CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tina

Syarat keluar 40 hari

  [Copy link]
 Author| Post time 8-9-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 7-9-2020 09:33 AM
Kalau nak komen dari segi jemaah, kena la dulu mengenali jemaah tabligh.... ramai yang tak ken ...

Dah kenal dan rasanya tak sengaja menjadi mangsa.. Hahaha.. Tu yang bertanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
CocoCily replied at 7-9-2020 10:46 AM
macam puak puak lain juga, golongan Tabligh pun ada yang ok, ada yang tak ok.

Family side my moth ...

Betul.. Yang hard core tu memang akan percaya kata2 geng2 diaorang.. Hurmm.. Org luar akan dipandang serong.. Pastu kata nak dakwah, kesian ramai tak solat.. Ntahlah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2020 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 8-9-2020 05:16 AM
.MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Tabligh adalah salah satu daripada sifat Bagind ...

Hurmm.. Kalau dia berjanji pastu menipu.. Pastu cakap, kita mampu merancang Allah yang tentu kan.. Jemaah yg baik ke?
Lepastu ceraikan isteri sebelum keluar khuruj kira jemash baik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 09:42 AM | Show all posts
tina replied at 8-9-2020 10:57 PM
Dah kenal dan rasanya tak sengaja menjadi mangsa.. Hahaha.. Tu yang bertanya..



Mungkin hanya kenal individu..... macam-macam individu yang boleh melibatkan diri dalam 'keluar 40 hari' atau lebih dari tu

Ada yang orang kebiasaan...

Ada yang professional, ada yang berjawatan tinggi, ada yang keturunan raja...

Ada yang tak kaya tapi baginya mencukupi...

Ada yang Ulama tinggi menggunung ilmunya... ada juga para pelajar

Ada juga yang artis atau bekas artis, bekas penagih, bekas gengster...

Macam-macam selain dari tu pun ada....


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 09:57 AM | Show all posts
tina replied at 8-9-2020 10:51 PM
Terima kasih bagi pendapat semua... Baru faham sikit..
Memang keluar 40 hari tak boleh tengok handphone ke?

Untuk dapat manfaat maksimum dari sesuatu amalan, tentunya ada tertib/kaedah dan disiplin. Contohnya di sekolah yang mana pelajar tidak dibenarkan bawa handphone, adakah semua ibu bapa akan persoal kewajaran tak boleh bawa handphone?

Dalam isu khuruj (keluar) ni, keputusan dibuat  adalah dari mesyuarat untuk kemaslahatan orang yang khuruj. Dalam keadaan semasa, adalah diminta untuk minimumkan penggunaan handphone (bukannya tak boleh langsung).

Kiranya bole dikategorikan teraniaya lah kan kalau seorang isteri di tinggalkan suami sbb khuruj lepas tu tak tinggalkan nafkah sebab dia fikir isteri berkerja..


Geng tabligh mesti akan bela kawan2 dia kan.. Hmm..

Apa-apa yang salah, tetap salah. Tak kira lah samada geng atau tidak. Cumanya yang ingin ditekankan di sini, mana-mana kesalahan individu itu adalah disebabkan individu itu sendiri dan mungkin jemaah boleh membantu setiap ahli jemaah untuk baiki diri dan ikut tertib yang betul...InshaAllah...



Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 10:08 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 10-9-2020 10:12 AM
tina replied at 8-9-2020 11:02 PM
Hurmm.. Kalau dia berjanji pastu menipu..

Yang menipu ni individu kan?

Siapa saja boleh menipu termasuk yang di sini juga....

Pastu cakap, kita mampu merancang Allah yang tentu kan.. Jemaah yg baik ke?

Kalau boleh buat kaji selidik adakah individu dalam jemaah ini diajar untuk menipu...?

Baru-baru ni kes kluster terbesar di Malaysia merupakan Kluster Masjid Sri Petaling. Pada awalnya timbul tohmahan jemaah tabligh lari/sembunyi/takut/tak mahu tampil dan macam-macam pandangan negatif. Kluster terbesar yang melibatkan 5 generasi ini akhirnya diisytiharkan berakhir (tamat) oleh KKM setelah 4 BULAN (3 kali 40 hari), dan pihak KKM juga berterima kasih kepada penngurusan Masjid Sri Petaling.

Jika jemaah ini jemaah yang ditarbiah (diajar) untuk menipu, rasanya boleh tamat tak kluster yang terbesar ni? Dengan lebih dari 10 ribu orang semua pakat menipu...?

Lepastu ceraikan isteri sebelum keluar khuruj kira jemash baik ke?

Jemaah ke individu... ? Adakah semua yang khuruj tu keluarga jadi cerai-berai?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2020 11:25 AM | Show all posts
keh keh keh

jika pada yang dikasihi dan terdekat pun tiada mampu di sampaikan (tabligh)..
dan kenapa mau pergi beratus kilometer untuk menyampaikan (tabligh)

adakah itu apa yang Muhammad s.a.w buat?
adakah Muhammad tiada menyampaikan dengan sempurna pada yang terdekat dahulu..?

wa not against..tapi kena fikir fikir sendiri...
benarkah ikut Muhammad sebenar benarnya?

keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2020 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 10-9-2020 09:42 AM
Mungkin hanya kenal individu..... macam-macam individu yang boleh melibatkan diri dalam 'kelua ...

Betul.. Macam2 golongan ada.. Macam2 sikap pun ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 10-9-2020 09:57 AM
Untuk dapat manfaat maksimum dari sesuatu amalan, tentunya ada tertib/kaedah dan disiplin. Contohn ...

Ooo kisahnya...
Block isteri dia sebab tak nak diskuss pasal nafkah kira baik ke? Bila buat aduan, dia burukkan isteri dia pula, jadi geng2 tabligh pun percayakan dia dari aduan tu.. Walaupun ada bukti.. Huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2020 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 10-9-2020 10:08 AM
Yang menipu ni individu kan?

Siapa saja boleh menipu termasuk yang di sini juga....

Menipu tu katakan sebelum kahwin kata mampu, leoas kahwin, buat taak tahu pasal nafkah.. Sebelum kawin, letak syarat apa2 pun dia kata boleh, contohlah kata nak berhenti kerja sebab nak jaga orang tua yang sakit, lepas je kahwin dia takde pun nasihat suruh cuti lama jaga orang tua yang sakit apatah lagi nak suruh berhenti kerja..

Tak pasti individu tu diajar menipu ke tak.. Hurmm..

Pasal kluster terbesar tu mmglah semua ikut arahan, nanti malulah tak ikut arahan ketua tertinggi.. Kalau isteri yang tak dapat nafkah dari suami yg ahli jemaah ni, bukan ketua tertinggi majlis jemaah ni tahu pun.. Huhu.. Bukan ahli jemaah tunjuk bukti berapa dia tinggalkan nafkah untuk isteri atau anak2 kan.. Pastu ade juga ahli jemaah kahwin sorok2.. Isteri pertama tak tahu pun.. Memang tabligh ajar sorok2kan ke? Musykil juga.. Tu belum kahwin sampai 4..semua disorok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tina at 10-9-2020 11:53 PM
mnm77 replied at 10-9-2020 10:08 AM
Yang menipu ni individu kan?

Siapa saja boleh menipu termasuk yang di sini juga....


Ade sorang jemaah tu ceraikan isteti sebelum keluar 40 hari.. Alasan dia sebab isteri dah minta cerai.. Jadi dia ceraikan je la.. Boleh eh gitu? Adakah sebab dah tak sabar nak keluar 40 hari, Jadi dia ceraikan jelah.. Kiranya lebih baik berdakwah dari fikir pasal isteri.. Musykil kejap.. Atau pun sebab tak nak tanggung nafkah ke? Klu masih berkahwin, nanti kena siasat plak dgn ahli tertinggi pula sbb tinggalkan isteri tanpa nafkah.. Hurmm pening pula fikir..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 10-9-2020 11:25 AM
keh keh keh

jika pada yang dikasihi dan terdekat pun tiada mampu di sampaikan (tabligh)..

Logik.. Kalau dengan isteri sorok2, rak mampu dakwah, tak berlaku adil macam mana nak menyampaikan ke masyarakat lyar kan..

Pening nak paham..
Rasa macam tabligh ni macam hobi berkumpulan je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2020 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Org buat baik.. Kita syukur laa.. Jgn asik nak kondem je.. Bende yg baik kita rai kan laa.. Depa tabligh bukan minta derma pon.. Depa kuar duit sendiri.. Ajak org buat baik.. Yg baik kita rai.. Yg nampak mcm x elok tu sama2 diperbaiki bukan utk dicanang sana sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2020 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
@relaxje hmm.. tak kena lagi, bolehlah cakap, nanti da kena tanya juga orang sekeliling..hihi

Kalau takde orang komplen, takde lah penambahbaikkan..
Macam dalam pasaraya, bangunan kerajaan, sesebuah institusi atau organisasi kerajaan atau swasta, boleh je terima komplen,.. Takde pula mana2 institusi melarang orang kondem, & keluarkan kenyataan mereka cukup baik dan tak minta tak minta duit siapa2 pun...

Lagi 1,kenapa nak terasa kalau tak betul? Atau hmm hang ni salah seorang yang tak bagi nafkah tu? Musykil kejap.. Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2020 08:47 AM | Show all posts
Edited by Ah_Kwan at 11-9-2020 08:49 AM
tina replied at 10-9-2020 11:49 PM
Logik.. Kalau dengan isteri sorok2, rak mampu dakwah, tak berlaku adil macam mana nak menyampaikan ...

keh keh keh
tidak lah sampai menjadi hobi...
teruk benar dah tu..

bagi wa..mereka ni cuma terkhilaf...
semua pun mau ikut Muhammad..
nak jadi macam Muhammad s.a.w...

itu objektif utama mereka..
Muhammad s.a.w itu insan kamil...
bagaimana lu cuba takkan dapat sama...
jadi lah pengikut Muhammad s.a.w..bukan Muhammad itu sendiri..

siapa pengikut Muhammad s.a.w? para sahabat lah...
Abu Bakar tak pernah meniru menjadi Muhammad
Ali Karamallah al wajhu...tak pernah nak jadi Muhammad.

semuanya nak jadi sahabat .....
pernah dengar Abu Bakar keluar berdakwah?
pernah dengar Ali keluar berdakwah?

tak pernah kan?
tapi ada sahaja sahabat yang diarahkan Muhammad keluar berdakwah...
tapi bukan semua...
mereka pukul rata semua kena keluar...

ikut lah masing masing punya tugas...
yang mentadbir..apa kejadahnya mau keluar berdakwah...
sapa mau mentadbir kalau semua keluar...?
tengok bakat dan kerja masing masing lah..
baru benar dinamakan pentabiran islam itu syumul...
malangnya..mereka tak tengok itu...sahabat ...
kalau mereka tengok 'jamaah Muhammad' itu bagaimana..
baru mungkin mereka akan faham...
bagaimana yang dikatakan jemaah islam itu...

mereka yang belum siddiq (benar saksi)..tiada akan dapat amanah ...
jika belum dapat dapat amanah...mau (tablig) sampaikan (amanah) apa?

tapi..ikut lah..
masing masing ada jalan masing masing...

keh keh keh


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tina at 11-9-2020 05:27 PM
Ah_Kwan replied at 11-9-2020 08:47 AM
keh keh keh
tidak lah sampai menjadi hobi...
teruk benar dah tu..


Ooo join tabligh ni sebab nak jadi macam nabi ke, baru tahu.. Baru faham.. Patutlah gosok gigi guba siwak, pakai jubah serban..
Tapi tulah, wa tak nampak, tak dapat rasa dakwah tu sampai ke wa pun..hurmm.. Hati wa keras atau dakwah dia tak jadi.. Wa tak rasapun sikap dia tu boleh pengaruhi wa.. Contohla dia kata buatlah solat sunat.. Gitu je.. Takde ajar terperinci pun..

Ntahlah.. Rasa agi respek sesetengah orang yang bukan tabligh, tapi tengok sikap dia boleh buat wa terpengaruh, dia tak de bagi ceramah pun, wa cuma tengok, sikap dia sangat penyabar, kerja sungguh2, takde marah2, cool, cakap tak menjerit2, hormat orang lain, suka belanja makan, duduk diam2, tengok buku agama..


Orang tabligh dakwah ni orang kat mana? Tak jumpa pun tepi2 jalan, dakwah kat surau masjid je ke, kalau dengar aktiviti & mesyuarat tu macam2 mesyuarat.. Sedangkan kat office ramai je tak solat, ade yg minum, tp tak nampak pun orang tabligh ni dakwah.. Musykil jap.. Bukan ke sebaik2 dakwah, orang keliling dengan kita?

Wamasih menunggu pencerahan & berita  nak nafkah dari suami kiriman tabligh ni... Wa sampai cerita kat imam merangkap kawan & tabligh suami kiriman tabligh ni.. Harap2 imam tu tegurlah.. Harap2 dapat hidayah tabligh kan nafkah wa.... Lu doakan la eh wa dapat keadilan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2020 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coolie at 14-9-2020 02:03 AM
Coolie replied at 8-9-2020 05:16 AM
.MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Tabligh adalah salah satu daripada sifat Bagind ...


MashaAllah..

Sebenarnya mereka ini cuba membaiki diri dalam beribadat kepada Allah SWT berlandaskan Sunnah Baginda SAW. Mulianya usaha ini adalah untuk mengkikiskan sifat kafirun yang Ada didalam diri masing masing yakni sifat musyrikin Dan munafiq. Sifat sifat ini adalah antara sifat kafirun yang Allah SWT ciptakan agar kita sentiasa berharap dan takut pada Allah SWT, Robb kita. 4 sifat kafirun yang tertera dalam AlQuran jelas pada surah alFatiha ayat terakhir yakni golongan diMurkaiNya (Yahudi)  Dan golongan yang sesat (Nasaroh). Jadi sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW perlu Ada risau tentang nya lagi sifat iaitu sifat musyrikin Dan munafiq tertanam dalam hati. Baginda SAW telah mengajar umatnya agar tidak terpesong dengan cara lain. Jika kalian boleh kikiskan sifat munafiq itu selain daripada Sunnah Baginda SAW, sila ajukan untuk dimuzakarahkan. Jika tiada, kita harus bersyukur kerana ada dikalangan kita sentiasa berdoa semasa mereka berada di jalan ALLAH SWT. Bersyukur kerana susah payah Dan tangisan mereka menjadi sebab orang mula bertaubat. (doa Dan fikir risau mereka). Agar kita dapat jaga solat diawal waktu secara istiqomah. Disamping itu, Amar makruf nahi mungkar secara tidak langsungnya berlaku. Biznillah. Masih tidak kenaldiri,  bagaimana kenal sifat musyrikin Dan munafiq yang telah sebati dengan diri. Asyik dok lihat keburukan saudara sendiri. Pada hakikatnya,diri sendiri pun penuh dengan tahi. Sucilah sangat DENGAN memperlihatkan kekurangan orang lain. Ampunilah kami Ya Allah..

Daripada Anas bin Malik r.hu bahawa Rasulullah SAW bersabda”Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerna Allah SWT dengan memporelehi takbiratul-ula selama empat puluh hari (40 hari) akan mendapat dua kelepasan iaitu kelepasan daripada api nereka dan kelepasan daripada sifat munafik”
(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Bagi isteri dan kaum hawa terutamanya, harus bersabar. Doa seorang ibu Hawa amatlah dekat dengan Allah SWT. Kenalilah para salbiah Dan isteri isteri Baginda SAW. Mujahadah mereka ini telah diiktiraf oleh Allah SWT didalam AlQuran dan sirah Baginda SAW. Sekiranya si suami tersasar daripada tertib Sunnah Baginda SAW, ingatlah perkara yang terjadi pada Firaun laknatullah bila si isterinya, Aisyah dekat dengan Allah SWT. Usaha jemaah ini adalah maksud manusia diciptakan oleh Allah SWT (Qolbuliat). Bersyukur kerana kita berada di dalam umat terbaik umat nabi Muhammad SAW. Faham ke Kenapa kita ini umat terbaik disisi ALLAH SWT?

No one is perfecto but they are working to be good in the name of Allah SWT. So, doalah agar Allah SWT pilih kita untuk kenal apa itu perintah Allah dan RasulNya. Diri sendiri yang bercakap pun tidak mampu untuk korban diri masa dan harta sepertimana mereka. Ini adalah taufikNya buat mereka yang faham peringatanNya pada surah AtTaubah ayat 111 Dan ketakutan pada diri ini bila dibacakan ayat seterusnya ayat ke 113. (sifat Musyrikin)..

Jadi jangan pelekeh usaha jemaah ini . Walau Ada kekurangannya hanyalah pada individu itu sendiri.  Pesan Baginda SAW jika kalian tutup aib saudara kamu, pasti Allah SWT akan tutupkan aib kamu. Inikan aib si suami. MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah.. Besar ganjaRan nya.. Moga kita sentiasa dlm peliharaan Allah SWT..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2020 10:28 AM | Show all posts
tina replied at 11-9-2020 05:24 PM
Ooo join tabligh ni sebab nak jadi macam nabi ke, baru tahu.. Baru faham.. Patutlah gosok gigi g ...

keh keh keh

tak elok begitu...
lu ni kira personal vandetta dah...

pengalaman lu tak akan boleh justified keseluruhan itu jamaah...
ada yang ok...ada yang tak ok...
lumrah lah itu....
dan kebetulan yang lu jumpa tak ok..
apa mau buat...

wa menceritakan tentang iktikad...
bukan perangai...
memang semua mereka dalam jamaah itu nak perbaiki diri sepertimana Muhammad s.a.w
khilaf mereka, kerana yang mereka pandang cuma Muhammad...
mereka tak pandang lansung para sahabar Muhammad s.a.w..
kalau diikut..yang terpancar dari Muhammad s.a.w menyinari para sahabat..
nak ikut Muhammad s.a.w pandanglah sahabat...
kerana mereka yang duduk dengan Muhammad..
bukan buku bacaan, bukan google...

nak kenal sahabat, kena kenal sahabat pada sahabat...
nak kenal sahabat pada sahabat..kena kenal sahabat pada sahabat pada sahabat..

nak kenal sahabat pada sahabat pada sahabat..kena kenal mukmin....
dah duduk denga mukmin baru boleh sembang apa yang ada dalam dada Muhammad...
baru benar digelar ahlul sunnah wal jamaah.....
oklah Muhammad berkhalwat dalam gua.....
Uthman ibn Affan da Umar Al Khatab berkhalwat dalam gua mana nak bersihkan diri?
dah ada Muhammad depan mata apa kejadahnya nak berkhalwat dalam gua?

zaman ini dah takde Muhammad? camna?
Muhammad dah kata...'Aku ini dari Allah, mukmin dari ku'
carilah mukmin..berhadap hadaplah..sebagaimana para sahabat berhadap dengan Muhammad s.a.w
bila sombong ingat boleh direct pergi pada Allah..tu yang merengkok dalam gua tu..
ingat Jibrail yang datang...rupanya Ifrit...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:46 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 15-9-2020 11:49 AM
tina replied at 10-9-2020 11:34 PM
Ooo kisahnya...
Block isteri dia sebab tak nak diskuss pasal nafkah kira baik ke? Bila buat aduan, dia burukkan isteri dia pula, jadi geng2 tabligh pun percayakan dia dari aduan tu.. Walaupun ada bukti.. Huhu

Jika benar dakwaan ini, memang tak baik lah. Untuk lebih adil kena dengar dari kedua-dua belah pihak, di forum ni sekadar maklumat.

Baik buruk individu tidak wajar dikaitkan dengan sekumpulan orang atau jemaah. Lain lah kalau jemaah tu ajar untuk berbuat buruk, baru boleh kaitkan.

Hal ini sama macam kes orang Islam mencuri. Wajarkah pukul rata mengatakan (jemaah) orang Islam tu pencuri, bila ada orang Islam mencuri?

tina replied at 10-9-2020 11:44 PM
Menipu tu katakan sebelum kahwin kata mampu, leoas kahwin, buat taak tahu pasal nafkah.. Sebelum kawin, letak syarat apa2 pun dia kata boleh, contohlah kata nak berhenti kerja sebab nak jaga orang tua yang sakit, lepas je kahwin dia takde pun nasihat suruh cuti lama jaga orang tua yang sakit apatah lagi nak suruh berhenti kerja..

Ini lebih kepada masalah peribadi.
Tak pasti individu tu diajar menipu ke tak.. Hurmm..

Luahan di sini bunyinya macam diajar untuk menipu...? Macam ada sangsi kan...?

Pasal kluster terbesar tu mmglah semua ikut arahan, nanti malulah tak ikut arahan ketua tertinggi..

Kenyataan ni macam dah arif sangat pasal jemaah dan kepimpinan jemaah.... Boleh tahu (dakwa) yang ahli jemaah akan MALU kalau tak ikut arahan... dengan dakwaan sebegini, saya sarankan kena lebih mengenali jemaah ini dengan lebih dekat.

Kena ambil tahu juga yang jemaah ini tidak diberi wang upah untuk berbuat sesuatu usaha dakwah atau usaha agama, malah untuk taat perintah ketua pun tak dapat duit atau ganjaran duniawi secara langsung. Ganjarannya dari Allah, bagi yang bertawakkal dan bertaqwa.

Kalau isteri yang tak dapat nafkah dari suami yg ahli jemaah ni, bukan ketua tertinggi majlis jemaah ni tahu pun.. Huhu.. Bukan ahli jemaah tunjuk bukti berapa dia tinggalkan nafkah untuk isteri atau anak2 kan..

Jika individu tersebut sembunyikan, memang lah tak tahu. Macam mana-mana orang yang bukan jemaah, yang kahwin sembunyi sampai isteri sendiri pun ada yang tak tahu. Tup tup lepas berapa lama baru tahu.

Ya, ada juga insan yang bermasalah, yang menggunakan nama 'jemaah' untuk melarikan diri dari masalah. Hal ini boleh berlaku...

Pastu ade juga ahli jemaah kahwin sorok2.. Isteri pertama tak tahu pun.. Memang tabligh ajar sorok2kan ke? Musykil juga.. Tu belum kahwin sampai 4..semua disorok..

Tiada saranan mahupun galakan dari kepimpinan jemaah untuk buat perkara tersebut (kahwin sorok-sorok). Ini hal peribadi.

Saya kenal ramai profesor dan hartawan yang dilihat 'mampu' untuk berpoligami, tetapi masih beristeri satu dan tetap istiqamah libatkan DIRI dalam usaha DAKWAH, dalam jemaah ini. Tidak dinafikan ada juga sebilangan yang berkahwin lebih dari satu, mengikut kemampuan diri masing-masing.

tina replied at 10-9-2020 11:47 PM
Ade sorang jemaah tu ceraikan isteti sebelum keluar 40 hari.. Alasan dia sebab isteri dah minta cerai.. Jadi dia ceraikan je la.. Boleh eh gitu?

Ini hal peribadi. Ramai sangat yang saya jumpa, yang keluar 40 hari tak cerai kan isteri pun...!! Bahkan makin mesra pula bila balik dari 40 hari....

Adakah sebab dah tak sabar nak keluar 40 hari, Jadi dia ceraikan jelah.. Kiranya lebih baik berdakwah dari fikir pasal isteri.. Musykil kejap.. Atau pun sebab tak nak tanggung nafkah ke? Klu masih berkahwin, nanti kena siasat plak dgn ahli tertinggi pula sbb tinggalkan isteri tanpa nafkah.. Hurmm pening pula fikir..

Kefahaman yang betul itu datang dari Allah. Jika betul nak islah (baiki) diri melalui khuruj (keluar) di jalan Allah, di samping baiki juga keluarga (isteri/anak), Insha-Allah, hal itu boleh datang.

Namun kalau memang dah niat nak cerai, beri alasan 40 hari ke, outstation pergi kerja ke, semuanya hanya sebagai alasan. Kepimpinan jemaah ini tak pernah pun beri saranan untuk khuruj tanpa beri nafkah.

WAllahu a'lam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:09 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 15-9-2020 12:10 PM

Salam tuan Ah_Kwan... saya senang dengan tulisan tuan yang banyaknya mengandungi isi yang bernas dan lebih neutral

Saya nak mencelah beberapa isu, tapi biarlah sikit-sikit dulu sebab saya pun ada urusan... bila sempat nanti boleh sambung lagi InshaAllah...

semuanya nak jadi sahabat .....
pernah dengar Abu Bakar keluar berdakwah?
pernah dengar Ali keluar berdakwah?

tak pernah kan?

Mungkin tuan boleh kaji sikit, dalam kalangan 10 orang sahabat yang dijamin syurga, atas asbab usaha dakwah siapa kah kebanyakan dari mereka menerima Islam...?

Ini boleh menjawab samada soalan tuan di atas tu betul atau tidak.

tapi ada sahaja sahabat yang diarahkan Muhammad keluar berdakwah...
tapi bukan semua...
mereka pukul rata semua kena keluar

Benar ada perintah khusus dari Nabi dalam urusan Dakwah dan Jihad, dan ada juga yang diuzurkan atau tak terlibat atas urusan agama juga.

Pada ketika awal Islam sebelum ada perintah solat fardhu 5 waktu, antara yang paling awal peluk Islam adalah Saydina Abu Bakr RA (lelaki dewasa pertama peluk Islam ikut syariat Nabi Muhammad SAW)...

Setelah Abu Bakar RA peluk Islam, adakah beliau tidak melakukan apa yang Nabi buat setelah memeluk Islam? Adakah sekadar terima perintah ibadah sahaja kah? Apa kerja Nabi...? Adakah Abu Bakar tidak mencontohi Nabi?

mereka pukul rata semua kena keluar...

Saya rasa sini ada salah faham sikit. Apabila ditasykil (diajak), memang dianjurkan untuk khuruj (keluar), namun bukanlah pukul rata semua keluar macam tu. Ada yang khuruj, ada yang buat usaha tempatan. Ada waktu khuruj, ada waktu buat usaha tempatan. Usaha tempatan ni lebih lama waktunya berbanding khuruj. Usaha tempatan ni termasuk juga usaha kepada ahli keluarga.

Namun, khuruj ni yang lebih 'menonjol' istilah nya... khuruj ni umpana kaum muhajirin yang berhijrah, dan nusrah pula umpama kaum Ansar yang melakukan usaha tempatan.

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.072623 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list