CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2495|Reply: 10

[Dunia] HK larang penerbangan dari KL selama 2 minggu selepas lima individu dari India y

[Copy link]
Post time 20-9-2020 04:06 PM | Show all posts |Read mode
HK larang penerbangan dari KL lepas penumpang positif Covid-19

https://www.malaysiakini.com/news/543331

Diterbitkan Hari ini 4:01 pm



Hong Kong mengeluarkan larangan terhadap penerbangan antara kota itu dengan Kuala Lumpur selama dua minggu, selepas lima individu dari India yang transit di Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19.

Menurut laporan South China Morning Post, lima individu itu menaiki penerbangan Air India Express ke Kuala Lumpur sebelum menaiki pesawat Cathay Dragon untuk ke Hong Kong pada Jumaat lalu.

Laporan itu memetik jurucakap Cathay Dragon yang berkata pihaknya dimaklumkan oleh pihak berkuasa kesihatan Hong Kong pada Sabtu lalu berhubung lima penumpang pesawat KA734 yang dijangkiti virus itu.

"Susulan arahan Jabatan Penerbahgan Awam, kami akan menggantung perkhidmatan penumpang antara Hong Kong dan Kuala Lumpur sehingga 3 Oktober," katanya.


Syarikat penerbangan itu turut berkata mereka sedang berusaha mengesan penumpang lain yang menjadi kontak rapat lima individu itu, selain melakukan pembersihan terhadap pesawat yang terlibat.

Penumpang yang terjejas akibat larangan tersebut akan menerima bayaran balik atau diberi perjalanan alternatif.

Menurut South China Morning Post, Air India turut dikenakan larangan sama pada Ogos lalu selepas beberapa penumpangnya didapati positif Covid-19 selepas tiba di Hong Kong.

"Langkah ini, sebulan selepas Air India dikenakan itndakan sama, telah menutup laluan utama buat ribuan warga India yang masih cuba untuk kembali ke Hong Kong selepas terkandas beberapa bulan di luar," menurut laporan itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 05:21 PM | Show all posts
Kenapa  kuala lumpur kena sekat? Penumpamg tu dr India and surelah dia bawa dr india. Kan  simtom keluar after 14 days.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 20-9-2020 05:21 PM
Kenapa  kuala lumpur kena sekat? Penumpamg tu dr India and surelah dia bawa dr india. Kan  simtom ke ...


Adakah sbb ini menunjukkan KLIA tak check dgn teliti penumpang transit sehingga terlepas ke destinasi seterusnya atau bagaimana? Siapa yg patut check penumpang transit ni? Tp kalau dah berapa hari sampai HK baru naik penyakit tu then takleh nak salahkan KL la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
India masih lepaskan rakyatnye keluo negara ke?? Gila lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 20-9-2020 05:21 PM
Kenapa  kuala lumpur kena sekat? Penumpamg tu dr India and surelah dia bawa dr india. Kan  simtom ke ...

Sebab KL jadi hub transit yg paling selamat selama covid ni.  Dgn jumlah positif yg masih rendah, membolehkan KL diterima utk terbang ke negara lain. Malaysia dah sekat org dr india dr masuk malaysia tp tidak menyekat utk transit ke negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm...bila la nak abes cobid ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 20-9-2020 05:29 PM
India masih lepaskan rakyatnye keluo negara ke?? Gila lahhh

iye sis, youtuber traveller favorite saya org India dari India dah selamat berbackpacking ke Eastern europe dah. Gila punya selfish!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
leluhur memang menyusahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 10:02 PM | Show all posts
ilacantik replied at 20-9-2020 06:08 PM
iye sis, youtuber traveller favorite saya org India dari India dah selamat berbackpacking ke Easte ...

aiyoooo... lps pulak tu... biasanya negara2 yg byk kes covid ni mmg tak kisah terima pelancong keluar masuk negara diorang...

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia kenapa tak sekat terus tak kira lah transit ke apa ke

Apa laaaa
Rakyat sendiri disekat2
Tapi dok biar warga asing bebas merata
Ntah apa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh kata hari tu xnak terima masuk rakyat dari kes tggi covid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062469 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list