CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18556|Reply: 74

[Tempatan] Update: Info SHAREHOLDER Royal Pahang Durian #71 DIJUAL RM5K seekar oleh INDIVID

  [Copy link]
Post time 15-9-2020 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 20-9-2020 12:16 PM

Pekebun haram durian mungkin diberi geran – ISMA
Posted by admin on September 14, 2020



KUALA LUMPUR – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak menolak kemungkinan Kerajaan Negeri Pahang akan mengutamakan soal ekonomi terutamanya semasa pandemik Covid-19 dalam isu pencerobohan tanahnya.

Presidennya, Aminuddin Yahaya mendakwa kerajaan negeri akan membuat ‘deal’ tertentu dengan penceroboh haram tanah di Raub di mana bukan sahaja terlepas, bahkan mereka akan diberikan geran.

“Penceroboh-penceroboh ini kemungkinan besar bukan sahaja terlepas tetapi akan diberikan geran atau dibuat deal untuk membolehkan mereka meneruskan penanaman durian di tanah kerajaan tersebut.

“Akhirnya semua isu kesalahan yang dilakukan akan tenggelam dan penceroboh akan terus dilindung kerana menjana pendapatan untuk negara.

“Orang Melayu yang telah duduk di situ puluhan tahun memohon geran akan terus berputih mata,” katanya dalam satu kenyataan, malam semalam.



Menurut laporan Bernama baru-baru ini, negara merupakan antara pengeksport utama durian dunia.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), pengeluaran durian negara akan meningkat kepada 443,000 tan menjelang 2030 berbanding 384,170 tan pada 2019.

Pengeluaran durian mengikut negeri yang terbesar di Malaysia ialah Pahang dengan 89,916 tan, Johor (87,838 tan) dan Sarawak (34,650 tan).

Di Raub sahaja, pengeluaran Musang King meliputi kawasan penanaman seluas 11,201.2 hektar dengan pengeluaran 70,650 tan metrik bernilai RM1.3 bilion.



Lima destinasi eksport utama negara ialah Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China serta Vietnam dan pada 2018, Malaysia mengeksport sejumlah 23,381 tan raja buah itu dengan nilai RM118.2 juta.

Kerajaan juga telah memperkenalkan program eco-tourism untuk menarik pelancong yang dinamakan Durio Tour @Raub 2020, yang dijangka dapat memberikan kesan positif terhadap permintaan durian sejuk beku di China, sekali gus meningkatkan nilai eksport durian negara.

Aminuddin menjangkakan lebih banyak tanah milik kerajaan negeri akan diteroka secara haram dan tiada tindakan diambil terhadap mereka kerana kerajaan lebih mengutamakan ekonomi daripada kedaulatan watan.

“Jika ini berlaku bermakna bukan saja 360,000 ekar yang telah diceroboh secara haram malah ratusan ribu ekar lagi akan dicerobohi kerana mereka tahu kerajaan “tidak berani” berbuat apa-apa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 02:47 PM | Show all posts
Maka akan bertambah tambahla peneroka harom


Jika betul mereka akan diberikan geran, abam ucapkan setinggi tinggi tahniah kepada kerajaan negeri


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2020 02:50 PM | Show all posts
Mereka pekebun durian bukan peneroka haram – DAP Pahang
15 Sept 2020



PEKEBUN yang mengusahakan tanaman Durian Musang King di Raub Pahang tidak wajar digelar sebagai peneroka haram.

Ini kerana mereka didakwa sudahpun mengusahakan tanaman tersebut di tanah yang dikatakan bukan milik mereka sejak 30 tahun lalu.

Perkara itu dikatakan dapat dibuktikan menerusi rekod pinjaman bank yang dibuat pada 1986.

“Mereka dah duduk sini lama, sudah ada tanaman lama, tak timbul lagi penerokaan haram.

“Nak ikut maklumat, peneroka ini telah mendapat pinjaman Bank Pertanian 1986.

“Jika tanah itu haram, macam mana boleh dapat pinjaman dari bank?”

Demikian kata Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji seperti dipetik laporan portal Malaysiakini malam tadi.

Beliau berkata demikian mempersoalkan tindakan sesetengah pihak terhadap pekebun terlibat sebagai peneroka haram.

Hal demikian turut disokong bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang mendakwa terdapat syarikat milik kerabat diraja Pahang turut terlibat dengan penanaman pokok durian.

“Kita akan menyiasat latar belakang isu ini dan kita akan lihat bagaimana syarikat boleh dipanggil ‘royal’.

“Ia beri satu persepsi tidak benar bahawa rakyat menantang royalty (kerabat diraja). Tidak ada tentang royalty tetapi untuk keadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beberapa akhbar dan portal dalam talian melaporkan perhimpunan secara aman membantah Kerajaan Negeri Pahang berhubung pemilikan tanah pertanian di Raub.

Bantahan tersebut diadakan selepas mereka didakwa menceroboh tanah yang dikatakan milik Kerajaan Negeri dengan mengusahakan tanaman Durian Musang King.

Isu tersebut turut mendapat perhatian MCA Pahang yang membentuk jawatankuasa yang bertujuan untuk “menjaga hak” pekebun diumumkan oleh ketua jawatankuasa perhubungan MCA Pahang, Hoh Khai Mun.



Penubuhan jawatankuasa itu juga dikatakan mendapat sokongan MCA pusat dengan kehadiran Setiausaha Agung, Chong Sin Woon.

“Kami berasa kerajaan negeri Pahang akan memperolehi penyelesaian lebih baik dalam menyelesaikan pertikaian ini jika komunikasi lebih baik terjalin antara pihak berkepentingan.

“Melihat perkembangan isu ini, kami telah memutuskan untuk membentuk jawatankuasa.

“Ia bertujuan bagi berunding dengan lebih berkesan dengan kerajaan negeri Pahang bagi mencari penyelesaian,” katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 02:52 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: The four company directors and a manager of a heavy machinery workshop who were charged in the Selayang Session Court here today in connection with the pollution in Sungai Gong were not allowed bail.

Judge Syafeera Mohd Said refused them bail after considering the submissions by deputy public prosecutor Muhamad Iskandar Ahmad and the lawyer for the five accused, Datuk M Reza Hassan.

The accused are brothers Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 70; and Yip Kok Wong, 60, who are the board of directors of Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd, and Ho Voon Leong, 59, who is the manager of the company’s workshop.

The five men, who were in the dock, were seen looking at one another after hearing the decision by Syafeera in not allowing them bail.

The five men were then taken to the Bentong Prison in Pahang.

Muhamad Iskandar did not request for bail on grounds that the case was unbailable.

“This case caused six million residents in Malaysia to be without water supply for five days. This issue also received the attention of the country’s leadership.

“If the court disagreed with my submission, I request the court to impose bail of RM2 million each,” he added.

However, M. Reza appealed for a low bail, saying that his clients had cooperated with the police during the investigation.

“My clients surrendered themselves to the police and they are also prepared to surrender their passports to the court,” he added.

All the five men had pleaded not guilty to the charges made against them.

On the first count, they were all charged under Section 430 of the Penal Code with committing mischief by causing hazardous substances from the workshop to flow into Sungai Gong, hence causing a diminution of water supply for human consumption.

They were charged with committing the act at the workshop at Kg Sungai Dua, Rawang, near here between last Sept 2 and 3.

If found guilty, they face an imprisonment for up to 30 years or with fine, or both.

The five men were also jointly charged with emitting environmentally hazardous substances from the workshop into a waterway, which then flowed into Sungai Gong, without a licence at the same place and time.

The charge was made under Section 25 (1) of the Environmental Quality Act 1974 which provides a maximum fine of RM100,000, or imprisonment for up to five years, or both, if found guilty.

The pollution in Sungai Gong forced Air Selangor to close the operation of four water treatment plants, at Sungai Selangor Phase 1, 2, 3 and Rantau Panjang, resulting in unscheduled water supply disruption in1,292 areas in the Klang valley. -Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 02:52 PM | Show all posts
tanah melayu sudah hampir menjadi China Mainland...dan akhirnya....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Innrukia at 15-9-2020 02:57 PM

So, lepas ni semua dah boleh ready ceroboh hutan simpan & jadi pekebun. Precedent case penjenayah diputihkan jd pekebun. Good job DAP & MCA yg sentiasa mempertahankan penjenayah, terrorist & perasuah! Action speak louder than words. Anda memang bukan RACIST. Melayu jer yg bapak racist & penjenayah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2020 02:56 PM | Show all posts
Jika bukan peneroka harom, tunjukkan bukti, geran dll


Buat apa kalut berdemo bagai


Apa kata sedari I.am.Ph?


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Abam_Leh replied at 15-9-2020 02:47 PM
Maka akan bertambah tambahla peneroka harom

Jika betul mereka akan diberikan geran, abam ucapkan  ...

Jgn lupe ucapan tahniah harus jua diberikan kpd gomen abahcow, umnogok ,pis dan mca yahh. Curlast
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 03:04 PM | Show all posts
Apa plak beri geran? Beri lesen TOL je la. Bayar premium.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:15 PM | Show all posts
die ni sape die boleh bagi keputusan ke bab2 nak kasi geran ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2020 03:17 PM | Show all posts
Di Raub sahaja, pengeluaran Musang King meliputi kawasan penanaman seluas 11,201.2 hektar dengan pengeluaran 70,650 tan metrik bernilai RM1.3 bilion.
Lima destinasi eksport utama negara ialah Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China serta Vietnam dan pada 2018, Malaysia mengeksport sejumlah 23,381 tan raja buah itu dengan nilai RM118.2 juta.

Kerajaan juga telah memperkenalkan program eco-tourism untuk menarik pelancong yang dinamakan Durio Tour @Raub 2020, yang dijangka dapat memberikan kesan positif terhadap permintaan durian sejuk beku di China, sekali gus meningkatkan nilai eksport durian negara.
Di atas adalah sumbangan ekonomi kepada negara oleh pekebun durian di Raub, sekali gus meletakan Raub dalam peta dunia eco-tourism...

Apakah sumbangan mereka-mereka yang kecoh mengenai kebun ini?

Selain dengki dan kabur mata dengan jumlah wang yang dihasilkan oleh pekebun durian ini yang telah berpenat lelah masa, tenaga, wang ringgit selama puluhan tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:17 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 15-9-2020 02:50 PM
Mereka pekebun durian bukan peneroka haram – DAP Pahang
15 Sept 2020

parti ni jugak yg claim komunis tu pejuang kemerdekaan tanah melayu katenye
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:19 PM | Show all posts
Ruginya berikan geran tanah. Sepatutnya berikan sewa tanah sahaja. Harga durian naik maka naikkan harga sewa tanah. Apa daaaaa. Ini pun tak boleh fikir ke? Kau kata nak naikkan pendapatan negeri. Inilah masanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:21 PM | Show all posts
Bell replied at 15-9-2020 03:04 PM
Apa plak beri geran? Beri lesen TOL je la. Bayar premium.

Betul tu. Cuba berfikir macam orang Cina sikit.


Asyik2 nak bagi geran je. Tak lama lagi, tanah Taman Negara pun nak dibagi geran kut.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup musang king!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:33 PM | Show all posts
pehhal nak bagi geran plak...caj je la diorang!! dah lama sangat buat untung tuuuuu!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 03:44 PM | Show all posts
cerdik apa bg geran? tu tanah kerajaan negeri?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:48 PM | Show all posts
Yakinlah Allah akan memberikan rezekinya kepada yang berhak

Buat apa nak kecoh2 unless kalau tak yakin lah...


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Peneroka tanah haram

makan duit hasil haram

haramjadah betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 15-9-2020 03:49 PM
Peneroka tanah haram

makan duit hasil haram

Dengan sekeping kertas dari D.O,maka ia menjadi halal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069583 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list