tak tau ler wajar atau tak dia nak bangkitkan isu ni... sbb normal je kot penyanyi nyanyi lagu penyanyi lain utk show stesen tv...
Aweera Luah Rasa Tidak Puas Hati Penyanyi Lain Nyanyi Lagu Romancita
Tidak dinafikan lagu Romancinta merupakan lagu yang pernah menaikkan nama Aweera ketika bersama kumpulan Mojo beberapa tahun lalu.
Namun, baru-baru ini penyanyi yang kini bersama kumpulan Pelita Lusoh itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila stesen televisyen memanggil penyanyi lain untuk menyanyikan lagu Romancinta.
Menerusi Instagram miliknya, Aweera atau atau pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Noriyissham itu seperti menyindir tindakan tersebut seolah-olah dirinya selaku penyanyi asal tidak wujud.
“Banyak aku tengok sekarang konsert tv station yang panggil artis lain cover or nyanyi lagu ‘Romancinta’. Hangpa ingat penyanyi asal lagu ‘Romancinta’ ni dah mati ka apa? Tanya ja…,” luahnya.
Ternyata rata-rata peminat menyokong luahan yang dibuat oleh Aweera sambil menyatakan lagu Romancinta paling sesuai dinyanyikan olehnya.
Bagaimanapun, ada juga yang mengatakan ia terpulang kepada komposer lagu itu sendiri iaitu Edry Abdul Halim dengan menyatakan tidak seharusnya timbul isu sekiranya Edry memberi kebenaran.
Sebelum ini, Aweera pernah berhadapan dengan kontroversi bersama Edry Abdul Halim selaku komposer lagu berkenaan sehingga dia tidak dipilih untuk mempersembahkannya ketika Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL 29). - KopiPlanet.com
Post time 13-9-2020 09:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau macam nih meolls teringat Nek Uji Rashid meroyan bila Tok Finaz nyanyi semula lagu 'Ku Ingin Selalu Disampingmu'... padahal komposer lagu tuh arwah Datuk Ahmad Nawab bagi je siapa2 nyanyi... dah sendu kan masatu