CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2043|Reply: 11

[Tempatan] Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang - PDRM

  [Copy link]
Post time 18-9-2020 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang - PDRM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/732745/aktiviti-berbasikal-di-lebuh-raya-adalah-dilarang-pdrm

Jumaat, 18 September 2020 | 5:15pm

Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my



KUALA LUMPUR: Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang, dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda hingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu status dimuat naik ke laman Facebook (FB) rasmi pasukan itu, semalam, memaklumkan mereka yang mengingkari larangan berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia, namun anda dinasihatkan supaya mematuhi larangan berbasikal di lebuh raya.

"Sekiranya anda ingkar, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan tertentu," katanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna jalan raya memuat naik status dalam FB yang mendakwa tindakan sekumpulan individu menunggang basikal di jejambat Rasah Kemayan di Seremban, Negeri Sembilan, boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beberapa gambar menunjukkan kumpulan penunggang basikal terbabit menggunakan laluan di tengah jalan raya yang sibuk di lokasi berkenaan, turut tular melalui media sosial.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut jalan kampung la abg2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 06:02 PM | Show all posts
mmg wajar.....jln byk, gigih jugak nak masuk hiway.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bbrp hari lepas jem disebabkan dorg nilah kat federal.. igtkan ada apa tetiba keta semua jadi perlahan.. rupanya ada plak tgh cycling kt hiway
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap.. Kalau berbasikal kat jln raya biasa je boleh ke? Risau jugak ni, coz hujung minggu selalu cycling..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Jalan raya biasa pun menyusahkan orang la... Kau jalan ramai2 bawak 20++km/h. Lori lebih 1 tan nak potong susah. Dah la jalan raya biasa tu kecik dan takde bahu jalan. Tambah pakej bengkang bengkok. Kalau lori tu tak lepas nak potong, dia nak ketepi lenyek cyclists, kalau dia terus langgar mati kereta depan. Lori bukan senang nak laju untuk potong. Berat oooo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2020 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 18-9-2020 10:15 PM
Bbrp hari lepas jem disebabkan dorg nilah kat federal.. igtkan ada apa tetiba keta semua jadi perlah ...

Patut treler dan kereta hon panjang, berjemaah dekat sebelah telinga cyclists tu. Selfish sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg terhegeh2 bawak beskal
kita nak masuk lorong pun kena tgu dia jalan. langgar lak kang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2020 07:54 PM | Show all posts
Edited by kbyne at 20-9-2020 03:36 AM

Dalam KL masih banyak lagi jalan shortcut,jln dlm bandar,tak payah pergi highway.Highway ni utk org yg tak tau jln KL.
Round dlm KL jer dah boleh dapat 30-40 kilo.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 19-9-2020 08:25 PM

Hari Rabu baru2 ni aku nyaris nak terlanggar sorang penunggang basikal yg tiba2 keluar dari barisan utk bersaing dgn salah seorang penunggang basikal utk berbual
Nasib baik aku bawa slow so sempat lah aku brek kalau tak jadi tragedi lah gamaknya
Selayaknya lah denda di kenakan coz boleh mendatangan bahaya kalau alpa
Sorry to say lah kalau aku katakan ada yg suka2 ikut trend terkini  & meriak  dgn menayang basikal & head to toe cycling apparel yg branded
Dah serupa mcm group super bikers yg mcm 'Ini Jalan Aku Yang Punya'
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
tkpayahla berbasikal..bersukan ke apa

jalan hanya utk kenderaan bermotor

nak berbasikal..main dlm rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:53 AM | Show all posts
denda rm1 jerrr... murah tu... aperderhal besok kayuh lagik... beskal 50x ganda lg mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.238536 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list