CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tina

Syarat keluar 40 hari

  [Copy link]
Post time 16-9-2020 01:47 AM | Show all posts
mnm77 replied at 15-9-2020 12:09 PM
Salam tuan Ah_Kwan... saya senang dengan tulisan tuan yang banyaknya mengandungi isi yang bernas d ...

keh keh keh

agak aneh cerita lu ni...
Mungkin tuan boleh kaji sikit, dalam kalangan 10 orang sahabat yang dijamin syurga, atas asbab usaha dakwah siapa kah kebanyakan dari mereka menerima Islam...?

benar uthman masuk setelah diyakinkan oleh Abu Bakar..
benar juga thalhah masuk setelah berjumpa dengan Abu Bakar..

beza dengan apa yang lu khabarkan ini, adalah Abu Bakar tak keluar dan mencari serta menyampaikan risalah Muhammad..
bila datang mereka bertemu dengan Abu Bakar, baru disampaikan...sehingga meyakinkan mereka memeluk Islam...

amat jauh bezanya itu...
mencari ..takut takut merasakan kita layak untuk menyampaikan risalah itu....
layakkah kita? nak bercerita tentang apa yang ada dalam dada Muhammad?
tapi kiranya Allah hantar ke muka pintu kita, walau tak layak...tapi kerana Allah nak jadikan kita asbab semata...
lalu sahaja ikut Abu Bakar, maka Uthman  Affan memeluk Islam..
lalu sahaja ikut Abu Bakar, maka Thalhah memeluk Islam...
dan tak jatuh sombong itu pada Abu Bakar..kerana Allah hantar ke muka pintu..untuk diceritakan padanya...
beza? memang jauh bezanya dengan apa yang lu orang buat sekarang..

Setelah Abu Bakar RA peluk Islam, adakah beliau tidak melakukan apa yang Nabi buat setelah memeluk Islam? Adakah sekadar terima perintah ibadah sahaja kah? Apa kerja Nabi...? Adakah Abu Bakar tidak mencontohi Nabi?
apakah yang dicontohi sebenarnya?
pakaiannya kah? sifatnya kah? janggut nya kah?
yang dicontohi oleh para sahabat adalah tauhidnya kepada Allah..
dari iktikad, baru datang akhlak dan adab....
sebab itu 10 tahun pertama tiada pun ibadah..cuma tauhid dan akhlak..
jika semua meniru perbuatan nabi, Umar Al Khatab akan menjadi seorang yang lemah lembut..dan selau tersenyum...
pe el Umar itu keras, tiada berubah..yang berubah hatinya dan akhlaknya...
akhlak datang kerana menyaksikan Allah itu ada disetiap detik dan ketika...

Islam itu bukan sekadar ibadah dan dakwah...
Muhammad bawa turun dua perkara...Ar Rahman dan Ar Rahim
itu barang pemutus pada setiap pengajian...pemurah..dan kasih sayang...
tauhid dan kasih sayang....

khuruj?
dan lu samakan dengan puak ansar dan muhajirin?
jauh bebeno contoh lu itu...
ok lah...mari wa tanya satu perkara..
dalam jamaah lu, ada tak sesiapa yang tak perlu keluar 3 hari kah..40 harikah?
dan dia tetap duduk dalam jamaah lu bahagian pentadbiran..
atau menjadi pemimpin dalam jamaah lu..
ada?

jika tiada..maknanya dalam jamaah lu, 'keluar' itu is a must kan?
sedang dalam jamaah Muhammad dulu, ada ramai yang tak keluar pun berdakwah pun..tak keluar perang pun...
sebab itu bukan kriteria untuk menjadi jamaah...
kriteria untuk menjadi jemaah Muhammad..adalah bersaksi bahawa Allah itu SE dan Muhammad itu pesuruhnya..

tapi jika lu menetapkan..jamaah lu 'mesti' keluar..adakah lu ikut sebenar jamaah Muhammad?

keh keh keh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 12:32 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 18-9-2020 12:36 PM
Ah_Kwan replied at 16-9-2020 01:47 AM
keh keh keh

agak aneh cerita lu ni...

(Hmmm... agak aneh cerita lu ni)

Saya menganggap tuan seorang yang berilmu, jadi saya cuba berbincang atas landasan ilmu. Saya tak pasti tuan ni saja-saja guna bahasa lenggok Cina kerana terbiasa, atau memang macam tu cara berforum... he he he tak apa... nak keh keh keh pun tak apa

Dalam isu agama, ini hal yang serius. Kita bincang secara ilmiah.

benar uthman masuk setelah diyakinkan oleh Abu Bakar..
benar juga thalhah masuk setelah berjumpa dengan Abu Bakar..

beza dengan apa yang lu khabarkan ini, adalah Abu Bakar tak keluar dan mencari serta menyampaikan risalah Muhammad..
bila datang mereka bertemu dengan Abu Bakar, baru disampaikan...sehingga meyakinkan mereka memeluk Islam...

amat jauh bezanya itu...

Mungkin ada penulisan saya yang kurang jelas, atau cara tulis tuan yang saya salah faham, eloklah diperlejaskan dulu. Hal-hal yang kurang jelas, kita bagi jelas dulu. Nanti bila sempat saya jelaskan persoalan tuan.

Bila masa saya kata Abu Bakar tak keluar dan mencari serta menyampaikan risalah...? Atau maksud tuan memang Abu Bakar tak keluar berdakwah?

Ini tuan yang tulis:
pernah dengar Abu Bakar keluar berdakwah?
pernah dengar Ali keluar berdakwah?

tak pernah kan?

Boleh beri penjelasan?

*Maaf bertanya, tuan ni muallaf Cina ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 07:27 PM | Show all posts
mnm77 replied at 18-9-2020 12:32 PM
(Hmmm... agak aneh cerita lu ni)

Saya menganggap tuan seorang yang berilmu, jadi saya cuba berb ...

keh keh keh

kelakar lu ni....
bila ulasan wa selolah olah back up jamaah lu..ini lu kata pada wa..

Salam tuan Ah_Kwan... saya senang dengan tulisan tuan yang banyaknya mengandungi isi yang bernas dan lebih neutral


bila ulasan wa hantam balik lu dan jamaah lu..ini pula lu sentuh pula personal wa kata...

Dalam isu agama, ini hal yang serius. Kita bincang secara ilmiah.
made up ur mind la ...
apakah yang dikata serius?
adakah Sunan Kalijaga tak serius menyampaikan amanah pada dirinya kepada seluruh masyarakat jawa melalui wayang kulit?
adakah sunan kalijaga tak serius juga bila mendendangkan lagu ini pada masyarakat jawa?



serius itu pada penerimaan lu..
jika lu benar ingin menuju Allah..seluruh alam ini lu akan pandang dengan serius..
bukan hanya ilmu di kitab-kitab..
tapi ikut lah pengajian lu bagaimana pun...

Bila masa saya kata Abu Bakar tak keluar dan mencari serta menyampaikan risalah...? Atau maksud tuan memang Abu Bakar tak keluar berdakwah?


adoi...payah lu ni..soalan begini pun tak faham...
wa kata para sahabat...tiada pernah ada peristiwa 'khusus' yaani tiada merancang untuk keluar bertemu masyarakat dan berdakwah.
kecuali, mereka mereka yang Muhammad s.a.w utuskan (khusus) untuk berdakwah...
selain dari itu..tiada pernah ada peristiwa khusus (macam keluar 3 hari) dengan niat di hati...

biasanya yang terjadi adalah, para sahabat ini terjumpa/ didatangi oleh kawan kawan mereka..bertanyakan tentang Muhammad s.a.w..
peristiwa Thalhah dan Abu Bakar itu jelas...Thalhah mencari Abu Bakar untuk bertanyakan tentang Muhammad...
Bukan Abu Bakar terkinja kinja rasa layak nak berdakwah ke sana ke mari...
Allah lah yang campakkan hidayah itu...dari situ..maka dibawa ke laluannya..yaani bertemu dengan Abu Bakar..

Wa dah cakap awal..umat Muhammad ini...nak contohi apa pada Muhammad?
cara berjalan kah? cara bercakap kah? cara gosok gigi kah?
baju kurta kah?  serban kah?

para sahabat tak tiru itu barang..
itu barang yang Muhammad bawa namanya akhlak...bukan boleh dibuat buat
bukan boleh main tiru tiru..ianya datang dari dalam...
para sahabat bersungguh nak sama faham dan sama setuju dengan apa yang ada dalam dada Muhammad..
yaani ...pertamanya..siddiq ..benar saksi akan Se nya Allah..dan Muhammad itu adalah dalilnya..
sepertimana Abu Bakar menyaksikan Muhammad naik ke Siratul Muntaha..dengan hatinya..
baru dia layak di gelar as-siddiq..benar dia dah saksi...
kalau dia tak saksi, maka dia menipu..tak layak digelar as-siddiq...

dah dapat siddiq..dah benar saksi..baru lah akan diberikan 'amanah'.
amanah apa? siapa yang siddiq akan tahu sendiri apa amanahnya...
dah ada amanah..baru lah boleh sampaikan 'amanah' itu pada sekeliling..ikut level lu sapa lah..
dah nak menyampaikan 'amanah' ..baru Allah kurnia pula 'fatanah' ..yaani bijaksana dalam penyampaian..
sebab tu di jawa..keluar wayang kulit...bukan main hantam semua tempat sama...
sebab itu di Tanah Jawi ini, di blend sekali islam dengan budaya jawi..supaya mudah meresap dan faham..
tak sama cara di India , yang penuh dengan isu kemiskinan..dan ignorant pada agama..dan setia pada keluarga..
di tanah jawi..makan semua cukup...cara menyampaikan risalah itu berlainan..
dia masuk dalam budaya...
itu namanya fatanah...bijaksana dalam penyampaian...

tapi itu kurnia dari Allah...bukan lu boleh pilih...
kalau lu kata jamaah lu nak memperbaiki diri sendiri..takde sapa kesah.pergi lah..
sepertimana sama jalan dengan ahlul tariqat..bersuluk dan sebagainya..

tapi bila jemaah lu mula konon nak mengajak orang lain kepada kebaikan..
seolah olah lu bagitahu kat orang lain..lu orang tak baik..kami dah baik...jom ikut kami...
dan lebih teruk lu keluar sana sini cerita itu barang secara tak sedar...

nak baiki diri..go on..
tapi bukan tugas lu lagi untuk menyampaikan kebaikan itu...
belum siddiq..tak pernah dapat amanah..mau sampaikan apa?

keh keh keh





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 03:24 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 22-9-2020 03:28 AM
Ah_Kwan replied at 18-9-2020 07:27 PM
keh keh keh

kelakar lu ni....

Tak apa kalau kelakar pun, boleh sambung.... Kalau kamu suka cara macam tu, kita boleh saja bincang...

bila ulasan wa selolah olah back up jamaah lu..ini lu kata pada wa..

Belum lagi masuk bab jemaah lu jemaah wa.... ini baru minta penjelasan. Kalau boleh guna bahasa Malaysia yang mudah.

bila ulasan wa hantam balik lu dan jamaah lu..ini pula lu sentuh pula personal wa kata...

Sila perjelas lah yang mana LU BACKUP, yang mana LU HANTAM. Berkias-kias tu boleh, tapi kalau sampai salah faham susah juga.

made up ur mind la ...
apakah yang dikata serius?
adakah Sunan Kalijaga tak serius menyampaikan amanah pada dirinya kepada seluruh masyarakat jawa melalui wayang kulit?
adakah sunan kalijaga tak serius juga bila mendendangkan lagu ini pada masyarakat jawa?

Kalau LU rasa serius, baguslahlah. KEH KEH KEH tu makna apa? Tapi kalau sekadar nak tunjuk LU ni serba tau, elok letak tepi dulu. Kalau itu memang cara LU, ok tak apa.

serius itu pada penerimaan lu..
jika lu benar ingin menuju Allah..seluruh alam ini lu akan pandang dengan serius..
bukan hanya ilmu di kitab-kitab..
tapi ikut lah pengajian lu bagaimana pun...

Nasihat yang baik saya boleh terima. Tidak menjadikan seseorang itu musuh hanya kerana terima nasihat orang lain, walaupun yang memberi nasihat itu tak semestinya betul.

adoi...payah lu ni..soalan begini pun tak faham...
wa kata para sahabat...tiada pernah ada peristiwa 'khusus' yaani tiada merancang untuk keluar bertemu masyarakat dan berdakwah.

Boleh perlekeh saya... tak jadi masalah
Ini yang saya tanya balik.... LU PASTI? Dari sumber mana kenyataan ini diambil? Atau dari bacaan mana? Dari jemaah mana?

(panjang lagi perbincangan ni...sabar dulu... saya masih dalam perjalanan...ada peluang saya reply)

kecuali, mereka mereka yang Muhammad s.a.w utuskan (khusus) untuk berdakwah...
selain dari itu..tiada pernah ada peristiwa khusus (macam keluar 3 hari) dengan niat di hati...

Adakah pasal isu 3 hari kah yang menjadi isu dalam berdakwah?
(ini pun panjang lagi perbahasannya kalau nak sambung...)

biasanya yang terjadi adalah, para sahabat ini terjumpa/ didatangi oleh kawan kawan mereka..bertanyakan tentang Muhammad s.a.w..
peristiwa Thalhah dan Abu Bakar itu jelas...Thalhah mencari Abu Bakar untuk bertanyakan tentang Muhammad...
Bukan Abu Bakar terkinja kinja rasa layak nak berdakwah ke sana ke mari...
Allah lah yang campakkan hidayah itu...dari situ..maka dibawa ke laluannya..yaani bertemu dengan Abu Bakar..

Dari mana sumber kenyataan ini? Boleh jelaskan dulu....

Wa dah cakap awal..umat Muhammad ini...nak contohi apa pada Muhammad?
cara berjalan kah? cara bercakap kah? cara gosok gigi kah?
baju kurta kah?  serban kah?

Sabar... belum lagi masuk bab ni.

Akhlak Nabi akhlak agung. Ada Sunnah Dakwah. Ada Sunnah Ibadah. Ada Sunnah Adat.

Nak contohi apa? Sebaik-baiknya semua Sunnah Nabi.... tapi awas, mungkin yang dapat dilihat hanya luaran sahaja pada individu yang dilihat

para sahabat tak tiru itu barang..
itu barang yang Muhammad bawa namanya akhlak...bukan boleh dibuat buat
bukan boleh main tiru tiru..ianya datang dari dalam...

Sahabat ikut Sunnah Nabi. Dari mana sumber yang menyatakan sahabat Nabi tak ikut / tiru tu, perlukan sumber untuk dibentangkan sebagai fakta.
para sahabat bersungguh nak sama faham dan sama setuju dengan apa yang ada dalam dada Muhammad..
yaani ...pertamanya..siddiq ..benar saksi akan Se nya Allah..dan Muhammad itu adalah dalilnya..
sepertimana Abu Bakar menyaksikan Muhammad naik ke Siratul Muntaha..dengan hatinya..
baru dia layak di gelar as-siddiq..benar dia dah saksi...
kalau dia tak saksi, maka dia menipu..tak layak digelar as-siddiq...

Benar.

dah dapat siddiq..dah benar saksi..baru lah akan diberikan 'amanah'.
amanah apa? siapa yang siddiq akan tahu sendiri apa amanahnya...
dah ada amanah..baru lah boleh sampaikan 'amanah' itu pada sekeliling..ikut level lu sapa lah..
dah nak menyampaikan 'amanah' ..baru Allah kurnia pula 'fatanah' ..yaani bijaksana dalam penyampaian..

Setuju

sebab tu di jawa..keluar wayang kulit...bukan main hantam semua tempat sama...
sebab itu di Tanah Jawi ini, di blend sekali islam dengan budaya jawi..supaya mudah meresap dan faham..
tak sama cara di India , yang penuh dengan isu kemiskinan..dan ignorant pada agama..dan setia pada keluarga..
di tanah jawi..makan semua cukup...cara menyampaikan risalah itu berlainan..
dia masuk dalam budaya...
itu namanya fatanah...bijaksana dalam penyampaian...

Sunnah Nabi sesuai untuk semua. Rahmatan Lil 'Alamin

tapi itu kurnia dari Allah...bukan lu boleh pilih...
kalau lu kata jamaah lu nak memperbaiki diri sendiri..takde sapa kesah.pergi lah..
sepertimana sama jalan dengan ahlul tariqat..bersuluk dan sebagainya..

tapi bila jemaah lu mula konon nak mengajak orang lain kepada kebaikan..
seolah olah lu bagitahu kat orang lain..lu orang tak baik..kami dah baik...jom ikut kami...
dan lebih teruk lu keluar sana sini cerita itu barang secara tak sedar...


Kalau boleh jemaaah LU jemaah WA ni kita bincang dalam point berasingan.

Tentulah setiap jamaah ada individu yang 'ekstrim'. LU pun tahu kan?

Jemaah ini bukanlah ditarbiah untuk anggap orang tak baik. Jemaah ini ditarbiah untuk baiki diri dan AJAK ke arah kebaikan. Dakwah ini seruan, bukannya bermakna orang yang ajak tu lebih baik.

Azan itu seruan, dakwah yang sempurna. Bukan bermakna muazzin tu lebih baik dari Imam.

nak baiki diri..go on..
tapi bukan tugas lu lagi untuk menyampaikan kebaikan itu...
belum siddiq..tak pernah dapat amanah..mau sampaikan apa?

Aneh sungguh... Jadi tak ada yang layak untuk buat dakwah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:10 AM | Show all posts
mnm77 replied at 22-9-2020 03:24 AM
Tak apa kalau kelakar pun, boleh sambung.... Kalau kamu suka cara macam tu, kita boleh saja bincan ...

keh keh keh

nak minta sumber?
panjang2 balas..semua minta sumber..
apa dah tak reti membaca sirah?
ada dalam sirah cerita..Abu Bakar buat plan mengajak Umar al-khatab keluar untuk berdakwah pada masyarakat Mekah?
kalau tiada, sumber apa lagi yang lu perlukan?

Kalau boleh guna bahasa Malaysia yang mudah.
ini arahan ke ..permintaan? siapa lu nak mengarah kan? adakah lu rasa lu belih baik dari orang lain sebab itu lu nak mengarah kan?
tipikal cara jemaah lu dalam berbicara dengan orang lain ni..

bab sunnah ni wa dah habis cakap dah..tak faham juga...
kalau Umar Al -Khatab meniru nabi...maka dia akan jadi seorang yang lemah lembut..
tapi itu tidak ditiru oleh Umar..
adakah Umar tidak ikut sunnah?

setuju dengan kenyataan wa pasal di jawa?
jadi sunnah nabi mana yang sunan kalijaga ikut dalam cerita 'wayang kulit'?
tak faham2 cerita ini...itu barang bukan sunnah..itu barang 'fatanah'

Azan itu seruan, dakwah yang sempurna. Bukan bermakna muazzin tu lebih baik dari Imam.
ya benar lu kali ini...
contoh yang Muhammad ajarkan pada kita semua..nak menyeru (azan) ..
siapakan orang yang dibenarkan untuk azan? Bilal bin Rabbah..
bacalah sirah..sampaikan, bila Bilal tak azan, turun malaikat bertanya hari ini tiada seruan kah?
fahami cerita itu sebenar-benarnya...
nak menyeru..kena jadi sepeti Bilal..check betul2 sejarah dan siapa Bilal...
dah jadi seperti Bilal bin Rabbah..baru layak menyeru...
dah jadi bilal..baru faham ..kenapa lauangan azan itu ada dua kali setiap ayat..
dan seruan yang terakhir hanya satu..iaitu 'Lailaha illa Allah'
seruan pertama untuk siapa..dan seruan kedua untuk siapa..
dan kenapa seruan terakhir hanya satu...

zaman ni..sama lah macam lu orang..main petik seru sahaja...
Muhammad siap tunjuk contoh pada kita melalui cerita azan..
kita jer perasan bagus...nak menyeru kesana ke sini..
sedang hati masih tak menyaksi.

Aneh sungguh... Jadi tak ada yang layak untuk buat dakwah?


eh...ramai...tapi bukan pada mereka2 yang tiada siddiq dan dah diberi amanah...
apa lu rasa semua manusia ni sama macam lu orang kah? tiada pernah menyaksi dan mendapat amanah?

untuk kita2 yang belum siddiq ni..terdekat kita pun dah cukup bagus dah...
tak payah terkinja2 ke hulu ke hilir konon nak menyampaikan walau sebaris ayat..
sampai kan pada mereka2 yang di bawah tanggung jawab lu...
atau mana2 mereka yang datang berjumpa (Allah aturkan untuk berjumpa dengan lu)
baru tak jatuh perasan...
ambil yang petama je dahulu.. 'nak memperbaiki diri'
tak payah terkinja kinja nak buat dua2  'nak mengajak yang lain perbaiki diri'
satu pun belum lepas, sebok nak kejar yang kedua...

keh keh keh


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:16 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 25-9-2020 09:18 AM
Ah_Kwan replied at 22-9-2020 08:10 AM
keh keh keh

nak minta sumber?



Jika ada sumber dari mana lu dapat maklumat macam tu... boleh kongsi

panjang2 balas..semua minta sumber..
apa dah tak reti membaca sirah?
ada dalam sirah cerita..Abu Bakar buat plan mengajak Umar al-khatab keluar untuk berdakwah pada masyarakat Mekah?
kalau tiada, sumber apa lagi yang lu perlukan?

Jadi apa yang LU tulis ni TIADA sumber lah? Sebab lu tak jumpa dalam sirah. Betul ?

ini arahan ke ..permintaan? siapa lu nak mengarah kan? adakah lu rasa lu belih baik dari orang lain sebab itu lu nak mengarah kan?
tipikal cara jemaah lu dalam berbicara dengan orang lain ni..

Saya tulis "kalau boleh..." Ayat macam ni LU anggap saya arah?

Ayat ni minta dengan baik. Kalau LU nak sangka buruk dari awal, saya tulis dengan baik pun Lu akan rasa 'diarah', dan tak boleh terima

bab sunnah ni wa dah habis cakap dah..tak faham juga...
kalau Umar Al -Khatab meniru nabi...maka dia akan jadi seorang yang lemah lembut..
tapi itu tidak ditiru oleh Umar..
adakah Umar tidak ikut sunnah?

Ini pandangan LU. Apakah LU buat kesimpulan Umar TAK IKUT Sunnah?

Ini pandangan saya. Walaupun Umar RA berwatakan TEGAS, beliau sedaya upaya ikut Sunnah Nabi. Banyak sangat riwayat yang beliau ikut Sunnah. Adakah disebabkan beliau tegas dalam banyak hal, beliau dikatakan tak ikut Sunnah?

ya benar lu kali ini...
contoh yang Muhammad ajarkan pada kita semua..nak menyeru (azan) ..
siapakan orang yang dibenarkan untuk azan? Bilal bin Rabbah..
bacalah sirah..sampaikan, bila Bilal tak azan, turun malaikat bertanya hari ini tiada seruan kah?
fahami cerita itu sebenar-benarnya...
nak menyeru..kena jadi sepeti Bilal..check betul2 sejarah dan siapa Bilal...
dah jadi seperti Bilal bin Rabbah..baru layak menyeru...
dah jadi bilal..baru faham ..kenapa lauangan azan itu ada dua kali setiap ayat..
dan seruan yang terakhir hanya satu..iaitu 'Lailaha illa Allah'
seruan pertama untuk siapa..dan seruan kedua untuk siapa..
dan kenapa seruan terakhir hanya satu...

Saya tiada masalah dengan penjelasan ini. Jadi, kesimpulannya siapakah yang layak buat dakwah di zaman ini? Atau tiada siapa yang layak pada kefahaman LU?

zaman ni..sama lah macam lu orang..main petik seru sahaja...
Muhammad siap tunjuk contoh pada kita melalui cerita azan..
kita jer perasan bagus...nak menyeru kesana ke sini..
sedang hati masih tak menyaksi.

Lu ni memang tahu isi hati orang ke? Tahu isi hati orang yang ajak (berdakwah) tu PERASAN BAGUS....

Jadi siapa yang layak berdakwah?

eh...ramai...tapi bukan pada mereka2 yang tiada siddiq dan dah diberi amanah...
apa lu rasa semua manusia ni sama macam lu orang kah? tiada pernah menyaksi dan mendapat amanah?

Jadi siapa yang layak? Kalau yang LU HANTAM ni orang yang tak layak, sebab Lu angaap (atau PASTI?) mereka ni TIDAK PERNAH MENYAKSI dan TIDAK MENDAPAT AMANAH

Siapakah yang Lu kata RAMAI yang LAYAK BERDAKWAH yang PERNAH MENYAKSI dan MENDAPAT AMANAH? Siapakah mereka di zaman ini?

Adakah lu ni salah seorang yang LAYAK BERDAKWAH? Kalau Lu ada jemaah, boleh nyatakan jemaah Lu?

untuk kita2 yang belum siddiq ni..terdekat kita pun dah cukup bagus dah...
tak payah terkinja2 ke hulu ke hilir konon nak menyampaikan walau sebaris ayat..
sampai kan pada mereka2 yang di bawah tanggung jawab lu...
atau mana2 mereka yang datang berjumpa (Allah aturkan untuk berjumpa dengan lu)
baru tak jatuh perasan...ambil yang petama je dahulu.. 'nak memperbaiki diri'
tak payah terkinja kinja nak buat dua2  'nak mengajak yang lain perbaiki diri'
satu pun belum lepas, sebok nak kejar yang kedua...

keh keh keh

(keh keh keh)

Wa quote LU punya trademark dan menjawab perenggan terakhir LU dengan satu ayat Al-Quran:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
(Aali - 'Imran, ayat 104)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang berjaya.



Bila ada segolongan pihak yang buat dakwah, yang Lu tak setuju, maka lebih baik Lu sendiri yang berdakwah...SETUJU?

Adakah Lu rasa Lu (atau jemaah Lu) termasuk dalam golongan yang MENYAKSI dan dapat AMANAH?




WAllahu a'lam
(Dan Allah Yang Maha Mengetahui)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2020 09:29 AM | Show all posts
mnm77 replied at 25-9-2020 09:16 AM
Jika ada sumber dari mana lu dapat maklumat macam tu... boleh kongsi

keh keh keh

alahai...

tak habis-habis minta sumber...
Ini pandangan saya. Walaupun Umar RA berwatakan TEGAS, beliau sedaya upaya ikut Sunnah Nabi. Banyak sangat riwayat yang beliau ikut Sunnah. Adakah disebabkan beliau tegas dalam banyak hal, beliau dikatakan tak ikut Sunnah?
yang ini takde sumber tak apa pula kan?
kena dengan tekak lu..takde sumber pun tak mengapa..


Saya tiada masalah dengan penjelasan ini. Jadi, kesimpulannya siapakah yang layak buat dakwah di zaman ini? Atau tiada siapa yang layak pada kefahaman LU?
wa dah kata ramai..maknanya wa dah jumpa mereka2 yang memang layak..
kerana kata pepatah...barangsiapa tak rasa maka dia menipu..
soalan wa senang jer..adakah lu rasa lu 'layak'?
jika ya...maka jatuh perasan lah lu...
jika tak..dah kenapa lu keluar dengan niat nak berdakwah?

wa dah cerita panjang pasal siddiq dan amanah pada lu..
buat buat lah tak faham ya..
sebab masih perasan rasa layak..

nak layak..kena jadi seperti bilal bi rabbah
tapi bilal pun tak rasa dirinya layak..
tapi diberi amanah
jadi dia pun menyempurnakan amanah itu...
ini bukan kira layak tak layak..
ini kira amanah...yang diletakkan di atas tengkuk....
nak kira layak..semua pun tak layak...
tapi bila diberi amanah..duduk tak melengkung...berdiri tidak tegak...
mereka laksanakan sahaja tanpa ada rasa layak atau tidak...
yang perasan rasa layak..tu yang guna ayat quran bagai untuk justifikasi yang mereka ini layak..

keh keh keh



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:39 AM | Show all posts


tak habis-habis minta sumber...


Penting sebab Lu dah buat satu HUKUM di sini, dan mengisbatkan orang lain (selain dari LU) sebagai TAK LAYAK.

yang ini takde sumber tak apa pula kan?
kena dengan tekak lu..takde sumber pun tak mengapa..


Kalau Lu minta sumber, saya kena tunaikan. InshaAllah saya akan berikan sumber. Lu berikan juga sumber Lu.

SETUJU?

wa dah kata ramai..maknanya wa dah jumpa mereka2 yang memang layak..
kerana kata pepatah...barangsiapa tak rasa maka dia menipu..
soalan wa senang jer..adakah lu rasa lu 'layak'?
jika ya...maka jatuh perasan lah lu...
jika tak..dah kenapa lu keluar dengan niat nak berdakwah?

wa dah cerita panjang pasal siddiq dan amanah pada lu..
buat buat lah tak faham ya..
sebab masih perasan rasa layak..


Setakat gebang ramai yang layak.... pastu cakap orang LU TAK LAYAK.. cakap orang tak faham...

Siapa yang ramai tu taknak cakap pulak! Asyik cakap orang tak layak...orang tak faham... inikah cara Lu berdakwah?

nak layak..kena jadi seperti bilal bi rabbah
tapi bilal pun tak rasa dirinya layak..
tapi diberi amanah
jadi dia pun menyempurnakan amanah itu...
ini bukan kira layak tak layak..
ini kira amanah...yang diletakkan di atas tengkuk....
nak kira layak..semua pun tak layak...
tapi bila diberi amanah..duduk tak melengkung...berdiri tidak tegak...
mereka laksanakan sahaja tanpa ada rasa layak atau tidak...
yang perasan rasa layak..tu yang guna ayat quran bagai untuk justifikasi yang mereka ini layak..

keh keh keh


(keh keh keh)

Lu masih berkias-kias berpusing-pusing (beating around the bush)

Wa quote LU punya trademark dan menjawab perenggan terakhir LU dengan satu ayat Al-Quran:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
(Aali - 'Imran, ayat 104)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang berjaya.



Bila ada segolongan pihak yang buat dakwah, yang Lu tak setuju, maka lebih baik Lu sendiri yang berdakwah...SETUJU?

Adakah Lu rasa Lu (atau jemaah Lu) termasuk dalam golongan yang MENYAKSI dan dapat AMANAH?




WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 09:50 AM | Show all posts
mnm77 replied at 25-9-2020 09:39 AM
Penting sebab Lu dah buat satu HUKUM di sini, dan mengisbatkan orang lain (selain dari LU) ...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh mnm77.


Bersabarlah saudaraku.
Saya rasa saudara sudah berdakwah secara berakhlak.
Tinggalkanlah orang-orang yang masih berdegil dengan pendirian mereka.


Semoga Allah memberkati hidupmu.





Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:54 AM | Show all posts
mnm77 replied at 25-9-2020 09:39 AM
Penting sebab Lu dah buat satu HUKUM di sini, dan mengisbatkan orang lain (selain dari LU) ...

keh keh keh

sudah mula butthurt..

Penting sebab Lu dah buat satu HUKUM di sini, dan mengisbatkan orang lain (selain dari LU) sebagai TAK LAYAK.


bila pula wa cakap wa layak ntah...wa tak perasan macam lu orang ya...
wa sembang kedai kopi jer...tak de masa nak menyampaikan kebaikan pada orang lain...
yang bersungguh nak berdakwah tu geng lu..bukan wa...
wa tau wa tiada dapat amanah apa pun lagi..walau ada ilmu tinggi mana pun tetap tiada amanah..
kerana masih belum siddiq...

Kalau Lu minta sumber, saya kena tunaikan. InshaAllah saya akan berikan sumber. Lu berikan juga sumber Lu.
wa tak macam lu orang...kalau tiada sumber pun tak mengapa...
pandangan lu..adalah pandangan lu....
lu nak bagi sumber..ikut suka lu lah...wa tak minta pun...
macam para yahudi..yang meminta minta bukti dari para rasul...
hujung2 tka beriman juga pun....
wa mengaji..segala apa yang berlaku dalam dunia ini adalah aturan Allah belaka..
alam ini pun adalah ciptaan Allah...pandang satu nampak banyak..pandang banyak nampak satu...
ianya melengkapi...
kerana seluruh alam ini dimampatkan menjadi 6666  ayat quran
seluruh quran dimampatkan dalam surah al fatihah
dan seluruh surah al fatihah dimampatkan dalam bismillah
dan seluruh bismillah dimampatkan dalam titik ba

sumber apa lagi yang perlu kalau hati dah bergetar?

Setakat gebang ramai yang layak.... pastu cakap orang LU TAK LAYAK.. cakap orang tak faham...
Siapa yang ramai tu taknak cakap pulak! Asyik cakap orang tak layak...orang tak faham... inikah cara Lu berdakwah?


bersungguh benar lu nak rasa lu layak eh?
tak payah wa cakap..sendiri rasa lah ya...
perasan sangat lu orang ni...
ada wa berdakwah ke? wa cakap jer kat lu pun..
sambil minum kopi...


Bila ada segolongan pihak yang buat dakwah, yang Lu tak setuju, maka lebih baik Lu sendiri yang berdakwah...SETUJU?
tak setuju..sebab wa tak layak pun..dan tiada amanah...
yang wa tak setuju adalah golongon yang tiada siddiq dan amanah...pergi bertabligh (sampaikan)..
seluruh masayarakat akan rosak dengan ke perasanan mereka nanti....

Adakah Lu rasa Lu (atau jemaah Lu) termasuk dalam golongan yang MENYAKSI dan dapat AMANAH?
tak...
tapi salah seorang yang wa kenal...namanya Pak Su Mid...tak keluar pun dari rumah untuk berdakwah macam lu orang..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:11 AM | Show all posts
boca120879 replied at 25-9-2020 09:50 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh mnm77.


Wa alaikum salam wa Rahmatullahi wa Barakatuh saudaraku yang dikasihi
Bersabarlah saudaraku.
Saya rasa saudara sudah berdakwah secara berakhlak.
Tinggalkanlah orang-orang yang masih berdegil dengan pendirian mereka.


Semoga Allah memberkati hidupmu.


Saya bersyukur tuan memberi nasihat ini kepada saya. Amat-amat bersyukur, Alhamdulillah

Dan saya akan tinggalkan perbincangan ini, sekiranya dah mula personal attack serta caci-mencaci (samada dari pihak saya sendiri atau dari pihak yang tak setuju)

Saya akan teruskan sedikit lagi, jika saya mampu untuk sampaikan beberapa risalah untuk merungkai persoalan yang timbul. Namun, bukanlah saya yang boleh beri kefahaman. Kefahaman hanya dari Allah.

Saya mohon Allah beri kekuatan kepada saya untuk berbincang dengan suasana hormat-menghormati, dan menyampaikan yang HAQ (benar)

Sekali lagi terima kasih saudaraku semoga Allah memberkati hidupmu

Alhamdulillah




Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:34 AM | Show all posts
keh keh keh

k bye...

tinggalkan orang yang masih berdegil dengan pendirian mereka
ayat ni jelas perasan...
umpama lu orang sahaja betul..yang lain tak betul..
kan wa dah ulas awal awal sebelum ini...
bila perasan rasa layak...maka itulah hujungnya..
jadi perasan betul sudah..

lagi mau nafi.ceh

takpe..pergilah terus menjadi orang yang perasan...
berdakwah lah..dan doakan lah kebaikan kepada orang yang degel..


keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:44 AM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 25-9-2020 09:54 AM
keh keh keh

sudah mula butthurt..



Saya saja ikut sikit rentak LU, nak tengok respon LU macamana. Ada rasa macam tercabar...?

Sekarang saya ubah sikit gaya tulisan. Saya tak guna ganti nama 'LU', saya guna 'tuan' pula.

bila pula wa cakap wa layak ntah...wa tak perasan macam lu orang ya...
wa sembang kedai kopi jer...tak de masa nak menyampaikan kebaikan pada orang lain...
yang bersungguh nak berdakwah tu geng lu..bukan wa...
wa tau wa tiada dapat amanah apa pun lagi..walau ada ilmu tinggi mana pun tetap tiada amanah..
kerana masih belum siddiq...


Aneh... Jadi, tuan yang MENGAKU tidak layak, boleh hukumkan orang lain tak layak?

wa tak macam lu orang...kalau tiada sumber pun tak mengapa...
pandangan lu..adalah pandangan lu....
lu nak bagi sumber..ikut suka lu lah...wa tak minta pun...
macam para yahudi..yang meminta minta bukti dari para rasul...
hujung2 tka beriman juga pun....
wa mengaji..segala apa yang berlaku dalam dunia ini adalah aturan Allah belaka..
alam ini pun adalah ciptaan Allah...pandang satu nampak banyak..pandang banyak nampak satu...
ianya melengkapi...


Bila menghukum, kena lah ada sumber. Kalau tidak siapa-siapa pun boleh berhukum sendiri-sendiri...boleh kah berhukum tanpa rujukan apa-apa?

Saya percaya tuan mengaji.... sebab tu saya tanya sumber. Takkan mengaji tak ada sumber?

kerana seluruh alam ini dimampatkan menjadi 6666  ayat quranseluruh quran dimampatkan dalam surah al fatihah
dan seluruh surah al fatihah dimampatkan dalam bismillah
dan seluruh bismillah dimampatkan dalam titik ba

sumber apa lagi yang perlu kalau hati dah bergetar?


Tuan boleh kira balik ayat Al-Quran, betul atau tak 6666?

Bilangan ayat Al-Quran yang masyhur ialah 6236, dan ada sedikit perbezaan kecil disebabkan beberapa ayat yang khilaf (beberapa ayat), tak lah beza sampai beratus-ratus ayat.

Zaman bila bilangan 6666 ni diwujudkan?

bersungguh benar lu nak rasa lu layak eh?
tak payah wa cakap..sendiri rasa lah ya...
perasan sangat lu orang ni...
ada wa berdakwah ke? wa cakap jer kat lu pun..
sambil minum kopi...


Umat Nabi Muhammad SAW, layak.... tak percaya kah?

Tuan pun layak... cuma tuan sendiri yang BERHUKUM menjadikan diri tak layak, dan berhukum orang lain pun tak layak.

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk umat manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah
(Aali-'Imran, 110)

Ayat di atas ni ditujukan kepada siapa jika bukan kepada umat Nabi Muhammad SAW?

tak setuju..sebab wa tak layak pun..dan tiada amanah...
yang wa tak setuju adalah golongon yang tiada siddiq dan amanah...pergi bertabligh (sampaikan)..
seluruh masayarakat akan rosak dengan ke perasanan mereka nanti....

Tiada paksaan. Kalau semua orang beri'tikad macam tuan, tiada dakwah dijalankan, semua orang akan berdosa.

tak...
tapi salah seorang yang wa kenal...namanya Pak Su Mid...tak keluar pun dari rumah untuk berdakwah macam lu orang..

keh keh keh


Siapa Pak Su Mid yang tuan jumpa tu? Kata ramai.... siapa lagi? Jemaah mana ni?


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:56 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 25-9-2020 11:02 AM
mnm77 replied at 25-9-2020 10:11 AM
Wa alaikum salam wa Rahmatullahi wa Barakatuh saudaraku yang dikasihi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdurrahman bin Ibrahim Ad Dimasyqi & Harun bin Ishaq,
(kedua-duanya) diceritakan oleh Ibnu Abu Fudaik, daripada Salamah bin Wardan,
daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa meninggalkan dusta,
sementara dia batil,
maka akan dibangunkan baginya
istana di sekitar syurga.

Barangsiapa meninggalkan debat
meskipun dia benar,
maka akan dibangunkan baginya
istana di tengah syurga.

Barangsiapa memperbaiki akhlaknya
maka baginya akan dibangunkan
istana di syurga yang paling tinggi."

(Hadith Ibnu Majah no. 50)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 10:59 AM | Show all posts
mnm77 replied at 25-9-2020 10:44 AM
Saya saja ikut sikit rentak LU, nak tengok respon LU macamana. Ada rasa macam tercabar...?

...

keh keh keh

Saya saja ikut sikit rentak LU, nak tengok respon LU macamana. Ada rasa macam tercabar...?
lu buat challenge apa ni? macam bbnu punya challange sahaja..

Aneh... Jadi, tuan yang MENGAKU tidak layak, boleh hukumkan orang lain tak layak?
oklah wa salah hukum..maafkan wa..dan kemudian adakah lu rasa lu layak ke tak?
wa dah cerita ciri2 yang layak..siddiq dan menerima amanah..
adakah lu rasa lu dah ada sifat itu?
tak payah wa hukum lah...tepuk dada sendiri sahaja..

Saya percaya tuan mengaji.... sebab tu saya tanya sumber. Takkan mengaji tak ada sumber?
mengaji untuk perbaiki diri...bukan untuk sembang dengan orang lain kata diri mengaji ya...
dan selama mana tiada diberi amanah sepertimana bilal dapat amanah untuk azan..dok diam diam jer
perbaiki diri..dan keluarga sekeliling...
yang wa sembang dalam ni bukan nak cerita wa mengaji sama lu...
wa nak bagitahu jer sama lu..jangan perasan..

Tuan boleh kira balik ayat Al-Quran, betul atau tak 6666?

Bilangan ayat Al-Quran yang masyhur ialah 6236, dan ada sedikit perbezaan kecil disebabkan beberapa ayat yang khilaf (beberapa ayat), tak lah beza sampai beratus-ratus ayat.
Zaman bila bilangan 6666 ni diwujudkan?
ni nak berlaga ilmu pula dah la ni..tengok ilmu siapa tinggi ya?
wa malas nak berlaga ilmu..pasal wa takde ilmu...
yang wa tahu quran ada 6666 ayat...
yang lu tahu wa tak berminat pun nak tahu..
apalah gunanya pada iktikad hati pun?

Tuan pun layak... cuma tuan sendiri yang BERHUKUM menjadikan diri tak layak, dan berhukum orang lain pun tak layak.
adoi...betul betul perasan lu orang ni...lantak lu orang lah

Tiada paksaan. Kalau semua orang beri'tikad macam tuan, tiada dakwah dijalankan, semua orang akan berdosa.
kelakar...dah ada orang yang memang dapat amanah..mereka lah yang akan melaksanakan amanah itu...
yang tiada amanah..dah kenapa nak terkinja kinja pula?
apa lu rasa semua orang macam lu?tiada amanah?

Siapa Pak Su Mid yang tuan jumpa tu? Kata ramai.... siapa lagi? Jemaah mana ni?
jamaah mana? nanti wa kata ngok lu marah pula...
Allah bagi amanah pada orang-irangNYA...bukan kumpulanNYA
lu orang jer perasan pada kumpulan..
nak lagi satu nama?
takut lu tak boleh terima jer...

Ramli Sarip...wa berani kata orang ini dah saksi dan dapat amanah...
dan dia menyampaikan melalui lagu-lagunya...
kerana itu adalah fatanah yang Allah kurnia pada dia..
bila dia dapat amanah itu...tidaklah dia pakai jubah dan keluar berdakwah macam lu orang...
kerana dah siddiq dan dapat amanah..Allah ilhamkan pula fatanah..cara menyampai yang bijaksana..
tapi..takut lu orang tak boleh terima lah..sebab tak sama macam lu orang..
kan lu orang yang 'paling betul'

keh keh keh

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 11:19 AM | Show all posts
keh keh keh

wa suka ini ayat

Barangsiapa meninggalkan debat
meskipun dia benar,

maka akan dibangunkan baginya
istana di tengah syurga.
so tinggalkan lah ya ini debat..
jadi yang perasan dirinya benar..sila tinggalkan debat ya..
wa tak berdebat pun..wa minum kopi jer...

keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 11:47 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 25-9-2020 11:52 AM
Ah_Kwan replied at 25-9-2020 10:59 AM
keh keh keh

lu buat challenge apa ni? macam bbnu punya challange sahaja..



Boleh abaikan...berbalik kepada perbincangan asal

oklah wa salah hukum..maafkan wa..dan kemudian adakah lu rasa lu layak ke tak?
wa dah cerita ciri2 yang layak..siddiq dan menerima amanah..
adakah lu rasa lu dah ada sifat itu?
tak payah wa hukum lah...tepuk dada sendiri sahaja..

Sejujurnya saya anggap tuan ada ilmu.  Jika dah tersalah berhukum sekalipun, saya tetap menghormati ilmu tuan.

Saya tak boleh claim saya dah ada sifat yang tuan maksudkan. Mafhum hadith: Semua anak adam berdosa, sebaik-baik pendosa ialah yang selalu bertaubat.

Berkaitan isu dakwah, ada ayat Al-Quran. Kenapakah masih menimbulkan isu untuk tidak melayakkan diri atau orang lain?
mengaji untuk perbaiki diri...bukan untuk sembang dengan orang lain kata diri mengaji ya...
dan selama mana tiada diberi amanah sepertimana bilal dapat amanah untuk azan..dok diam diam jer
perbaiki diri..dan keluarga sekeliling...
yang wa sembang dalam ni bukan nak cerita wa mengaji sama lu...
wa nak bagitahu jer sama lu..jangan perasan..

Lagi tuduh SAYA PERASAN? Kalau tuan mengaji makrifat dan ilmu hakikat, taktau lah macamana tuan boleh rasa macam ni...

Saya percaya tuan mengaji, bukan saya kata tuan mengaji kat saya. Maaf lah, kalau boleh saya tak mahu pun bersangka-sangka. Maksud saya percaya tuan mengaji tu tuan berguru dan ada belajar ilmu dari guru lah. Bukannya saya perasan tuan mengaji kat saya.

ni nak berlaga ilmu pula dah la ni..tengok ilmu siapa tinggi ya?
wa malas nak berlaga ilmu..pasal wa takde ilmu...
yang wa tahu quran ada 6666 ayat...
yang lu tahu wa tak berminat pun nak tahu..
apalah gunanya pada iktikad hati pun?

Dari mana tuan tahu Quran ada 6666 ayat? Tuan boleh semak setiap surah ada berapa ayat, dan campur semua. Tuan kan orang yang mengaji...
Kalau diberitahu satu ilmu yang benar, adakah tuan masih menolak? Saya bukan nak menandingi ilmu tuan. Saya sampaikan apa yang saya tahu benar. Tak percaya, tuan semak sendiri.

adoi...betul betul perasan lu orang ni...lantak lu orang lah

Baru tadi mengaku salah berhukum. Sekarang ni masih menghentam orang lain perasan? Bab mengaji pun tuan tuduh saya perasan...

Siapa yang perasan ni?

kelakar...dah ada orang yang memang dapat amanah..mereka lah yang akan melaksanakan amanah itu...
yang tiada amanah..dah kenapa nak terkinja kinja pula?
apa lu rasa semua orang macam lu?tiada amanah?

Siapa yang dapat amanah tu? Atas alasan apa orang yang berdakwah dilabel terkinja-kinja?

Habis tu ayat di bawah ni ditujukan untuk siapa?

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk umat manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah
(Aali-'Imran, 110)


Ramli Sarip...wa berani kata orang ini dah saksi dan dapat amanah...
dan dia menyampaikan melalui lagu-lagunya...
kerana itu adalah fatanah yang Allah kurnia pada dia..
bila dia dapat amanah itu...tidaklah dia pakai jubah dan keluar berdakwah macam lu orang...
kerana dah siddiq dan dapat amanah..Allah ilhamkan pula fatanah..cara menyampai yang bijaksana..
tapi..takut lu orang tak boleh terima lah..sebab tak sama macam lu orang..
kan lu orang yang 'paling betul'

Jadi contoh berdakwah yang tuan TERIMA adalah menerusi lagu-lagu....

dan kalau ikut Sunnah pakaian dikira PERASAN....TAK DAPAT SAKSI dan TAK DAPAT AMANAH?

Saya nak tahu macamana tuan buat kesimpulan siapa yang layak, siapa yang dapat saksi dan amanah...

Dan macamana tuan tahu orang yang dapat saksi dan amanah tu? Mohon beri penjelasan.


*Pasal Paksu Mid tu yang di Bukit Tembaga, yang kuat berpuasa dan bersolat sunat... umur pun lebih 90 tahun dah...betul kah?


Tuan ni belajar dari ahli makrifat?



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 12:13 PM | Show all posts
mnm77 replied at 25-9-2020 11:47 AM
Boleh abaikan...berbalik kepada perbincangan asal

keh keh keh

Saya tak boleh claim saya dah ada sifat yang tuan maksudkan. Mafhum hadith: Semua anak adam berdosa, sebaik-baik pendosa ialah yang selalu bertaubat.
adakah bila sudah siddiq tiada akan melakukan dosa?
kalau faham dan sampai kepada sifatnya...maka lu tak keluar ayat diatas..
bila tak sampai pada sifatnya..itu yang jelas nampak lu tiada itu sifat lagi sekarang..
bukan bermaksud lu tak akan dapat sampai ke sifat itu..tapi sekarang belum lagi...
bila belum lagi..lu takkan terima amanah..sepertimana mereka yang menerimanya..
bila belum dapat amanah...lu nak sampaikan apa?
dah berapa kali wa ulang ni...  
jadi yang lu keluar dan sampaikan hati ni tu apa? amanah dari siapa?
lu berpandu ini ayat?

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk umat manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah
(Aali-'Imran, 110)
siapakah 'kamu' itu...? lu kah? atau semua manusia kah?
jadi siapa yang baca, rasa 'kamu' itu adalah mereka kah?
yang ni elok lah lu gi ngaji..jangan main petik sahaja..

dan keduanya..menyuruh kepada yang ma'ruf itu kepada siapa? 3km dari lu kah? atau pergi ke pasaraya kah?
atau sekeliling lu?
itu pun kalau 'kamu' itu merujuk kepada lu..

Lagi tuduh SAYA PERASAN? Kalau tuan mengaji makrifat dan ilmu hakikat, taktau lah macamana tuan boleh rasa macam ni...
kalau dah tak pernah sampai pada sifat siddiq dan mendapat amanah..tapi masih terkinja nak menabligh manusia...itu dah wa kira perasan dah..
perasan yang kamu adalah umat terbaik...dah benar jadi umat Muhammad kah? confirm Muhammad terima sebagai umatkah kita ni?
siapa yang layak digelar umat Muhammad?
Muhammad dah bilang..Aku ini dari Allah mukmin dari ku..
mukmin sahaja baru layak digelar umat Muhammad...baru benar dikata sunnah wal jamaah
ciri2 mukmin? yang pertama siddiq..kedua diberi amanah..ketiga diarah untuk menyampaikan amanah..dan keempat menyampaikan dengan bijaksana.

muslim, ikut sahaja kerja nya....tumpang orang mukmin mau sampai pada 4 sifat itu..

Dari mana tuan tahu Quran ada 6666 ayat? Tuan boleh semak setiap surah ada berapa ayat, dan campur semua. Tuan kan orang yang mengaji...
tengok pada mana lu berpegang sahaja...tak perlu nak berlaga pasal ranting...lu pegang lah bilangan lu..wa pegang bilangan wa..
kan mudah...
yang payah jikan iktikad tiada sama sahaja...
yang paling payah..jika perasan

Jadi contoh berdakwah yang tuan TERIMA adalah menerusi lagu-lagu....
dan kalau ikut Sunnah pakaian dikira PERASAN....TAK DAPAT SAKSI dan TAK DAPAT AMANAH?



tu bukan contoh...tu kenyataan wa...
ada yang keluar lalu lagu..ada yang keluar lalu pondok..
ada yang keluar lalu silat..ada yang keluar lalu lukisan
bentuk apa dia keluar, bukan persoalannya...tapi adakah dia mendapat amanah itu?
jika benar dia mendapat amanah itu...maka apa yang keluar darinya itu barang haq..
dan mudah masuk meresap ke dalam masyarakat..

wa dah cakap awal..lu rasa lu dah sampai sifat siddiq seperti mana Abu Bakar belum?
kalau lu tatau, maknanya lu belum..tak payah wa hukum..
wa bagitahu je..nak tabligh..kena sampai pada sifat siddiq..dan diberi amanah...
semudah itu pun lu tak faham?

tapi kalau nak buat juga tanpa sifat siddiq dan amanah..dikira terkinja kinja la..(galok) atau perasan..

wa mengaji tauhid untuk diri wa...tiada sebok pun dengan hakikat makrifat dan sebagainya..
Pak Su Mid itu salah seorang wali Allah..tapi tak pernah dia sebok keluar macam lu orang
malah Allah atur orang yang pergi mencarinya..nampak tak aturan Allah?

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 03:37 PM | Show all posts
Edited by Zackmaster at 25-9-2020 03:56 PM
boca120879 replied at 25-9-2020 10:56 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abdurrahman ...

Wassalam~

Saya baru saja terdetik nak reply ini kat sini. Tapi, tuan dah buat.

Haha, ajaib sungguh percaturan Allah~

Jujur, saya sedikit kesal...
awal2 tu pun saya nampak "orang ni ada 'isi' ni",
tp bila dah lama2. . .
Tidak mengapalah, mungkin bahagian masing2 berlainan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 03:51 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 25-9-2020 03:54 PM

Kita patut menasihat menasihati antara sesama Muslim.

Jika orang tidak mahu menerima nasihat,
kita perlu berundur secara berhemah.

Insha Allah,
hidup akan rasa aman dan tenang.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.087321 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list