CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7416|Reply: 49

[Tempatan] Ujian bertimpa2 untuk Selangor, Sungai Gong tercemar lagi, bertukar warna hitam

  [Copy link]
Post time 20-9-2020 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Gong tercemar lagi, bertukar warna hitam
NORAFIZA JAAFAR | | 19 September 2020


Air Sungai Gong di Rawang kelihatan berwarna hitam yang dilaporkan JPS Gombak sekitar jam 12 tengah hari tadi.

RAWANG - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan kod kuning sebaik menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak berhubung insiden air di Sungai Gong di sini yang berwarna hitam tengah hari tadi.

LUAS dalam satu kenyataan berkata, langkah awal dilakukan menerusi siasatan secara menyeluruh di kawasan berisiko yang boleh menyebabkan henti tugas Loji Pembersihan Air (LPA) utama di bahagian hilir Sungai Selangor.

Menurut kenyataan itu, siasatan yang dijalankan di kawasan Inlet Kolam Tebatan Banjir JPS mendapati air sungai tersebut berwarna hitam, namun tiada bau dan disyaki disebabkan oleh pewarna.

"Siasatan juga mendapati terdapat pelepasan efluen berwarna dan berbuih dari discaj efluen loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) GBK 134 area 5 di kawasan Perindustrian Rawang.


Air Sungai Gong di Rawang kelihatan berwarna hitam yang dilaporkan JPS Gombak sekitar jam 12 tengah hari tadi.

"Sampel yang diambil mendapati kandungan ammonia adalah sebanyak 5.2 miligram per liter (mg/I) dan TSS adalah 47 mg/I.

"Pihak IWK telah memberhentikan aliran dari 'incoming pump' dan seterusnya memberhentikan pelepasan discaj efluen.

"Siasatan yang dijalankan oleh LUAS bersama Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) di River Monitoring Station (RMS) Country Homes di sini mendapati sampel aliran air berwarna hitam tersebut menunjukkan tiada bau dan tiada kesan minyak," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu berkata, siasatan diteruskan dengan mengambil sampel air di Sungai Sembah iaitu aliran sebelum masuk ke Sungai Selangor, bagaimanapun didapati tiada bau dan tiada warna kehitaman.

"(Susulan itu) tiada henti tugas loji dan gangguan bekalan air dilaporkan setakat ini. Pemantauan rapi dari semasa ke semasa dilakukan LUAS bersama agensi berkaitan," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ertukar-warna-hitam
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 11:45 AM | Show all posts
ni sape plak yg buat hal... sial betul  la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena catu lg ka nnt ayaq ni?
#tanyaje
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tak tembak mati or pancung je sapa yg buat ni? kali ni mohon Sultan Selangor masuk campur
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 12:38 PM | Show all posts
nak tutup loji bagitau awal....
jgn jadi mcm hari tu...
dah kat opis baru bagitau ayo tak da...

memang hanat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 01:38 PM | Show all posts
Yip empat beradik dah lepas reman ka belum?

See, see, see... kata dia!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru aku nak share barrel aku jumpa kat lazada
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Adui.. kna tahan ayaq siap2 la cani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 02:11 PM | Show all posts
Selangor Darul Belas Ehsan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:11 PM | Show all posts
mesti bini bodo wak gendut upload gambar mandi dalam tangki air SADA kannnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa punya kerja laaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-9-2020 01:40 PM
Baru aku nak share barrel aku jumpa kat lazada

Share la u..sila2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi ada kilang berdekatan sumber air dan selagi enforcement di msia ni lemah lembik selagi tu la masalah pencemaran air tidak akan selesai. So kjaan selangor masih nak bagi lesen ke pada kilang2 haram yg dah beroperasi tu. #Sigh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
MB selangor x nk rap lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungai cam parit hmmm.... Takde sungai besar lain ke kat selangor nih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 20-9-2020 02:50 PM
Share la u..sila2..

Ada portable barrel size 225 liter..boleh lipat dan buka..tapi dok cari tak ada stok malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi tiada hukuman dan penguat kuasaan, selagi itulah hadap sahaja sungai tercemar dan air dicatu. Selamat berbahagia Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-9-2020 01:40 PM
Baru aku nak share barrel aku jumpa kat lazada

Letak ss sis..nak jugak tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi mana la punya kerja ni..takkan selang 2 mgu takda air
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ke mmg saspek aritu, so family saspek buat2 upah org tabur minyak time dorg x bukak kilang, so konon2 bkn kilang saspek yg buat. ada kilang lain. so pertuduhan digugurkan. done fitnah/speku ke atas saspek. . esok mmg bwk botol air la g ofis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.079110 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list