CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12179|Reply: 63

Zoey rahman hadiah mak ayah kondo harga RM500,000

  [Copy link]
Post time 18-9-2020 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ashrafaiman8236 at 18-9-2020 08:29 PM


rasa lama gak dia ni tak berlakon.... tp boleh tahan gak bisnes sampai leh hadiahkan sebijik kondo kat mak ayah...



Zoey Rahman Hadiahkan Kondominium RM500,000 Buat Ibu Bapanya

Hasil usaha pelakon Zoey Rahman berhempas pulas menjalankan perniagaan produk kosmetik dan penjagaan kulit miliknya, Mika Series berbalas apabila dia berjaya menghadiahkan sebuah unit kondominium di Cheras, Kuala Lumpur yang berharga RM500,000 kepada kedua ibu bapanya, Azizah Ibrahim, 63, dan Abd. Rahman Ngah, 77.


Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, dia melihat kejayaan perniagaannya adalah hasil berkat doa kedua-dua orang tuanya yang tidak jemu memberikan semangat dan dorongan untuknya terus berjaya dalam hidup.


“Keluarga saya memang tak tahu saya nak buat kejutan hadiahkan rumah kepada ibu bapa saya. Saya hanya cakap dengan mereka, hari ini untuk majlis makan-makan biasa sahaja.


“Saya memang dah berniat nak balas jasa selain beri penghargaan buat kedua ibu bapa yang selama ini sentiasa menyokong saya. Bila saya rasa down dalam perniagaan, ibu dan ayah sentiasa ada dan bagi kata-kata semangat untuk saya,” jelasnya.


Zoey berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit miliknya, Mika Series yang diadakan di Magika, Quill City Mall, Kuala Lumpur hari ini.


Menurut Zoey, ibu bapanya juga sering mengingatkan dirinya agar tidak meninggalkan solat.


“Alhamdulillah berkat doa mak ayah, saya dah sampai ke tahap ini. Ini hadiah paling besar yang pernah saya berikan buat ibu dan ayah saya.


“Mak dan ayah saya tinggal di Terengganu, jadi terpulang kepada mereka sama ada nak jadikan rumah di Kuala Lumpur ini sebagai rumah persinggahan mereka atau nak dijadikan bisnes homestay. Semua saya serahkan pada mereka,” katanya.


Dalam pada itu, Zoey memberitahu perniagaannya itu mencatatkan satu lagi sejarah apabila berjaya menembusi pasaran Watson.


“Bukan senang nak tembus pasaran Watson, namun akhirnya segala penat lelah berbayar apabila produk saya akan mula dijual di situ bermula awal November ini.


“Sebagai pengusaha produk, saya akui ramai yang tak tahu saya merupakan pemilik Mika Series tapi saya lebih senang dengan cara pemasaran begini.


“Saya mahu produk lebih ditonjolkan daripada diri saya yang ke hadapan, kalau kita lihat produk antarabangsa, kita pun tak tahu siapa pemiliknya. Itu yang cuba saya terapkan pada Mika Series”, ujarnya lagi.


Mika Series merupakan rangkaian produk penjagaan kulit dan kosmetik yang sesuai digunakan untuk lelaki dan perempuan.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai soal menamatkan zaman bujang, Zoey berkata, “Mak saya selalu tanya bila nak tamatkan zaman bujang. Kalau ada jodoh adalah.


“Saya serahkan kepada Allah sebab soal rezeki, jodoh, ajal maut Allah yang tentukan. Kalau boleh semua orang nak kahwin, semua orang nak bahagia.


“Nak ada anak dan isteri, habiskan masa kualiti bersama keluarga, semua impikan kehidupan seperti itu. Namun, kalau kita plan macam mana pun, kalau Allah kata belum ada jodoh, belum ada lagilah tu.


“Saya tak risau (tak kahwin lagi) sebab zaman sekarang bukan macam zaman dulu, kalau dah masuk usia 30-an tak kahwin lagi itu dah jadi perkara biasa.


“Ramai je di luar sana orang umur 40 dan 50 tahun tak kahwin lagi sebab mereka fokus kepada bisnes dan apa sahaja yang mereka lakukan pada ketika ini,” katanya. – KopiPlanet.com


www.kopiplanet.com



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Foundation gn compact powder heols ok ke??ade yg dah try??tgk igfemes buat tutorial mcm ok..sbb iols skeptical sket gn product founder2 ala2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:36 PM | Show all posts
Mana gambor kondo ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu kemain sengkek upah graphic designer 300 hengget pun haram ko nak bayar kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
btw muka ko dah makin nampak pelik jah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka ori masa citer bong kan helok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
AshKetchum replied at 18-9-2020 08:47 PM
dulu kemain sengkek upah graphic designer 300 hengget pun haram ko nak bayar kan?

Syukur sis masih ingat.
Ingat hanya ilusi Ganja je kes tu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bff siti nana nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 09:09 PM | Show all posts
So, kene mintak mahap sbb keji perubahan muka sheols ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
AshKetchum replied at 18-9-2020 08:48 PM
btw muka ko dah makin nampak pelik jah?

Tokey kosmetik katakannn.mesti la jambu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ALDRIN at 18-9-2020 10:13 PM

Jarum Gaydar berdetik detik...

Ko beli rumah sendiri ke? Dan2 ckp present kt mak bapak?

Kondo pon mmg tu pon price range kat area KL nih, x rasa dasyat pon.....2-3 juta baru ada story value dek..

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Napa beli condo? Kalau  nak bg mak pak better umah landed tp takpela duit kau kan sukati la kann
Baru tau mak pak dia org ganu.
Dan baru tau gak nama sebenar dia huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka asal ko lagi elok la dikk..
Nape lah g alter sana sini..  
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadiah utk.mak.ayah atas nama sendiri.kan?
Btw umur2 mcmtu biasa orang tua tak mau dah reta reti ni..lagi2 kondo. R u serius?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmm bab propa no 1 kau ni zoey....mak bapak kau berbiji biji dah rumh... dan2 beli kt Kl utm bg pda parent..padahal nth2 duit mak ayh yg topup..bli utk dri sdri pastu claim nk bg hadiah me zisthur???
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni makin lama rupa jd mcm pudin la nanti
Dia minat ke pompuan dah rupa dia sdr pun mcm pompuan dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 20-9-2020 11:39 PM

transgenderina sgt skrg siss!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Td ingat sapii ilias..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa sayangnya.. ropa lama dia herlokk dahhh.. aduiii x sayang sggh kejadian yg Allah dh bg.. klu huduh tu paham la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain sgt rupa dia skrg. Rupa dlm cite bong tu dah helokk sgt dah. Ni semua salah sajat. Haha tiberr~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075618 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list