 dah meraung2 kerugian. Minyak pun mencanak naik. Rega ayam pun mencanak naik sebab Cina yg kontrol supply ayam  senyap2 strike back lawan Bmf. . Toll yg diskaun 18% pun gomen PN akan batalkan. Yg huntong cuma anak acik Kiah yg jadi dreba lori sayor je, sebab takyah kuarantin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.101505 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list