CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5879|Reply: 32

[Tempatan] Suami pulang dari tugasan MALBATT di Lubnan akur tidak dapat peluk jenazah ister

  [Copy link]
Post time 20-9-2020 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 20-9-2020 01:14 PM

Suami pulang dari Lubnan akur tak dapat peluk jenazah isteri
NORAFIDAH ASSAN | | 19 September 2020


Foto dimuat naik dalam Facebook MALBATT 850-7. Gambar kecil: Allahyarham Norhidayah bersama suaminya, Lans Koperal Mohd Noh.

KUALA PILAH - Patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, seorang anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) akur tidak dapat memeluk jenazah isterinya sebelum dikebumikan di Air Mawang di sini semalam.

Lans Koperal Mohd Noh Samsudin, 25, dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada isterinya, Allahyarham Norhidayah Amishammudin, 25, dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, bagaimanapun perlu mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Ibu Allahyarham, Norzita Lemchek, 49, berkata, menantunya itu sepatutnya menamatkan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan pada awal bulan hadapan.

"Noh bagaimanapun terpaksa pulang awal disebabkan keadaan isterinya yang kritikal sejak seminggu lalu.

"Walaupun dia mendarat awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun tidak terkecuali melalui SOP ditetapkan KKM berikutan wabak Covid-19," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Rumah Rakyat Air Mawang di sini hari ini.

Norzita berkata, suasana sayu ketika pengebumian jenazah anaknya apabila melihat menantunya itu terpaksa berpakaian PPE untuk melihat jenazah isterinya buat kali terakhir.


Norzita menunjukan gambar kenangan arwah anaknya bersama Mohd Nor.

"Noh tidak dapat lama di sini sebab perlu pulang semula ke pusat kuarantin selain pergerakannya terhad kerana akur dengan SOP," katanya.

Mengenai anaknya, Norzita berkata, Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap sakit buah pinggang sejak tiga tahun lalu, namun seminggu terakhir ini doktor mengesahkan anaknya itu mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

"Arwah banyak kali menyebut rindukan suaminya. Rindu sebab Noh bertugas jauh di luar negara. Namun, tidak sangka arwah pergi terlebih dahulu tanpa sempat menatap wajah suami," katanya.

Pasangan berkenaan telah berkahwin tiga tahun lalu, bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tok Gobah, Air Mawang semalam.

Terdahulu, laman Facebook MALBATT 850-7 memuat naik status seorang anggota PBB UNIFIL MALBATT 850-7 kehilangan isteri tercinta yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, kira-kira jam 7 petang kelmarin.

Posting tersebut sehingga kini mendapat pelbagai reaksi daripada pelayar Facebook yang simpati dan mengucapkan takziah.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... eluk-jenazah-isteri
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri dpt je pengecualian
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakigebang at 20-9-2020 01:12 PM

innalillahiwainnailaihirajiun..moga roh dicucuri rahmat..besar pengorbanan adik askar ni pada keluarga demi negara....lebih besar dr menteri yg balik vacation tapi terlepas kuarantin.. double stended
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mengapalah. Dpt juga beri penghormatan terakhir. Dah brapa kali dah sejak pkp ni ahli keluarga dtg ketika pengebumian pakai PPE atas faktor prosedur kuarantin luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya arwah rindu kt suami..pergi pun suami tkde di sisi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 01:41 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 20-9-2020 01:14 PM
Tak mengapalah. Dpt juga beri penghormatan terakhir. Dah brapa kali dah sejak pkp ni ahli keluarga d ...

Tapi ini isteri.

dan mereka pun baru berkahwin terpisah demi negara.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..begini lah hidup kalau bukan menteri..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:36 PM | Show all posts
peluk sajalah dia dah jadi mayat pun.


bodo

utk kali terakhir xde siapa boleh letak syarat keatas kita


aku akan  lawan sampai tinggal  nama saja siapa yg halang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 02:36 PM | Show all posts
dajjei sungguh la....

dengan mayat isteri nak kena sop


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 20-9-2020 01:39 PM
Kesiannya arwah rindu kt suami..pergi pun suami tkde di sisi

Muda lagi dorang ada anak dh ke ye? Misi lubnan ni setahun kan gilir2 tiap tahun tukar orang,biasanya bulan 10 balik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 20-9-2020 02:36 PM
peluk sajalah dia dah jadi mayat pun.



Betul gak kata kamu ni, nak senang biar laki  dia yg peluk last sekali takyah la orang lain peluk lagi.
Atleast bagi ciuman kat dahi ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:42 PM | Show all posts
Suchi replied at 20-9-2020 02:41 PM
Betul gak kata kamu ni, nak senang biar laki  dia yg peluk last sekali takyah la orang lain peluk  ...

ye lah

nak tunggu kiamat lama lagi terpisah

dia ke alam barzakh ,yg suami masih ada didunia



sedih tau

dajjei kpd org yg halang dia peluk isteri dia utk kali terakhir.


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 20-9-2020 02:39 PM
Muda lagi dorang ada anak dh ke ye? Misi lubnan ni setahun kan gilir2 tiap tahun tukar orang,biasa ...

Tkde anak u..yg suami oku isteri meninggal tu adoiii sedih tgk..kalau i mati cane la rupe laki i eh??ke dia syok tkde org membebel dah hukhuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 20-9-2020 01:39 PM
Kesiannya arwah rindu kt suami..pergi pun suami tkde di sisi

Tp iols cam pelik plak yg dlm gambar tu gambar arwah isteri dia ngn sapa ye? Sebab dedua pakai mask, ikutkan suaminya kt lubnan sebelum ni.
Ke ngn adik badik dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissyMolly at 20-9-2020 02:56 PM
Suchi replied at 20-9-2020 02:44 PM
Tp iols cam pelik plak yg dlm gambar tu gambar arwah isteri dia ngn sapa ye? Sebab dedua pakai mas ...


Bkn tu mak arwah ke yg pgg hp?i assume tu pic depa laki bini la??arwah dgn bam ashkar??pardon me kot salah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah, moga arwah ditempatkan bersama org solihin. maknanya diorg baru kawin terus laki dia kene pg lubnan ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 03:23 PM | Show all posts
baca tajuk ingatkan bini yg Covid rupanya setakat SOP ja.

biaq pi lah kasi dia peluk one last time.

Bingai lughuih bendui memasing tak leh bincang!

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...
Bagi jelah dia peluk cium jenazah isteri dia buat kali terakhir. Isteri dia dah meninggal dah pon. Asalkan jangan dia peluk orang yang masih hidup sudahlah. Mesti dia terkilan nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian baru kahwin berpisah deminegara kemudian berpisah selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu yg sedih dan menyakitkan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.385071 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list