CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3257|Reply: 14

[Tempatan] Abang Zehra Zambri kritikal akibat Covid-19

  [Copy link]
Post time 17-9-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ABANG penyanyi dan pengacara, Zehra Zambri iaitu Zharif Zambri dilaporkan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital King Fahad, Makkah, Arab Saudi, akibat Covid-19.

Zehra ketika dihubungi berkata, abangnya yang bertugas sebagai chef di sana disahkan dijangkiti wabak itu sejak 30 Ogos lalu.

"Sudah lebih dua minggu abang saya dijangkiti wabak itu. Keadaannya sangat kritikal dan tak sedarkan diri.

"Malah, sejak Rabu lalu, dia dikomakan oleh pihak hospital dan diberikan rawatan extracorporeal membrane oxygenation (Ecmo) kerana paru-parunya sudah tidak dapat berfungsi," katanya kepada Harian Metro.

Zehra juga meluahkan rasa terkilan apabila abangnya lambat diberikan rawatan yang sepatutnya.

"Tiga kali abang saya terpaksa berulang alik ke ke hospital, namun, pihak hospital sana hanya memberikan ubat dan diminta pulang. Sepatutnya mereka masukkan abang saya ke wad.

"Apabila keadaannya sudah kritikal, barulah mereka ambil tindakan. Saya tak pasti sama ada layanan kepada orang luar dan bukan warganegara mereka adalah seperti itu, atau kerana mereka kekurangan kemudahan wad kerana kes yang meningkat," katanya.

Selain abangnya, kakak ipar Zehra juga disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada 30 Ogos.

"Kakak saya bekerja sebagai jururawat di hospital di sana. Selepas menjalani ujian, dia pun disahkan positif dan lebih menyedihkan, mereka ada anak yang masih bayi berusia enam bulan.

"Kerana tak ada pilihan lain, kakak ipar saya yang menjaga anak mereka di rumah walaupun berisiko tinggi terkena jangkitan. Alhamdulillah, setakat ini, anak mereka masih lagi negatif," katanya.

Ditanya mengenai punca jangkitan, Zehra mendapat maklumat bahawa abangnya dijangkiti virus itu daripada rakyat Malaysia yang berada di sana.

"Daripada apa yang diberitahu, ada kenalan abang saya yang positif Covid-19 berjumpa dengan abang dan tak tahu individu itu positif," katanya.

Menurut Zehra dan keluarga di sini hanya mampu berdoa dan reda dengan ketentuan Allah SWT.

"Rabu lalu, sebelum abang dikomakan, dia sempat menghubungi ibu bapa saya melalui panggilan video. Walaupun dalam keadaan sakit, dia memohon maaf kepada ibu dan ayah.

"Katanya, dia tahu penyakit ini takkan sembuh. Itu kali terakhir ibu dan ayah saya berbual dengannya. Sekarang, kami hanya mampu berdoa dari jauh dan ada melakukan solat hajat.

"Saya mohon, semua dapat doakan kesejahteraan abang saya dan dipermudahkan untuk kami sekeluarga," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 11:06 AM | Show all posts
Zehra Zamri dah  jadi pembaca Berita kat RTM kan sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 11:38 AM | Show all posts
Allahu kesiannya. dengan baby kecik lagi.. jauh dari family..semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 11:40 AM | Show all posts
espri6006 replied at 17-9-2020 11:06 AM
Zehra Zamri dah  jadi pembaca Berita kat RTM kan sekarang..

Ya, sekarang kerja dengan RTM.  Sekali sekala ada juga dia menyanyi untuk program RTM.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 11:42 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan keluarga mereka
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 11:48 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan Nya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan mereka...sbb tu H2O suruh rakyat Msia kat obersi balik. .takut disisihkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 01:45 PM | Show all posts
Kesiannya...semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Kita kat Msia ni tolonglah follow SOP. Byk jer bila berjumpa berpeluk2 sakan. SOP sume ke laut dalam
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 01:58 PM | Show all posts
Semoga diberi kesembuhan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 02:23 PM | Show all posts
Standard dah tu..mane2 yang masalah paru2 akan disahkan covid. Masuk spital dikomakan. Majoritinya maaf cakap, xselamat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hizert replied at 17-9-2020 02:23 PM
Standard dah tu..mane2 yang masalah paru2 akan disahkan covid. Masuk spital dikomakan. Majoritinya m ...

Orang tua sakit kronik pun jika ada Covid, sorry ya, hospital tanak terima. Akak ingatkan di Itali ja gini. Rupanya di tanahair pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah rakyat Malaysia yg jumpa abang Zehra ni? Harap dah masuk hospital gak.takut merebak
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Syafakallah utk abg beliau. Moga abg beliau trus kuat bertahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.179140 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list