View: 2553|Reply: 14
|
[Tempatan]
Selamat Datang ke kota termiskin di Malaysia. Cuba teka di negeri mana bah!
[Copy link]
|
|
Mustapa (tengah) bersama-sama ahli panel pada Seminar Pendapatan Garisan Kemiskinan 2019 di Kota Kinabalu, hari ini. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Tongod, Pitas, Kota Marudu termiskin di Malaysia
Oleh Izwan Abdullah
bhnews@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
KOTA KINABALU: Tongod, Pitas dan Kota Marudu yang terletak di tengah dan utara Sabah dikenal pasti sebagai tiga daerah termiskin negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kedudukan itu berdasarkan hasil kajian kemiskinan tahun lalu yang mendapati ketiga-tiga daerah itu mencatat kadar kemiskinan tertinggi.
Beliau berkata, walaupun ada kelompok lain di Semenanjung seperti Orang Asli dengan kadar kemiskinan yang tinggi dengan purata 40 peratus, namun perangkaan bagi ketiga-tiga daerah itu lebih tinggi.
"Kadar kemiskinan di Tongod, Pitas dan Kota Marudu ialah kira-kira 50 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Seminar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di sini, hari ini.
Katanya, Sabah menduduki tempat teratas sebagai negeri paling miskin di negara ini dengan 19.57 peratus, berbanding 5.6 peratus kadar kemiskinan nasional.
Kelantan negeri kedua termiskin. Keluarga miskin dengan tiga anaknya di bangsal lebih di Gua Musang. - Foto NSTP/RAMLI IBRAHIM
"Selepas Sabah, negeri kedua tertinggi kadar kemiskinan ialah Kelantan dan diikuti Sarawak.
"Kadar itu akan digunakan bermula tahun depan sebagai panduan dalam melaksanakan program pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)," katanya.
Rumah usang dan bocor keluarga miskin di Kota Bharu, Kelantan. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Ketika ditanya sebab Sabah miskin sedangkan kaya dengan hasil minyak, Mustapa berkata, perkara itu dapat diselesaikan menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Katanya, penyelesaian juga perlu dibuat dengan PETRONAS bagi memastikan hasil yang diperolehi dapat diagihkan untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan di Sabah.
"Sabah bersama Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah sememangnya diberikan perhatian dalam usaha merapatkan jurang pembangunan dan pendapatan menerusi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama," katanya.
Mengenai sama ada kadar kemiskinan itu mungkin lebih tinggi berikutan COVID-19 tahun ini, beliau berkata, kerajaan sudah mengambil langkah beberapa inisiatif bagi mengurangkan kesan wabak kepada rakyat.
Katanya, pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan PN kepada rakyat termasuk untuk golongan peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mengurangkan kesan buruk COVID-19.
Sementara itu, Timbalan Pengarah I, Bahagian Pembangunan Ekuiti, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Herman Abdul Hamid, berkata selain Tongod, Pitas dan Kota Marudu, dua lagi daerah yang mencatat kadar kemiskinan tinggi di Sabah ialah Beluran dan Telupid.
Ketika membentangkan Dapatan Kajian PGK 2019, Herman berkata, Tongod mencatat 56.6 peratus kemiskinan, diikuti Pitas (53.6), Kota Marudu (46.2), Beluran (45) dan Telupid 40.7 peratus.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannnn..kemiskinan rakyat dijadikan modal untuk meraih sokongan setiap kali pilihanraya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika ditanya sebab Sabah miskin sedangkan kaya dengan hasil minyak, Mustapa berkata, perkara itu dapat diselesaikan menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Jawapan Tok Pa ka ni? Bukan dia ni antara yang cerdik ka...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pitas, Kota Marudu bukan ke kampung si Veveonah...
Rip... |
|
|
|
|
|
|
|
Biar miskin bandar, jgn miskin akhlak! |
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi saya suka kota Kinabalu. |
|
|
|
|
|
|
|
tu jelar modal
janji di capati canai tosey |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 21-9-2020 01:07 PM
Tiap2 kali nk prn mesti menteri2 bodoh be end ungkit pasal kemiskinan utk raih sokongan..masih ingat masa pru lepas ceramah najib kat sabah salahkan kjaan pas kelantan miskin,so rakyat sabah jgn undi pembangkang..dok kutuk2 kelantan padahal sabah yg berpuluh tahun bwh bn tu x kaya2 pun siap juara negeri termiskin lagi |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru balik dr sabah pastu aku terfikir kesian sgt dorang..
padahal negeri dorang kaya kot.. dorang ni mcm ditindas pun ada..
aku g tgk rumah bung mokhtar kat KK, mcm yistana yachhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya..miskin tetap miskin terussss
|
|
|
|
|
|
|
|
I rasa politician ni de lah nak berusaha nak men-kaya-kan rakyat pon.sebabnya, menjanjikan kekayaan tu lah modal yang depa akan recycle over & over |
|
|
|
|
|
|
|
YPM_Addora replied at 21-9-2020 02:14 PM
I rasa politician ni de lah nak berusaha nak men-kaya-kan rakyat pon.sebabnya, menjanjikan kekayaan ...
Sebab tu menteri buat2 terkejut dengan isu kemiskinan,walhal sebelum ni pun dia juga yg jadi kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
YPM_Addora replied at 21-9-2020 02:14 PM
I rasa politician ni de lah nak berusaha nak men-kaya-kan rakyat pon.sebabnya, menjanjikan kekayaan ...
Aku pun fikir sama. Politikus ni rasanya tak sampai 10% yang betul2 ikhlas nak bantu rakyat keluar dari kemiskinan. Diorg dan rakan rapat je nampak perubahan bila jadi adun/YB.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mountain and beach holidays in one city.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|