CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2106|Reply: 0

Inisiatif Saluran Khas China diteruskan - MITI

[Copy link]
Post time 12-9-2020 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Inisiatif Saluran Khas China diteruskan - MITI


Inisiatif Saluran Khas China (CSC)diteruskan dan akan diterajui oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia(MIDA) sebagai pusat sehenti dan agensi promosi pelaburan utama Malaysia.

Kementerian Perdagangan Antarabangsadan Industri (MITI) berkata ini selaras dengan mandat dan peranan utama MIDAsebagai agensi mempromosikan pelaburan dan menyelaras strategi promosi denganagensi-agensi yang terlibat termasuk InvestKL.

Katanya langkah itu amat pentinguntuk memberi mesej yang jelas tanpa menimbulkan kekeliruan dalam kalanganpelabur asing termasuk dari China.

"Keputusan ini juga amatbertepatan dengan peranan MIDA sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa NasionalMengenai Pelaburan (NCI) yang bertanggungjawab untuk mempercepatkan proseskelulusan projek pelaburan yang berkualiti tinggi," menurut kementerianitu dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, pada Khamis.

Ia bagi menjawab soalan daripada DrOng Kian Ming (DAP-Bangi) yang ingin tahu sama ada inisiatif ini akanditeruskan dan apakah strategi baharu yang sedang dirancang untuk terus menarikpelaburan berkualiti dari China ke Malaysia.

MITI berkata pelaksanaan CSC dijangkaakan lebih efektif memandangkan MIDA menyediakan ekosistem industri yangmenyeluruh di Malaysia dan memberikan fasilitasi berterusan kepada parapelabur.

Katanya biarpun berdepan denganpandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia masih dilihatoleh pelabur asing termasuk dari China, sebagai destinasi pelaburan utama yangberdaya saing di rantau ini.

Malah, China merupakan sumberpelaburan langsung asing terbesar dalam sektor perkilangan sejak 2016.

Bagi tempoh 2016-2019, projek-projekpelaburan dalam sektor perkilangan yang diluluskan dari China berjumlah RM40.26bilion dan menyediakan 40,527 peluang pekerjaan.

Sehingga 31 Mei 2020, MIDA telahmemberikan khidmat fasilitasi kepada 86 syarikat dari China dan negara-negaralain yang berminat untuk menempatkan operasi di Malaysia.
Daripada jumlah itu, MIDA telahberjaya menarik sebanyak 32 projek dengan pelaburan berjumlah RM17.5 bilion,dengan 28 projek berjumlah RM8.36 bilion telah diluluskan dan empat projekdengan nilai pelaburan sebanyak RM9.14 bilion sedang dinilai.

MITI berkata antara strategi yangdilaksanakan oleh MIDA dalam menarik pelaburan berkualiti dari China termasuklahmenubuhkan MIDA China Team yang terdiri daripada tiga pejabat luar negara iaitudi Beijing, Shanghai dan Guangzhou serta 'China Desk' di ibu pejabat MIDA.

MIDA turut memanfaatkan peluangpelaburan daripada dasar China iaitu Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) melaluipembinaan taman perindustrian, hab logistik dan Transit Oriented Developments(TOD) serta menyasarkan syarikat-syarikat China yang terlibat dalam sektorteknologi dan tersenarai dalam Fortune China 500 serta Global Unicorns.

Inisiatif lain seperti menyasarkan 10sektor keutamaan di bawah dasar 'Made in China 2025' termasuk mesin automatikdan robotik, aeroangkasa dan aeronautik, biopharma dan peralatan perubatanteknologi maklumat canggih, bahan baharu dan kenderaan serta peralatan tenagabaharu.

MIDA turut memastikan kelancaranpelaksanaan dan operasi projek-projek pelaburan dari negara China melalui UnitPenyelarasan dan Pemecutan Projek (PACU) serta menawarkan bantuan melaluirundingan terus dan kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan di peringkatPersekutuan dan negeri.

Ia turut memberikan lanjutan tempohpelaksanaan projek bagi sektor perkilangan selama 12 bulan tambahan secaraautomatik, selepas syarikat telah mendapat kelulusan interim atau LesenPengilang serta melaksanakan e-Manufacturing License (e-ML) yang membolehkansyarikat mengemukakan permohonan untuk projek baharu secara dalam talian.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.083192 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list