CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19164|Reply: 58

[Tempatan] Update: JPN akan KAJI foto MyKad pakai tanjak #48 Setujukah anda? Saksikan video

  [Copy link]
Post time 17-9-2020 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 20-9-2020 10:32 AM

Cadang pakai tanjak dalam MyKad [METROTV]
Rabu, 16 September 2020 @ 4:52 PM

[youtube]Gzsik8Is3ng[/youtube]
Kuala Lumpur: Persatuan Aktivis Busana Melayu (ABM) berharap kerajaan mempertimbangkan pemakaian tanjak untuk gambar dalam kad pengenalan MyKad.

Presidennya Shahrul Fadzly Mohd Zainal berkata, pihaknya menyifatkan tanjak sebahagian pakaian tradisional yang sama taraf dengan songkok dan kopiah yang dibenarkan ketika ini.

Malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga dalam proses menyiapkan kertas kerja berkaitan sebelum diserahkan kepada kementerian berkaitan untuk dibawa ke perbincangan Kabinet sebelum diwartakan.

Katanya, tujuan utama mereka bukan semata-mata mahu tanjak dibenarkan dalam gambar MyKad, sebaliknya mahu mengembalikan jati diri terutama orang Melayu.

"Ini adalah kempen kesedaran yang kita sedang buat. Dalam pertemuan dengan pihak JPN, baru-baru ini, kami diperjelaskan dari segi undang-undang memang tiada peruntukkan untuk membenarkan pemakaian tanjak ketika mengambil gambar untuk kad pengenalan.

"Mereka menasihati kami supaya mengikut saluran betul dengan mengemukakan usul kepada kementerian berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sehingga cadangan dibawa ke Kabinet dan Parlimen.

"Jika boleh, kami juga ingin mencuba mendapatkan sokongan daripada pihak istana untuk memperkasakan pemakaian tanjak ini semula," katanya ditemui selepas menjadi panel wacana Santai Anak Muda Cinta Negara di sini, hari ini.

Wacana anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP), Akademi Kajian Rantau Nusantara (AKAR) dan Bridge Sufi dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersempena Hari Malaysia.

Kira-kira 100 peserta pelbagai lapisan umur menyertai program itu memakai pakaian tradisional Melayu.

Shahrul Fadzly berkata, pihaknya berharap suatu hari nanti busana Melayu termasuk tanjak akan menjadi pakaian harian yang tidak segan dikenakan masyarakat seperti zaman dahulu.

"Sekarang sudah ada pemakaian batik pada setiap Khamis, baik juga jika tanjak mendapat tempat sebegitu, mungkin boleh dimulakan di jabatan kerajaan, sekolah dan universiti," katanya yang memulakan kempen memakai tanjak tahun lalu dan mendapat sambutan di Thailand, Indonesia dan Brunei.


Hadirin yang hadir bergambar bersama sempena Hari Malaysia pada majlis Santai Anak Muda, Cinta Negara di Dewan Titiwangsa Kompleks Sukan Kg. Pandan. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Single Polls, Total 52 Users voted
13.46% (7)
86.54% (45)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 05:19 PM | Show all posts
Tak setuju..lebih baik pakai sarban..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 05:23 PM | Show all posts
klu x yah pakai apa2 dah kenapa..? mcm skrg....apa masalah....

motif pakai tanjak..?

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 05:33 PM | Show all posts
Apa punya mengarut ni?motif?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
singh pakai turban boleh je
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm too much jer nk minta camni....tp aku setuju jer menormalisasikan pemakaian tanjak ni....agar org yg pakai tanjak di kawasan awam diterima mcm org yg pakai topi biasa tu....

Much better pakai tanjak ni dari pakai topi NY bagai tu, paling cun Helang Menyusur Langit....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2020 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aktivitis mulayu isle khenz xpernah ler x mengarut bila nk bgi idea pon
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai je kalau nak pakai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjenayah penyamun semua suka lah gini, boleh cover wajah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 17-9-2020 10:26 PM
Mcm too much jer nk minta camni....tp aku setuju jer menormalisasikan pemakaian tanjak ni....agar or ...

Org pakai tanjak dgn.t-shirt & jeans tu kira menghina attire melayu. Nak bertanjak biarlah lengkap dgn baju & seluar capal segala macam tuh. Bila Nabil hempas tanjak kan main sontap meroyan memasing. Sejak bila tanjak tu jadi suci muruni? Tu kan pakaian Melayu dari zaman depa sembah busut nyumpit babi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai je la nak pakai, jadi identiti kat nusantara ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 18-9-2020 12:08 AM
Org pakai tanjak dgn.t-shirt & jeans tu kira menghina attire melayu. Nak bertanjak biarlah lengkap ...

Pada aku ok jer nk pakai tanjak dgn jeans or T Shirt....nk pakai lengkap sepersalinan dgn sampin bagai tu too much plak...tp aku ok jer kalau semua nk menormaliaasikan pemakaian tradisi melayu....

Aku pun suka jer kalau berpakaian tanjak dgn seluar senteng bersampin/selimpang dan tidak nerbaju....baru acah2 pendekar..  hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 18-9-2020 12:25 AM
Pada aku ok jer nk pakai tanjak dgn jeans or T Shirt....nk pakai lengkap sepersalinan dgn sampin b ...

U got the points. Pakai tanjak dgn.jeans ni ibarat pakai baju melayu sans songkok :lol;
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Merepek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 02:41 AM | Show all posts
Bagi I sedikit over lah pakai utk mykad.
Btw, untuk sesapa yg suka, pakai jerlah bila2 suka, seperti org lain yg pakai cap, turban, serban, songkok etc. Ada org yg mmg suka tutup kepala even bertopi sana sini malam2 pun, setengah org tak. Laki I jangan harap lah nak pakai tanjak2 ni, songkok, kopiah pun tak pernah pakai even pergi sembahyang jumaat. Cap pakai bila berkeperluan, bila hiking masa panas, if not takkan pakai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2020 09:08 AM | Show all posts
Nak katakan thinking outside the box pun tak sesuai juga ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 09:09 AM | Show all posts
nampak mcm mengarut
tp mcm bole dipertimbangkan

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:03 AM | Show all posts
Jika dah sampai masa nak bezakan warganegara sebenar Tanah Melayu
dengan cina yang beli IC, opsyen ini wajar dipertimbang

selain ujian pengetahuan am kenegaraan
sebelum lulus kad pengenalan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:14 AM | Show all posts
serius merepek.. tak perlu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:18 AM | Show all posts
x yah la.. ngarut je...

tanjak ni salah satu kebudayaan je... x salah nak diperkasakan cuma bukan la wajib di masukkan dlm mykad... aduhhh mana la idea bodoh ni dtg.. dah ketandusan idea ke...  
Presidennya Shahrul Fadzly Mohd Zainal berkata, pihaknya menyifatkan tanjak sebahagian pakaian tradisional yang sama taraf dengan songkok dan kopiah yang dibenarkan ketika ini.

declare sebagai pakaian tradisional malaysia cukup je la.. kalo x nanti pas ni.. yg sarawak pun nak buh songkok derang juge atas kepala... haa caner???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.177993 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list