CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tina

Syarat keluar 40 hari

  [Copy link]
Post time 26-9-2020 12:31 AM | Show all posts
mnm77 replied at 26-9-2020 12:27 AM
Sabar dulu, ikut giliran. Tuan tanya saya jawab. Saya tanya tuan jawab dulu sebelum tuan meneruska ...

keh keh keh

persoalan yang wa tanya ini akan menjawab soalan lu...
kalau bab yakin di hati lu tak faham..bagaimana lu nak faham jawapan wa nanti....
rukun iman itu dikata percaya...percaya letaknya di akal...
yakin ..letaknya di hati...
bagaimana yakin di hati?
jika lu faham jawapan ini..baru lu akan faham jawapan wa nanti..

keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 12:32 AM | Show all posts
Saya masih menunggu jawapan... InshaAllah akan bersambung pada lain waktu jika dapat keizinan-Nya
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:37 AM | Show all posts
mnm77 replied at 26-9-2020 12:32 AM
Saya masih menunggu jawapan... InshaAllah akan bersambung pada lain waktu jika dapat keizinan-Nya

keh keh keh

k bye...
tak payah tunggu..jawab sahaja pada diri sendiri ya...
dah faham tentang yakin mutlak di hati..dan rasa..
baru sembang balik ya...
tak faham..akan membuang masa kita sahaja sembang...
carilah itu barang..yakin di hati..yang akan menjurus kepada barang yang dinamakan 'saksi'

bila dah dianugerah itu barang...maka lu akan melihat alam ini dengan sangat berlainan dengan apa yang lu lihat sekarang...
dan bila lu dengar lagu lagu Ramli Sarip..baru lu faham apa yang wa cakap..kerana dah mengecap rasa 'yakin' itu...
baru kita angguk angguk dan senyum sesama kita..kerana 'saksi' akan apa yang ada dalam dada Ramli itu...
selagi tidak..buang masa sembang jer..tak akan jelas tuntas..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 12:41 AM | Show all posts

keh keh keh

last dari wa..layan sajak satu....
biar setitis dari nabimu..bisa merubah seluruh duniamu...

https://chirb.it/EGD7AP

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tina replied at 11-9-2020 05:24 PM
Ooo join tabligh ni sebab nak jadi macam nabi ke, baru tahu.. Baru faham.. Patutlah gosok gigi g ...

As-Salam~
@tina
Puan pembuka benang,
maaf bertanya,

sudahkah Puan mendapat jawapan bagi persoalan yg terbuku di dalam hati?
atau masih memerlukan lebih pencerahan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Maksud Allah SWT ciptakan manusia sebagai utusanNya mengikut syariat nabi Muhammad SAW. AlQuran and Sunnah Baginda SAW sebagai pedoman kehidupan sementara ini. Nabi Muhammad SAW telah tiada cuma yang tinggal adalah AlQuran dan Sunnah Baginda SAW dimana aprajua yang telah disampaikan Dan tunjukkan kepada para sahabat maka itulah syariat Baginda SAW. Jika tidak, tiadalah surah Muzzammil and Muddathir diturunkan sebagai petunjukNya kepada umat akhirzaman dimana tiada lagi akan diutusNya. Surah tersebut diatas adalah merupakan tasliyah (pujukan) Dan takhwif (ancaman).

Selain daripada itu adalah percakapan nafsu yang tiada nas atau dalilnya yang jelas.

Jadi, jemaah tabligh ini keluar belajar (khuruj) untuk mengenali diri (islah) dalam mentaati Allah and RasulNya.
Jika kalian memahami dua surah tersebut diatas akan bergegar hati ketakutan pada Allah SWT Yang Maha Esa.. Mai habaq sini, siapa tidak bergegar hatinya.. Tipulah jika tidak bergegar..
DAN SATU LAGi,
Nabi Muhammad SAW bersusah payah untuk menyatukan hati manusia dalam mentaati Allah SWT. Bukan suruh kita berpuak puak. Sedih tengok keadaan zaman skrg,..bukan 2P. Hingga sanggup memamah daging saudara seIslam. Itulah bilamasa tidak mahu kenal apa itu perintah Allah dan RasulNya.. Cakap kenal Allah SWT..bila ditanyakan siapa nabi Muhammad SAW dikatakan sebagai nUr. NUr Muhammad itu adalah sunnahnya yakni setiap perbuatan atau tingkahlaku nabi Muhammad SAW adalah nur yakni perbuatan atau percakapan yang diterimaNya. Senang cakap, AMALAN Nabi Muhammad SAW membawa keberkatan selain daripada pahala. Mana ada dalilnya yang mengatakan syair itu sebagai alat untuk risalahNya? Syair itu syair lahh.. Jika benar syair itu sebagai alat (fatonah) tentulah nabi Muhammad SAW itu seorang penyair yang hebat.

"Ya Allah ampunilah kami dan bariskanlah kami didalam shafMu"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2020 08:32 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 26-9-2020 08:41 AM

Salamun 'alaikum

tak payah tunggu..jawab sahaja pada diri sendiri ya...
dah faham tentang yakin mutlak di hati..dan rasa..
baru sembang balik ya...

Punya la banyak kali saya tanya, masih lagi tuan BERDOLAK-DALIK

Apa guna saya tanya untuk tahu dari mana tuan yang TAHU siapa dapat Amanah, siapa tak dapat Amanah?

Tuan minta saya jawab soalan saya sendiri?

Saya cuba bersangka baik dengan tuan, tapi kalau tuan masih BERDOLAK-DALIK, nampak macam tuan TAKUT untuk jawab...

Tuan BERANI HENTAM, tapi TAKUT kena HENTAM... tapi saya cuba sedaya upaya untuk tidak menyerang secara peribadi

Pasal isu bilangan ayat tu pun tuan dah tulis macam saya 'serang'... begitu defensive, walhal saya menyatakan yang benar berkaitan bilangan ayat, bukannya ayat campur huruf-huruf tertentu. Tapi saya terbuka untuk letak isu bilangan ayat tu ke tepi, sebab itu soal ranting yang tidak melibatkan Aqidah

Tuan hentam jemaah yang tuan kata PERASAN, juga berkaitan Aqidah tapi tuan TAKUT nak jawab...adakah kerana takut TERBONGKAR ilmu tuan?
Ah_Kwan replied at 14-9-2020 10:28 AMwa menceritakan tentang iktikad...
bukan perangai...
memang semua mereka dalam jamaah itu nak perbaiki diri sepertimana Muhammad s.a.w
khilaf mereka, kerana yang mereka pandang cuma Muhammad...
mereka tak pandang lansung para sahabar Muhammad s.a.w..

Lihat FITNAH yang tuan tabur... tuduh jemaah yang tuan tak suka tu TAK PANDANG lansung para sahabat... walhal tuan sendiri tidak lihat pun Sirah Abu Bakar RA berdakwah... (atau TIDAK TAHU?)

bila dah dianugerah itu barang...maka lu akan melihat alam ini dengan sangat berlainan dengan apa yang lu lihat sekarang...
dan bila lu dengar lagu lagu Ramli Sarip..baru lu faham apa yang wa cakap..kerana dah mengecap rasa 'yakin' itu...
baru kita angguk angguk dan senyum sesama kita..kerana 'saksi' akan apa yang ada dalam dada Ramli itu...
selagi tidak..buang masa sembang jer..tak akan jelas tuntas..

Masih berpusing-pusing. Ini lah ilmu tuan yang nak sembang di sini? Memang buang masa kalau setakat HENTAM orang lain, ilmu sendiri tak dapat jelaskan...

Akhir sekali, jika masih TAKUT nak jawab, kira selesai saja lah sembang ni. Setakat pandai HENTAM, TAKUT JAWAB UNTUK KONGSI ILMU, itulah yang dicanangkan...

Kalau nak sambung, saya masih terbuka untuk tuan JAWAB soalan saya yang DAH BERKALI-KALI saya tanya:

Macamana pula tuan tahu Ramli Sarip tu bersaksi, dapat amanah untuk berdakwah?
Dan macamana tuan tahu jemaah yang tuan hentam tu tak dapat amanah untuk berdakwah?


Salaamun 'alaikum


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 09:32 AM | Show all posts

keh keh keh

alaikum salam...
tak berapa tenang tidur lu ya..
bangun pagi2 terus buka thread untuk hantam..
sebelum ni elok je 3-4 hari sekali masuk..
sekarang..sebab butthurt..terus masuk ya...

isu ranting (bil ayat) lu panjang2 kan..sedangkan dah diberitahu..dua dua pun tak salah berpegang..
tapi umpama penting sungguh dan dunia akan hancur berkecai jika tak betul
lepas tu buat buat kata tak penting..walhal setiap balasan lu..itu lah lu ulang ulang..
nanti bila wa kata bismillah ada 21 huruf..pun jadi isu besar bagi lu...kata dah kira cuma ada 19


tapi bila wa tanya isu iktikad dan akidah yang paling besar..bagaimana lu saksi..jawab macam budak mengaji sekolah rendah...
lafaz dengan lidah, percaya dengan hati...
kemudian terus cuba lari dengan tanya soalan lain...tak berani nak huraikan..
itu sahaja cukup untuk menampakkan siapa lu ni..makhluk yang suka berbalah isu remeh temeh...bukan isu perdu
bukan mau cari kebenaran pun..tapi mau cari loop hole ...

wa dah bilang pada lu....untuk menjawab soalan lu itu..perlu lu faham dulu salah satu isu perdu ini..
yaani 'yakin dengan hati'...
lu faham barang perdu ini....baru lu faham bagaimana wa tahu yang ramli sarip itu sudah sampai sifat siddiq...
kerana barang dinamakan siddiq itu duduknya di hati..bukan di akal...
bak kata Pak Su Mid, iman itu di luar akal..selama mana ianya di akal..ianya bukan iman..

jadi kalau lu bersungguh nak cari kebenaran dari apa yang wa sembangkan ini..jawab lah dulu..
bagaimana yang di kata 'yakin dengan hati itu'
lafaz itu boleh dengar..percaya di akal itu boleh fikir..yakin di hati itu bagaimana?
tapi tak, nak lari juga..tak tahu nak jawab apa kah? wa bukan nak duga ilmu lu pun..
wa nak menjawab soalan lu, tapi kalau lu tak faham asas tauhid bagaimanakah wa nak jelaskan?
tetap menjadi fitnah dan arguement pada lu nanti sampai ke sudah...

jadi elok kita sembangkan barang perlu dulu..dua kalimah..jika benar nak cari kebenaran..
tapi kalau sebab butthurt..marah sebab orang kata lu perasan..sampai ke sudah lu takkan jumpa barang haq..
kalau dua kalimah ini lu tak faham..maka apakah sebenarnya yang lu dakwahkan selama ini?
tu yang wa kata perasan tu..dah marah pulak lu n the gang

itu belum lu ditanya soalan apa itu roh...sepertimana yang ditanya pada wa oleh tanggungan wa..
manusia ini hidup dengan roh kan?
roh lah yang menghidupkan kita?
kalau kita tidur roh keluar tak dari badan?
kalau keluar, macam mana masa tidur kita boleh hidup lagi?
ke separuh je roh kita keluar?
kena dengan soalan kbat tahap ini macam mau terberak lu...dakwah kunon..
baru tanya 'yakin dengan hati' dah lari..
jadi wa cakap mudah ni..jangan perasan nak berdakwah selama mana belum siddiq..
bila dah siddiq...maka tuntas faham dua kalimah...apa yang dikatakan benar saksi itu..

sekarang ni lu nak jawab ke tak? kalau tak mau jawab..tak guna lu provoke wa takut lah..defensive lah, fitnah lah...
wa tak peduli pun lu nak sambung ke tak...sebab tak nampak perdebatan ini menuju kepada perkara baik pun..
wa layan kan sahaja perangai lu ni..as mod dalam ini board..nampak sangat butthurtnya tu..walau tak mengaku..

keh keh keh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by boca120879 at 26-9-2020 11:11 AM
mnm77 replied at 26-9-2020 08:32 AM
Salamun 'alaikum




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh saudaraku.

Saya nasihatkan saudara berhenti berbincang,
ikut Sunnah Nabi,
"berkata baik atau diam",
saya rasa saudara sudah pun berkata baik.
Ibadah seterusnya,
diam.

Ada fadilat diam ini
terutamanya bila perbincangan sudah tidak rasional.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 04:24 PM | Show all posts
boca120879 replied at 26-9-2020 10:57 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh saudaraku.

Saya nasihatkan saudara berhenti berbi ...



Wa 'alaikum salaam warahmatullahi wa barakaatuh saudaraku,

Saya nasihatkan saudara berhenti berbincang,
ikut Sunnah Nabi,
"berkata baik atau diam",
saya rasa saudara sudah pun berkata baik.
Ibadah seterusnya,
diam.

Saudara benar dalam nasihat ini. Di medan realiti di luar sana, saya juga berjumpa dengan berbagai ragam manusia. Ada yang ilmu cukup tinggi dan sungguh tawaddu', ada yang perasan berilmu suka menghentam macam orang dihentam itu tidak berilmu. Dalam usaha dakwah, sememangnya lebih baik diam, walaupun di pihak yang benar. Biasanya yang menghentam tu, mereka perasan mereka hentam orang JAHIL. Dan tak dinafikan juga memang ada pun yang baru nak belajar, dihentam-hentam lagi.... Ini biasa dalam medan dakwah.

Di sini, saya menganggap saya berbincang dengan seorang yang berilmu, atas dasar ilmu. Ada waktu saya sedikit 'menekan' kerana untuk sampai kepada maksud perbincangan. Saya telahpun dihentam di sini, dan itu biasa bagi saya kerana saya menyatakan apa yang saya tahu benar. Saya pernah dilihat sebagai ahli sufi atau ahli tarikat, saya juga pernah dilabel Wahhabi dari pihak yang perasan ahli tarikat (pseudo sufi). Apa-apa label yang diberi, tidak mengubah pun apa yang saya sampaikan.

Saudara mungkin kecewa dengan jawapan saya, tapi nasihat saudara ini adalah berharga untuk para Da'i. Saya sambung atas dasar ilmu menggunakan mata pena, sebab di sini pembaca nya bukan saja kita yang bincang dalam bebenang ini...

Insha Allah akan bersambung sedikit lagi jika diizinkan-Nya

Wa-ssalamu a'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 05:20 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 26-9-2020 11:55 PM
Ah_Kwan replied at 26-9-2020 09:32 AM
keh keh keh

alaikum salam...


Alhamdulillah...

tak berapa tenang tidur lu ya..
bangun pagi2 terus buka thread untuk hantam..
sebelum ni elok je 3-4 hari sekali masuk..
sekarang..sebab butthurt..terus masuk ya...

Bagusnya tuan ni rajin tengok bila saya reply...

Sejujurnya saya dalam safar sebelum ni, sebab tu on off masuk forum ada kalanya berhari-hari. Saya dah sampai rumah, ada lah sedikit masa yang saya cuba luang untuk merungkaikan persoalan tuan.

Mungkin tuan yang tak berapa tenang..... mencari jalan bagaimana tuan nak jawab soalan saya ???

isu ranting (bil ayat) lu panjang2 kan..sedangkan dah diberitahu..dua dua pun tak salah berpegang..
tapi umpama penting sungguh dan dunia akan hancur berkecai jika tak betul

Itu tuan yang perasan macam tu. Soalan saya tu dah berulang berkali-kali, itu JAUH lebih penting. Sebabnya tuan dah BERHUKUM dari ilmu tuan, kononnya tuan tahu siapa yang dapat amanah, siapa yang tak dapat amanah untuk buat dakwah.
lepas tu buat buat kata tak penting..walhal setiap balasan lu..itu lah lu ulang ulang..
nanti bila wa kata bismillah ada 21 huruf..pun jadi isu besar bagi lu...kata dah kira cuma ada 19

Kita berbincang atas landasan ilmu. Kalau tuan ahli hakikat atau ahli makrifat, atau ahli tarikat sekalipun, tuan boleh jelaskan ikut ilmu tuan, tak perlu berselindung. Kalau ada kebenaran, sampaikan kebenaran itu.... tabligh (sampaikan).

tapi bila wa tanya isu iktikad dan akidah yang paling besar..bagaimana lu saksi..jawab macam budak mengaji sekolah rendah...
lafaz dengan lidah, percaya dengan hati...
kemudian terus cuba lari dengan tanya soalan lain...tak berani nak huraikan..
itu sahaja cukup untuk menampakkan siapa lu ni..makhluk yang suka berbalah isu remeh temeh...bukan isu perdu
bukan mau cari kebenaran pun..tapi mau cari loop hole ...

Soalan saya bila mau jawab? Saya sedar yang tuan ni memperlekehkan saya. Tak mengapa hal itu.

Tapi tuan mungkin tak sedar yang tuan menonjolkan sikap sebenar tuan.

Kalau tuan nak kata saya jawab macam budak baru mengaji apa kata tuan JAWAB macam orang yang berilmu? Sertakan dalil dan fakta. Boleh?

wa dah bilang pada lu....untuk menjawab soalan lu itu..perlu lu faham dulu salah satu isu perdu ini..
yaani 'yakin dengan hati'...
lu faham barang perdu ini....baru lu faham bagaimana wa tahu yang ramli sarip itu sudah sampai sifat siddiq...
kerana barang dinamakan siddiq itu duduknya di hati..bukan di akal...
bak kata Pak Su Mid, iman itu di luar akal..selama mana ianya di akal..ianya bukan iman..

Anggap saja saya ni jahil, dan tuan ni orang yang berilmu. Saya mengaku saya tak tahu pun Ramli Sarip tu dapat amanah untuk melayakkan dia berdakwah, sedangkan jemaah yang tuan hentam tu TAK DAPAT AMANAH untuk melayakkan mereka berdakwah.

Sila jelaskan BAGAIMANA tuan boleh tahu SIAPA dapat amanah, siapa tak dapat Amanah. Tak perlu tuan berpusing-pusing berjela-jela walhal TIADA BUKTI yang disampaikan berkaitan AMANAH tu.

jadi kalau lu bersungguh nak cari kebenaran dari apa yang wa sembangkan ini..jawab lah dulu..
bagaimana yang di kata 'yakin dengan hati itu'
lafaz itu boleh dengar..percaya di akal itu boleh fikir..yakin di hati itu bagaimana?
tapi tak, nak lari juga..tak tahu nak jawab apa kah? wa bukan nak duga ilmu lu pun..
wa nak menjawab soalan lu, tapi kalau lu tak faham asas tauhid bagaimanakah wa nak jelaskan?
tetap menjadi fitnah dan arguement pada lu nanti sampai ke sudah...

Ini kaedah orang yang tak mahu jawab. Saya dah biasa dengan kaedah ni, tapi saya layan juga sebelum ni, saya dah jawab soalan tuan. Bila tuan tak mahu jawab soalan saya, tuan tanya lagi soalan berikutnya... akan berlaku lagi dan lagi....

Soalan saya juga tidak dijawab....sebab mungkin tuan TIADA jawapan, atau tuan TAKUT terbongkar sesuatu...

sekarang ni lu nak jawab ke tak? kalau tak mau jawab..tak guna lu provoke wa takut lah..defensive lah, fitnah lah...
wa tak peduli pun lu nak sambung ke tak...sebab tak nampak perdebatan ini menuju kepada perkara baik pun..
wa layan kan sahaja perangai lu ni..as mod dalam ini board..nampak sangat butthurtnya tu..walau tak mengaku..

keh keh keh

Orang yang berilmu tidak menjawab macam ni. Ini tipikal orang yang nak melarikan diri dari menjawab...maafkan saya, itu yang saya nampak dari cara penulisan tuan!

Walaupun saya mod di sini (ketika ini), saya tidak pakai pakaian mod dalam bebenang ini kerana saya anggap diri saya forumer biasa. Tuan hina saya pun, saya tak potong kredit tuan. Saya ada prinsip bila saya terlibat secara langsung dalam perbincangan dengan forumer.

WAllahu a'lam




Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by boca120879-2 at 26-9-2020 06:45 PM
mnm77 replied at 26-9-2020 04:24 PM
Wa 'alaikum salaam warahmatullahi wa barakaatuh saudaraku,




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh saudaraku.

Sebenarnya saya rasa kasihan bila
saudara diperlekehkan,
walhal amat dilarang dalam Islam.
Muslim dengan Muslim lain seolah2 satu tubuh.
Saudara kena lekeh,
saya plak yang terasa sakitnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 06:49 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 26-9-2020 11:27 PM
boca120879-2 replied at 26-9-2020 06:43 PM

Sebenarnya saya rasa kasihan bila
saudara diperlekehkan,
walhal amat dilarang dalam Islam.
Muslim dengan Muslim lain seolah2 satu tubuh.
Saudara kena lekeh,
saya plak yang terasa sakitnya.

Saudaraku, tidak mengapa saya diperlekehkan..... Kalau Nabi yang kita cintai pun dihina, hanya kerana menyeru kepada Allah...
Memperlekehkan usaha dakwah, atau orang yang buat usaha dakwah, tanda cetek ilmu.

Kalau orang bukan Islam hina kerja dakwah, saya tak sedih sangat... namun kalau orang Islam sendiri yang tak suka kerja dakwah, ini petanda mala petaka! Tambah pula yang anggap diri tinggi ilmu yang memperlekehkan usaha dakwah, ini lagi mala petaka!
Memang orang yang buat kerja dakwah ada kelemahan. Tapi itu bukan alasan yang wajar untuk meremehkan dan memperlekehkan orang yang buat dakwah!

Sampai memperlekehkan dengan kata-kata terkinja-kinja.... sedangkan ayat Allah menyatakan:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (muslimin)?"
(Al-Quran, Surah Fussilat, ayat 33)




Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:39 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 14-9-2020 10:28 AM
keh keh keh

tak elok begitu...


wa menceritakan tentang iktikad...
bukan perangai...
memang semua mereka dalam jamaah itu nak perbaiki diri sepertimana Muhammad s.a.w
khilaf mereka, kerana yang mereka pandang cuma Muhammad...
mereka tak pandang lansung para sahabar Muhammad s.a.w..


Kenyataan ini satu FITNAH. Disarankan untuk cari sendiri rujukan kitab HAYATUS SAHABAH, tulisan asal dalam bahasa Arab, oleh Sheikh Muhammad Yusuf Al-Khandahlawi.

Saya tidak mahu mempromosikan mana-mana link untuk tujuan dakwah. Rujukan diberi, boleh usaha untuk cari.



Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:51 PM | Show all posts

keh keh keh

dah makin jauh komedi ni..
siap ada geng dah terasa sakitnya...
kepada geng lu yang usha tepi tepi tu...
wa tiada intention pun untuk memperlekehkan lu..
perlu apa melekehkan mereka yang memang sudah lekeh?
buang masa...
yang terasa sakit tu kerana sama fahaman dan pegangan macam lu..
bukan pasal muslim ...
kerana terasa sekali fahaman dan pegangan mereka diperlekehkan...
tapi kalau wa yang diperlekehkan takkan ada perasaan 'sakit' itu..
jangan lah perasan sakit kerana sesama muslim pula ya...
sebab dia dok sebok kat tepi sahaja yang wa tak layan..
sama macam si 'syair itu ada syair' lah...
hari tu dah diberitahu, jangan menunggang agama...
tapi pe'elnya tetap tak berubah..lantak sama dia lah...

Mungkin tuan yang tak berapa tengang sambil tunggu reply saya?
ini lagi komedi...dah ini forum siapkan notification siap warna merah kat atas, maka tahu lah ada reply..sebagai mod dalam ini forum pastinya faham fungsi2 dalam ini forum..
tu yang cakap komen macam budak2...

perlu ke wa tunggu lu komen? wa jengah bila ada notification sahaja..
dah ada noti baru wa tengok..owh..lamanya baru komen...
yang wa sentuh behaviour lu...dari 3-4 hari baru komen kepada pantas sungguh balas sekarang
pastinya ada perkara yang trigger lu untuk online selalu sekarang ni...contohnya butthurt..
wa agak jer...kalau salah..salah la..tiada kepentingan pada wa pun...

dan ada wa kesah lu moderator ke tak? ada wa kesah kalau lu nak potong kredit wa?
ada wa hadap ke pasal kredit atau kena ban dalam ini forum...?
lantak lu lah lu nak buat apa pun...tiada penting pun dalam hidup wa

Anggap saja saya ni jahil, dan tuan ni orang yang berilmu. Saya mengaku saya tak tahu pun Ramli Sarip tu dapat amanah untuk melayakkan dia berdakwah, sedangkan jemaah yang tuan hentam tu TAK DAPAT AMANAH untuk melayakkan mereka berdakwah.
ini dah kira lawak...wa dah cakap dari awal wa tiada ilmu..lu baru nak mengaku sekarang yang lu jahil..?
baiklah..wa mengaku kalah sahaja lah....sebab wa dah cakap awal..
tiada akan ada keluar perkara yang baik dalam ini sembang pun...
kerana..lu tetap akan rasa lu layak...
dan wa tetap akan kata lu perasan...
kalau pun wa mengaku kalah..wa tetap akan kata lu perasan..
kan sama sahaja pun hujungnya..



dah puas hati?
dah boleh berhenti?

jadi sebab lu tak jawab soalan wa, mari wa jawabkan untuk lu...
mari tengok ini gambar dulu..
siap sedia untuk satu penjelasan yang agak panjang dari wa ya..
dan kalau lu tanya sumber..wa jawab ini jer..
almarhum guru wa yang sampaikan pada kami ...
sanad guru...? sampai kepada Tok Pulau Manis, kepada Sheikh di Kuala..sampai ke Abu Bakar as-siddiq..



mari mengaji asas tauhid ya..dah nak jawapan sangat kan..
dalam menuju kepada Allah ikut Muhammad s.a.w, kita ini terbahagi kepada 3 golongan..
muslim -peringkat Islam
mukmin - peringkat Iman
muhsin - peringkat Ehsan

muslim ni adalah level 'percaya di akalnya'
akalnya meyakini Allah itu adalah tuhan sekalian alam dan Muhammad itu lah pesuruhnya..
dan kebanyakan dari kita hari ini adalah dalam golongan ini ..temasuk lah wa..

mukmin ni adalah level 'yakin di hati'
mereka tiada duduk di akal..mereka yakin kerana hati mereka dan menyaksikan Muhammad
Muhammad yang dimaksudkan adalah Muhammad yang bukan lelaki dan bukan perempuan..
mereka dah menyaksikan Muhammad dalam diri mereka...hati mereka dan bercantum dengan roh rabbani (latifah robbaniah)
level mereka ini digelar 'lillah'
mereka melaksanakan segala sesuatu di atas muka bumi ini kerana mereka menyaksikan Allah pada setiap sesuatu..
jadi mereka melakukan kerja ..'kerana Allah'..dah saksi..
ini jawapan untuk lu bagaimana 'yakin di hati' itu...

muhsin pula adalah di dalam golongan yang level nya 'billah' - 'dengan Allah'
yang ini biasa kita lihat pada para sahabat..makamnya radhiallahu anhu (r.a)
ada juga mereka yang tak hidup pada zaman ini yang dapat sampai kepada ini makam..
contoh imam ghazali rahimakumullah..
atau sheikh jaafar barzanji r.a

makam ini, adalah makam dimana mereka2 ini duduk dalam rahim Allah..
mereka tak perbuat satu barang pun..kerana dah memulangkan sifat maani mereka kepada yang menegakkan sifat (maanawiyah)
atau digelar mereka ini sudah mati sebelum mati...
ataupun dalam bidang pengajian tauhid..di gelar mereka ini sudah duduk dalam Lam Jalalah..

jadinya..muslim itu tidak akan connect antara satu sama lain..
hanya akan connect dengan perhubungan deria..mata yang melihat, tangan yang memegang, telinga yang mendengar..hayat yang hidup..
tapi lain pula pada mukmin dan muhsin..
mereka mereka ini connect melalui hati yang menyaksi...

Muhammad dah kata..
Aku ini dari Allah, mukmin dari ku..


mana2 mereka yang dah sampai level mukmin, maknanya dah bersaksi benar akan Muhammad
barulah benar laku kalimah rasul itu...
lakunya kalimah tauhid adalah berdasarkan lakunya kalimah rasul...


kerana yang menyaksikan Allah cuma Muhammad..
mukmin dan muhsin.tumpang Muhammad untuk menyaksikan Allah...

jadinya hanya mukmin yang akan mengenal mukmin...
wa bukan mukmin...jauh sangat...takkan kenal...
tapi wa diperkenalkan oleh mukmin yang lain..

bagaimana nak kenal mukmin yang dah saksi dan dapat amanah ini?
kata guru, jika lu berhadap dengan orang mukmin yang memegang amanah..
bila lu didepan itu mukmin dan dia berkalam,
kelu lidah lu, tak bergerak akal lu, kembang dada lu (hati), dan jika bernasib baik zuk diri lu itu..
kerana bila datang yang haq, yang bathil pasti akan ketepi dan diam membisu...
itu lah pengenalan kepada orang mukmin..
tapi bila lu jauh sikit dari itu mukmin, maka segala macam fikiran negatif akan keluar kembali..
kerana lu dah jauh dari 'nur'
itu cuma sedikit ilmu supaya tak kena tipu dengan geng yang konon mengaku dah sampai peringkat hakikat, makrifat etc..

jadi macam mana wa tahu ramli dah sampai situ? wa tatau..tapi diberitahu..
dan bila wa dengar lagunya..ciri-ciri itu keluar satu persatu hingga dada mengembang...
sama macam Mr Os...wa hanya kenal selepas dia kembali ke rahmatullah..
baru nampak semua ciri ciri mukmin itu pada dia...
mukmin ini, bila kembali..Allah tutup segala aibnya..Allah tinggalkan yang baik2 sahaja dalam ingatan manusia..
dan segala kebaikan dia dahulunya yang tidak diketahui makhluk lain, akan Allah buka untuk perlihatkan kepada manusia..
itu yang jadi pada Yus Maharaja Lawak..
Allah tinggalkan yang baik baik sahaja untuk kita ingat mereka...

hanya ada beberapa mereka yang masih hidup sahaja diperkenalkan pada wa
yang lain wa tak kenal...kerana wa bukan golongan mereka...

so, menjawab persoalan lu tentang itu..wa malas nak jawab kerana wa kena menaip panjang...
tapi sudah lah tu...tak perlu dikesahkan ini perkara..
wa pun dah mengaku kalah kan...
ambillah menang itu dan kalungkan pada leher lu..
semoga berbahagia..dan tak sakit hati dah geng2 sefahaman dengan lu disini...

bella ciao...

keh keh keh



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:59 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 27-9-2020 12:00 AM
Ah_Kwan replied at 26-9-2020 11:51 PM
keh keh keh

dah makin jauh komedi ni..



Ohh masih intai-intai untuk sambung muzakarah... saya masih terbuka untuk melihat jawapan tuan

siap ada geng dah terasa sakitnya...
kepada geng lu yang usha tepi tepi tu...
wa tiada intention pun untuk memperlekehkan lu..
perlu apa melekehkan mereka yang memang sudah lekeh?
buang masa...
yang terasa sakit tu kerana sama fahaman dan pegangan macam lu..
bukan pasal muslim ...
kerana terasa sekali fahaman dan pegangan mereka diperlekehkan...
tapi kalau wa yang diperlekehkan takkan ada perasaan 'sakit' itu..
jangan lah perasan sakit kerana sesama muslim pula ya...
sebab dia dok sebok kat tepi sahaja yang wa tak layan..
sama macam si 'syair itu ada syair' lah...
hari tu dah diberitahu, jangan menunggang agama...
tapi pe'elnya tetap tak berubah..lantak sama dia lah...

Kalau tuan faham, samada tuan ada niat, atau tak ada niat tuan perlekeh saya, itu soal kedua. Cara tulisan tuan pun memang memperlekehkan. Jelas  sangat. Tapi itulah pilihan makanan tuan ... YOUR CHOICE.

Yang saya LEBIH kisah tuan tak melihat ayat Allah yang ini:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (muslimin)?"
(Al-Quran, Surah Fussilat, ayat 33)



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 12:16 AM | Show all posts
mnm77 replied at 26-9-2020 11:59 PM
Ohh masih intai-intai untuk sambung muzakarah... saya masih terbuka untuk melihat jawapan tuan ...

keh keh keh

maaf lah..
wa tak petik al quran dan hadith seperti mana lu orang buat...
almarhum guru wa pesan..bacalah alquran sehingga ianya menjadi al furqan..
selama mana tak jumpa furqan pada surah itu..wa tak petik..
kerana wa tak tuntas faham apa sebenarnya yang nak disampaikan pada wa...

seprtimana wa pernah sembang dengan seorang wahabians..
yang siap ada website untuk petik sgala hadith dan dalil quran..
wa tanya satu soalan sahaja pun tak dapat jawab...

dia petik ayat pertama surah al-ikhlas..
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
wa  tanya ahad itu makna nya apa?
dia kata satu..
wa tanya lagi..satu itu boleh dibilang..
kalau boleh bilang itu sifat makhluk kan?
sebelum wujudnya sifat satu...Allah itu Ahad ke tak?
sedang Allah dah kata..DIA tiada besamaan dengan satu pun sifat makhluk..

krik krik krik
sampai hari ni kami tak minam sekali sudah...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 12:18 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 27-9-2020 12:20 AM
Ah_Kwan replied at 26-9-2020 11:51 PM
keh keh keh

dah makin jauh komedi ni..


dah puas hati?
dah boleh berhenti?

jadi sebab lu tak jawab soalan wa, mari wa jawabkan untuk lu...
mari tengok ini gambar dulu..
siap sedia untuk satu penjelasan yang agak panjang dari wa ya..
dan kalau lu tanya sumber..wa jawab ini jer..
almarhum guru wa yang sampaikan pada kami ...
sanad guru...? sampai kepada Tok Pulau Manis, kepada Sheikh di Kuala..sampai ke Abu Bakar as-siddiq..



mari mengaji asas tauhid ya..dah nak jawapan sangat kan..
dalam menuju kepada Allah ikut Muhammad s.a.w, kita ini terbahagi kepada 3 golongan..
muslim -peringkat Islam
mukmin - peringkat Iman
muhsin - peringkat Ehsan

muslim ni adalah level 'percaya di akalnya'
akalnya meyakini Allah itu adalah tuhan sekalian alam dan Muhammad itu lah pesuruhnya..
dan kebanyakan dari kita hari ini adalah dalam golongan ini ..temasuk lah wa..

mukmin ni adalah level 'yakin di hati'
mereka tiada duduk di akal..mereka yakin kerana hati mereka dan menyaksikan Muhammad
Muhammad yang dimaksudkan adalah Muhammad yang bukan lelaki dan bukan perempuan..
mereka dah menyaksikan Muhammad dalam diri mereka...hati mereka dan bercantum dengan roh rabbani (latifah robbaniah)
level mereka ini digelar 'lillah'
mereka melaksanakan segala sesuatu di atas muka bumi ini kerana mereka menyaksikan Allah pada setiap sesuatu..
jadi mereka melakukan kerja ..'kerana Allah'..dah saksi..
ini jawapan untuk lu bagaimana 'yakin di hati' itu...

muhsin pula adalah di dalam golongan yang level nya 'billah' - 'dengan Allah'
yang ini biasa kita lihat pada para sahabat..makamnya radhiallahu anhu (r.a)
ada juga mereka yang tak hidup pada zaman ini yang dapat sampai kepada ini makam..
contoh imam ghazali rahimakumullah..
atau sheikh jaafar barzanji r.a

makam ini, adalah makam dimana mereka2 ini duduk dalam rahim Allah..
mereka tak perbuat satu barang pun..kerana dah memulangkan sifat maani mereka kepada yang menegakkan sifat (maanawiyah)
atau digelar mereka ini sudah mati sebelum mati...
ataupun dalam bidang pengajian tauhid..di gelar mereka ini sudah duduk dalam Lam Jalalah..

jadinya..muslim itu tidak akan connect antara satu sama lain..
hanya akan connect dengan perhubungan deria..mata yang melihat, tangan yang memegang, telinga yang mendengar..hayat yang hidup..
tapi lain pula pada mukmin dan muhsin..
mereka mereka ini connect melalui hati yang menyaksi...

Dari jawapan tuan ni, maknanya hati tuan ni hati yang menyaksi sampai boleh tahu siapa yang diberi amanah untuk berdakwah, dan siapa yang tidak diberi amanah untuk berdakwah.... sepertinya dari penjelasan macam ini lah yang tuan nak orang percaya pada dakwaan tuan berkaitan AMANAH DAKWAH?

mana2 mereka yang dah sampai level mukmin, maknanya dah bersaksi benar akan Muhammad
barulah benar laku kalimah rasul itu...
lakunya kalimah tauhid adalah berdasarkan lakunya kalimah rasul...


kerana yang menyaksikan Allah cuma Muhammad..
mukmin dan muhsin.tumpang Muhammad untuk menyaksikan Allah...

jadinya hanya mukmin yang akan mengenal mukmin...
wa bukan mukmin...jauh sangat...takkan kenal...
tapi wa diperkenalkan oleh mukmin yang lain..

bagaimana nak kenal mukmin yang dah saksi dan dapat amanah ini?
kata guru, jika lu berhadap dengan orang mukmin yang memegang amanah..
bila lu didepan itu mukmin dan dia berkalam,
kelu lidah lu, tak bergerak akal lu, kembang dada lu (hati), dan jika bernasib baik zuk diri lu itu..
kerana bila datang yang haq, yang bathil pasti akan ketepi dan diam membisu...
itu lah pengenalan kepada orang mukmin..
tapi bila lu jauh sikit dari itu mukmin, maka segala macam fikiran negatif akan keluar kembali..
kerana lu dah jauh dari 'nur'
itu cuma sedikit ilmu supaya tak kena tipu dengan geng yang konon mengaku dah sampai peringkat hakikat, makrifat etc..

jadi macam mana wa tahu ramli dah sampai situ? wa tatau..tapi diberitahu..
dan bila wa dengar lagunya..ciri-ciri itu keluar satu persatu hingga dada mengembang...
sama macam Mr Os...wa hanya kenal selepas dia kembali ke rahmatullah..
baru nampak semua ciri ciri mukmin itu pada dia...
mukmin ini, bila kembali..Allah tutup segala aibnya..Allah tinggalkan yang baik2 sahaja dalam ingatan manusia..
dan segala kebaikan dia dahulunya yang tidak diketahui makhluk lain, akan Allah buka untuk perlihatkan kepada manusia..
itu yang jadi pada Yus Maharaja Lawak..
Allah tinggalkan yang baik baik sahaja untuk kita ingat mereka...

hanya ada beberapa mereka yang masih hidup sahaja diperkenalkan pada wa
yang lain wa tak kenal...kerana wa bukan golongan mereka...


so, menjawab persoalan lu tentang itu..wa malas nak jawab kerana wa kena menaip panjang...

Walaupun tuan penat menulis panjang, saya tetap menghargai usaha tuan untuk menjelaskan.

Jika dilihat jawapan tuan, tiada yang QAT'I sebagai pegangan yang pasti untuk buat kesimpulan jemaah yang tuan tak suka tu TAK DAPAT AMANAH untuk melakukan dakwah. Malangnya tuan hanya bersangka, sebab tuan pun TAK KENAL mereka (sampai ada fitnah lagi)

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا ۚ إِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغْنِى مِنَ ٱلْحَقِّ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
(Yunus, 36)

tapi sudah lah tu...tak perlu dikesahkan ini perkara..
wa pun dah mengaku kalah kan...
ambillah menang itu dan kalungkan pada leher lu..
semoga berbahagia..dan tak sakit hati dah geng2 sefahaman dengan lu disini...

Tak perlu mengaku kalah, bukan tujuan saya nak menang di sini. Tujuan saya menyatakan kebenaran, dan menjelaskan fitnah yang ditabur.




Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 12:22 AM | Show all posts


wa tak petik al quran dan hadith seperti mana lu orang buat...
almarhum guru wa pesan..bacalah alquran sehingga ianya menjadi al furqan..
selama mana tak jumpa furqan pada surah itu..wa tak petik..
kerana wa tak tuntas faham apa sebenarnya yang nak disampaikan pada wa...


Jadi tuan petik dari persangkaan hati tuan?


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 12:22 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 27-9-2020 12:25 AM


wa tak petik al quran dan hadith seperti mana lu orang buat...
almarhum guru wa pesan..bacalah alquran sehingga ianya menjadi al furqan..
selama mana tak jumpa furqan pada surah itu..wa tak petik..
kerana wa tak tuntas faham apa sebenarnya yang nak disampaikan pada wa...

Jadi tuan petik dari persangkaan hati tuan? Berkaitan dakwaan siapa dapat amanah untuk berdakwah....?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.079623 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list