CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I.am.PH

[Tempatan] Update: sudah SEMINGGU, petisyen dan 2 memorandum TAK LAKU, portal SPRM versi MA

  [Copy link]
Post time 21-9-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 20-9-2020 10:27 AM
Saya enjoy belajar tulisan Jawi kerana ianya seni dan cantik...

Good for you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2020 09:00 AM | Show all posts
dizekni replied at 20-9-2020 02:53 PM
Daripada you sibuk politik

najib sana umno sini

Saudara join ke tidak? PUTRA akan ke SPRM jam 2 nanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Supaya dipermudahkan urusan mereka di SPRM sebentar nanti...
Q
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 12:55 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 20-9-2020 08:07 PM
Adakah warga forum akan ikut join PUTRA esok?

Maideen tak dapat join.....kena gout. Prrrrrrrrrrrrrrpffffftght

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2020 03:27 PM | Show all posts
Terguris hati katanya...

[fbvlink]https://www.facebook.com/suaramer/videos/680775049200373[/fbvlink]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2020 04:46 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 21-9-2020 08:49 AM


KM Ho Ketua SPRM orang melayu, Ketua kerajaan orang melayu dan yang sibuk buat lapuran dan membantah ni pun melayu. Tapi hairannya yang disalahkan cina dan Dap. Hmmmmm...... Tiap kali pilihanraya ada saja yang buat hal.
[youtube]so7CNnTu5-A[/youtube]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-9-2020 05:47 PM | Show all posts
Melayu terguris portal SPRM dalam Bahasa Mandarin
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 21 September 2020



PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu dan bumiputera terguris dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menggunakan bahasa Mandarin pada portal rasminya.

Ketua Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nasrul Ali Hassan Abdul Latif mendakwa, tindakan SPRM itu mengecewakan kerana dilakukan oleh agensi kerajaan yang dipandang tinggi dan dihormati.

Menurutnya, SPRM dilihat seakan memandang rendah terhadap isu bahasa.

"Majoriti rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan sudah mendiami tanah bertuah ini sekian lama," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, tindakan itu juga akan mengganggu-gugat kedudukan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi kerajaan pada masa hadapan.

"Tidak mustahil akan ada bangsa lain yang menuntut hak supaya kerajaan menggunakan bahasa ibunda mereka dalam urusan kerajaan," katanya.

Nasrul mendakwa, penggunaan bahasa Mandarin pada portal rasmi SPRM telah melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

"Perlembagaan menyatakan bahawa urusan rasmi digunakan dalam urusan kerajaan adalah Bahasa Melayu.

"Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu," katanya yang menghantar bantahan itu kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki," katanya.

Putra turut mendesak SPRM memadam, menurunkan dan membuang sepenuhnya bahagian yang mempamer bahasa Mandarin di portal rasmi suruhanjaya itu serta-merta.

Ditanya apakah Putra akan membawa isu tersebut ke mahkamah, beliau berkata, ia bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

Jumaat lalu, SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2020 06:12 PM | Show all posts
Macam mana nak ubat hati PUTRA yang telah terguris?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 07:54 PM | Show all posts
supaya senang mereka baca berita tentang rasuah LGE dari sumber yang benar2 sahih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2020 08:12 PM | Show all posts
Portal Mandarin: MCA antinasional sokong tindakan SPRM
MCA belakangi bahasa kebangsaan sebagai agen perpaduan
ainulillia 3 hours ago



BANGI, 4 Safar 1442H, Selasa – MCA bersikap antinasional apabila menyokong kewujudan portal bahasa Mandarin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, pendirian itu membelakangi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang bertindak sebagai agen perpaduan.

“Malah menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu bahawa semua urusan rasmi kerajaan hendaklah dilaksanakan dalam bahasa Melayu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Jurucakap Pemuda MCA, Alex Fong berkata, pelancaran portal bahasa Cina SPRM tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai perbuatan yang membelakangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, sebaliknya ia patut dilihat sebagai semangat kepelbagaian dan toleransi di Malaysia.

Beliau tidak bersetuju dengan alasan dikemukakan oleh ARMADA dan beberapa organisasi lain yang menentang pelancaran portal bahasa Mandarin itu seraya berkata, ia langsung tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak sepatutnya melihat perkara ini dengan pandangan yang sempit kerana kepelbagaian adalah keunikan Malaysia dan kita patut berbangga dengannya, bukan sengaja mencari kesalahan darinya,” kata Alex Fong.

Beliau bahkan berkata, portal bahasa Cina tidak akan memecahbelahkan rakyat dan tidak akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sebaliknya akan meluaskan jangkauan kepada rakyat dari pelbagai kelas sosial dalam usaha mereka menyebarkan informasi anti rasuah.

Alex turut mencadangkan agar jabatan kerajaan yang lain menggunakan bahasa etnik minoriti lain seperti bahasa Tamil seiring dengan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi menzahirkan keunikan kepelbagaian yang wujud di negara kita.

“Pelangi nampak indah kerana ia tidak membezakan warnanya; jika mempertahankan sesuatu hanya atas dasar mempertahankan sehingga membataskan kepelbagaian dengan alasan tidak munasabah, ia akan menyebabkan negara kita kehilangan ciri kepelbagaian yang unik,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:13 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 22-9-2020 06:12 PM
Macam mana nak ubat hati PUTRA yang telah terguris?

I rasa panggil Mawi buat konsert mega mungkin boleh.......

Wallahualam.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2020 08:17 PM | Show all posts
Maideen. replied at 22-9-2020 12:13 PM
I rasa panggil Mawi buat konsert mega mungkin boleh.......

Wallahualam.

Nice one Sir...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 04:22 PM | Show all posts
https://www.sprm.gov.my/cn/ masih on...

Petisyen tidak dapat sambutan, hanya 15K sahaja yang tandatangan...

https://www.change.org/p/rakyat- ... 4-9de3-c57b481f0c6f



2 memorandum NGO Ketuanan diabaikan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.056472 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list