CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28169|Reply: 136

Fendy Bakry dah kahwin Chuolss

  [Copy link]
Post time 31-8-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by nazzse at 31-8-2020 05:25 AM

KUALA LUMPUR: Pelakon Fendy Bakry, 32, membuat kejutan apabila melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya yang hanya dikenali dengan nama Ayu, 27, malam tadi.

Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri berkata, majlis pernikahan berlangsung selepas Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira-kira 30 ahli keluarga terdekat.

Pelakon yang meledak menerusi drama Mr Grey itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Sebelum ini, pasangan ini melangsungkan pertunangan secara ringkas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa pada Mac lalu.

"Jika ikutkan, kami tak bercinta bagai nak rak. Tiada nak berdating atau bergayut telefon selama 24 jam. Kami kenal tiga tahun lalu selepas bertemu di Festival Teater Kebangsaan, Kedah kerana memberi sokongan kepada persatuan teater masing-masing.

"Salah satu perkara mencuri hati adalah keperibadiannya. Isteri tak kisah bersusah payah demi saya. Secara kebetulan, saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, jadi dia banyak membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya," katanya kepada BH Online.

Memilih persalinan berwarna kuning pada hari bahagia, Fendy berkata, dia berasakan usia sekarang sudah dilihat cukup matang untuk hidup berumah tangga.

"Saya mahukan teman hidup, lagipun pembantu peribadi sudah tidak bersama saya lagi. Sampai masa ada isteri menguruskan makan pakai.

"Jika terjadi apa-apa, ada isteri boleh uruskan," kata pemilik perniagaan Bhenang Kitchen itu.


Fendy berkata, dia bukannya sengaja tidak mengundang ramai tetamu termasuk media massa, tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP), selain atas permintaan keluarga isteri.

"Keluarga sepakat mahu meneruskan perkara wajib dahulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati.

"Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis resepsi, tetapi belum ada tarikh tepat. Mungkin tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih diteruskan hingga hujung tahun ini.

"Lagipun, saya dan isteri akan sibuk dengan komitmen kerja selepas ini. Selain perniagaan, saya akan kembali ke lokasi penggambaran hujung September.

"Bagaimanapun, saya tak boleh terima tawaran watak utama yang memerlukan komitmen panjang kerana masalah kesihatan. Setakat watak pembantu, insya-Allah boleh. Saya pun tak nak susahkan produksi," katanya belum memikirkan soal bulan madu.

Mengimbas detik pertemuan, jejaka kelahiran Perlis itu berkata, semuanya berlaku tanpa diduga.

"Saya selamba tanya isteri, nak kahwin dengan saya tak sekitar Mac lalu. Dia cakap jika serius kena jumpa keluarganya.

"Majlis tunang diadakan dalam keadaan ringkas kerana kebetulan mak saya berada di Kuala Lumpur. Kemudiannya, kami putuskan untuk bernikah.

"Ikutkan perancangnya, kami bernikah pada Januari tahun depan. Tetapi, lebih baik mempercepatkan perkara baik. Tiada guna nak tangguh lagi kerana tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk kami xda tenet ni, mintak jamukan sedikit gambar untuk dikomen lebih2. Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la walaupun tak pasti ni pelakon yg mana satu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 11:44 AM | Show all posts
Alhamdulillah

Tahniah. Selamat Pengantin Baru


Mr Grey masih jual koayteow ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda gambar org rumah dia ke ye?

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. Semoga kekal hingga ke SyurgaNya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah fb.
Ini baru hero x takut nk kawin, bkn mcm retis kebret sekor tu acah2 hensem jejeka malaya kunun, umo dah kertu perasan remaja asyik nk bercinta je, pastu pandai belasah ank dara org je tau
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah FB
X tgk cerita Mr Grey tu tp igt kisah dia sakit
Moga kekal hingga hujung nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aunty_Acid replied at 31-8-2020 11:52 AM
Tahniah fb.
Ini baru hero x takut nk kawin, bkn mcm retis kebret sekor tu acah2 hensem jejeka mala ...

Jijan ke jol ripin
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
chenta_dewi replied at 31-8-2020 12:12 PM
Jijan ke jol ripin

Abam wemy kah....walaweiii
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Fendy Bakry!

Takde gambar ka tt?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Mna gambar?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:30 PM | Show all posts
tahniah... semalam kaka @mimi77 ada mention pasal heshe kahwin dekat thread yang dah terkambus tertimbus di dalam kek2 dan perapan kambing...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..semoga bahagia hingga akhir hayat


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:38 PM | Show all posts
who u yusssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahh      
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:40 PM | Show all posts
takde pic ker
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. X dak nk tnjk suwet muwet bgai. Tup2 dh kawin. Moga kekal hingga ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa ni je...
Tahniah abg fendy....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.347807 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list