|
Edited by nazzse at 1-9-2020 10:56 AM
Berita Harian
BERITANasional
Selasa, 1 September 2020 | 6:22pm
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal perairan Malaysia dekat Lahad Datu dan Semporna, Sabah dalam Ops Benteng. - Foto NSTP/IZHARI ARIFFIN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal perairan Malaysia dekat Lahad Datu dan Semporna, Sabah dalam Ops Benteng. - Foto NSTP/IZHARI ARIFFIN
COVID-19: Kluster baharu di Lahad Datu
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
luqman.arif@bh.com.my
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu, hasil saringan tahanan yang ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah.
Berdasarkan perangkaan setakat 28 Ogos lalu, seramai 50 tahanan yang diberkas menerusi Op Benteng di sempadan utama negara, disaring dan tujuh daripadanya didapati positif COVID-19, termasuk seorang rakyat tempatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam lagi kes positif yang direkodkan dalam Kluster Benteng Lahad Datu itu ialah pendatang asing tanpa izin.
"Semua kes positif ini tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah-kuman dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti.
"Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan. Punca jangkitan dalam siasatan," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|