CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11656|Reply: 31

Lagu untuk bekas isteri-Daus AF

  [Copy link]
Post time 12-9-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by nazzse at 12-9-2020 12:13 PM

KUALA LUMPUR: Tiada apa yang perlu guna dikesalkan, nasi sudah menjadi bubur. Bahtera rumah tangga penyanyi kelahiran Akademi Fantasi musim kelapan, Daus Eli, 32, sudah lama menyembah bumi.

Sekadar mampu meratapi takdir, perpisahan berlaku atas kesilapannya sendiri. Hubungan jarak jauh, selain kehadiran 'orang ketiga' menjadi punca hubungan Daus dan bekas isterinya, Syaza Shamimi Jalaluddin Khan tidak mampu diselamatkan lagi.

Umpama tiada maaf bagimu, bekas isteri nekad mahukan perpisahan. Daus dan Syaza Shamimi bercerai secara sah di Mahkamah Syariah Bintulu pada 1 Februari, tahun lalu.

Selepas lebih setahun menyepikan diri, Daus atau nama sebenarnya, Muhd Shahril Firdaus Eli akhirnya keluar dari tempat 'persembunyian'.

"Saya akui banyak mendiamkan diri kerana tertekan dengan cemuhan netizen selepas berpisah dengan bekas isteri.

"Saya mengalami kemurungan apabila netizen meletakkan kesalahan atas bahu saya. Demi tiga cahaya mata, saya harus bangkit semula demi mencari sesuap rezeki. Mereka kini berada di bawah jagaan bekas isteri di Bintulu, Sarawak.

"Tidak dinafikan, industri muzik semakin mencabar dengan kehadiran ramai penyanyi generasi baharu yang mempunyai ramai pengikut dalam laman sosial, tetapi tidak salah saya mencuba nasib.

"Apa yang dilakukan ini demi anak. Saya tak mahu menanggung dosa apabila mengabaikan nafkah anak. Selain kembali aktif menyanyi, saya turut menghasilkan lagu untuk penyanyi baharu," katanya muncul dengan single baharu berjudul Takdir Kita yang ditujukan buat bekas isteri.

"Saya perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari jika saya mahu pulang. Jadi, saya terpaksa menangguhkan dahulu hasrat bertemu anak, biarpun terlalu merindui mereka.

"Saya akui, hubungan bersama anak bongsu tidak rapat. Ketika saya dan bekas isteri bercerai, anak ketiga baru berusia dua minggu, jadi dia tidak begitu mengenali saya. Bagaimanapun, saya tetap membuat panggilan video supaya anak tahu saya adalah bapanya," katanya yang kini yang menjalankan perniagaan makanan dengan memasak sendiri.

Link masa cerai https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/02/01/daus-af
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2020 07:59 PM | Show all posts
orang ketiga?

siapa yang mengetigakan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
3 muka surat pun takde maknanya kalau ko ulang ulang ulang ulang benda yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa aku baca ulang ulang ni.. edit lah sikit kasi betul artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank umo 2 mggu? Bkn kata ayah, kucing pon dia blom lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 07:49 AM | Show all posts
macaiPH replied at 12-9-2020 11:59 AM
orang ketiga?

siapa yang mengetigakan?

@Kurex letcheww.. heshe memang sentiasa jadi orang ketiga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2020 09:58 AM | Show all posts
siapa yg curang? Daus?
Padan muka kau.
Dasar jantan.. masa seronok tak pikir guna kepala otak,bini kat rumah duk jaga anak, tggu laki balik.
Lps tu bila bini mintak cerai baru nk menyesal,nak down, takleh kerja. Lukakan hati isteri rezeki kau Allah tarik balik.
Banyak sgt kes lagu ni..tolonggg la jaga hati tu jgn igt nk mencurang je. Kau igt seronok bercerai?
Eeeee emo plk meols.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 10:00 AM | Show all posts
ak x kenal retis2 af ni kecuali AF1 AF2 AF3... AF4 kenal 2-3 orang jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2020 01:41 PM | Show all posts


Yg ini kan?
Gambar kredit harian metro
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertekan dgn kritikan netizen????
Kalau camtu bunuh la Diri cam retis korea
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sendiri cari pasal sendiri stress ala bang ang kau ni bang
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
penggiat seni mesia ni mmg betul betul kena ada bisnes sampingan yg boleh beri pasif income.. x boleh nak harap job yg kadang ada kadang xda... lagilah klu dah berumah tangga...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada netizen kritik ko ke? Kalau ada pon dont worry netizen kritik prangai ko. Ko duk sebelah netizen tgh umpat ko pon sbb netizen x kenal paras rupa ko. So xpyh nak stress sgt la
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dulu elok kerja cidb tapi tulah dah diberhentikan. Lepas tu tak tahu kerja apa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Batch Adira kan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols br lps tonton begitu begini bang nuar. Mmg dia sndri ckp, nasib penyanyi lelaki msia xsebaik penyanyi wanita. Nak2 lg bila dh berkahwin dan ada anak. Mesti kena ada stable income or job.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2020 08:04 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2020 08:46 AM | Show all posts
Kalau ko yang curang, haaa padan la dengan muka ko!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 05:31 PM | Show all posts
sapa saja la netizen nak kritik ngko.. kenai pun tidak ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:55 AM | Show all posts
bape kerat je pn netizen yg nk mengata. meols pn tak kenal sape dia ni. lagi tak koser nk mengata
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.092818 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list