Rasanya sekarang ni setiap rumah mempunyai penapis air untuk memudahkan kerja dapur. Tak perlu lagi nak masak atau sejukkan air.
Tapi apa yang menjadi isu sekarang ni apabila ada segelintir pengguna memandang enteng dengan suis elektrik yang digunakan untuk menghidupkan mesin penapis air.
Lihatlah rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini. Penapis air berasap disebabkan tidak menutup suis elektrik semasa ketiadaan bekalan air sehingga overheating.
Berikutan itu, pihak Bomba dan dan Penyelamat mengeluarkan satu kenyataan ringkas tentang keselamatan bagi pengguna penapis air ketika bekalan air terputus atau keluar dari rumah.
Info keselamatan ini dibuat untuk semua tidak kira menggunakan penapis air jenama apa.
Nampak remeh tapi beri kesan besar jika tak berhati-hati
Coway (Malaysia) Sdn Bhd (Coway Malaysia) telah menerima pengesahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bahawa video viral mengenai ris-iko penapis air menjadi terlalu pa-nas ketika ketiadaan bekalan air, bukan sesuatu yang disahkan oleh JPBM.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pihak berkaitan sedang menjalankan siasatan, mengenai punca dan kesahihan video yang menunjukkan sebuah penapis air yang berasap.
“Sehingga kini sama ada Coway atau JBPM tidak menerima rungutan atau laporan mengenai penapis air yang berasap akibat terlampau panas, di seluruh negara. Kesahihan video itu masih belum dapat disahkan.
“Sebab itu kami memberikan jaminan kepada kesemua pelanggan kami yang penapis air Coway yang dijual dan diedarkan di Malaysia telah diuji dan disahkan selamat untuk digunakan, mematuhi standard yang tetapkan oleh organisasi akreditasi berkaitan seperti Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM,” katanya.
Kenyataan itu menyebut, perkara ini adalah sebagai menjawab kepada satu hantaran di media sosial yang mendakwa video itu adalah berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh JBPM berhubung penapis air menjadi terlampau panas ketika dihidupkan pada ketika ketiadaan bekalan air.
Sementara itu JBPM dalam satu kenyataan malam ini menyatakan yang pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pengeluar penapis air, bagi membincangkan isu tersebut.
“Semua maklumat berkaitan dengan keselamatan mesin terseut akan dimaklumkan kepada orang ramai bagi mengelakkan keresahan,” kata kenyataan tersebut.
Post time 19-9-2020 03:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalau tade air cecepat la tutup suis water filter deknon oii..keluarkan air dalam tank siap2 untuk buat minum ke apa..nanti dah ada bukak la balik..tak la berasap
Post time 19-9-2020 03:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
uish... i pun jenis biar je coway masa takde air dulu.. now i know.. so next time kalau takde air or takde rumah lama i akan switch off.. mujur selama ni tak jadi apa..
Post time 19-9-2020 05:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku mmg tutup suis sblm tido. ON balik mase pagi nak pegi keje buat air. Pastu OFF balik sblm pegi keje. Balik keje ON balik. Gitu lah sampai abang jamil mampus.
aku pakai penapis air coway yg paling cikai..takde panas n sejuk. ambien water je. sekadar utk tapis air. tangki dia besar jgk, pernah rumah takde air aku pakai air coway tu buat wuduk
Post time 19-9-2020 06:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
itu yg org grp post video ni tnya kenapa berasap..aku jwb dari segi logik kalau dibiar on bila tiada air mesin akan overheat. reramai baru sadar dlm tu ckp tq kt aku yg tak pakai mesin couckoo ke noway ke..aku guna ro water on and off bila nk guna saja.
Post time 19-9-2020 06:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
itu yg org grp post video ni tnya kenapa berasap..aku jwb dari segi logik kalau dibiar on bila tiada air mesin akan overheat. reramai baru sadar dlm tu ckp tq kt aku yg tak pakai mesin couckoo ke noway ke..aku guna ro water on and off bila nk guna saja.
Post time 19-9-2020 06:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by najib888 at 19-9-2020 06:42 PM
Mesin air ni ada pam air. Usually, bleh jadi overheat bukan sebab heater element dalam tu. Sbb, heater element tu hanya akan trigger function bila ada air or air dah cecah minimum limit utk start pemanasan.
Selalunya, yg akan jadi overheat sistem pam air tu sendiri. Friction. Sensor ni akan force pam utk still berjalan utk sedut air..
Bukan terhad utk mesin air saja. Main water pump kat rumah pun sama. Single unit water heater pun sama. ..
Pendek kata, kalau ada pam or mesin yg guna sistem pam utk air, katup terus power supply kalau takdak bekalan air.