CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10507|Reply: 68

[Tempatan] Pengarah drama dakwa disantau

  [Copy link]
Post time 20-9-2020 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah drama dakwa disantau

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... rama-dakwa-disantau

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 3:57 PM

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my


Pengarah drama yang hanya ingin dikenali sebagai C, bersyukur dirinya semakin pulih selepas menerima rawatan akibat terkena santau angin sejak empat bulan lalu.  

Kuala Lumpur: Pengarah drama yang hanya ingin dikenali sebagai C, bersyukur dirinya semakin pulih selepas menerima rawatan akibat terkena santau angin sejak empat bulan lalu.

C yang aktif mengarah drama termasuk sebuah siri yang akan disiarkan di satu stesen TV berkata, badannya semakin pulih, manakala kulit mukanya kembali normal selepas mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam dan tradisional baru-baru ini.

"Saya memang tak sangka kena santau angin daripada pihak yang tak dikenali. Saya ingatkan tompok putih seperti terbakar di muka kerana kesan panau atau kerana salah guna ubat.

"Saya ambil keputusan berjumpa pakar dermatologi untuk dapatkan nasihat serta buat rawatan wajah tapi hasilnya tak berjaya juga.

"Doktor melihat ada sesuatu yang tak kena dan akhirnya mencadangkan saya berjumpa dengan pengamal perubatan Islam bagi merujuk lanjut masalah ini," katanya.

Ketika menjalani penggambaran di Kuantan, C mengambil kesempatan berjumpa ustazah dikenali sebagai kak Ina bagi mendapatkan rawatan dan terkejut dengan cerita yang didengarinya.

"Belum duduk untuk rawatan lagi, kak Ina dah beritahu saya kena sihir iaitu santau angin, membuatkan saya tergamam sekejap apabila mendengarnya.

"Saya sendiri rasa ada sesuatu yang lain kerana sudah enam bulan alat kelamin saya gagal berfungsi dengan sempurna. Itulah sebabnya saya terdetik untuk berubat secara Islam.

"Kerja jahat ini dilakukan oleh bomoh dari negara seberang bertujuan merosakkan semua yang ada pada saya," katanya.

Selain kak Ina, C turut berjumpa seorang lagi pengamal perubatan Islam dikenali sebagai Abang Ijol di Johor dan dimaklumkan perkara yang sama.

"Saya dikejutkan pula dengan kata-kata abang Ijol yang gambar saya digantung di atas bara api agar saya rasa sesak nafas. Ini juga punca kenapa wajah saya seakan terbakar.

"Ada kemungkinan gambar saya jatuh ke dalam bara api dan buatkan wajah saya jadi seperti ini," katanya yang masih menjalani rawatan susulan.

Ditanya jika ada sesiapa yang disyaki melakukan perkara ini, C berkata, perkara ini sukar dipastikan kerana identiti individu itu gagal dilihat secara jelas oleh abang Ijol.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Urang yang boleh kena santau ni memang biasanya hada buat jahat/sakitkan hati urang tanpa disedari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-9-2020 04:33 PM
Urang yang boleh kena santau ni memang biasanya hada buat jahat/sakitkan hati urang tanpa disedari.

Tak jugak...

Kekdg ada yg dengki dgn dia....Rasulullah tak pernah sakitkn hati org,tapi kena santau kann  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-9-2020 04:33 PM
Urang yang boleh kena santau ni memang biasanya hada buat jahat/sakitkan hati urang tanpa disedari.

Kalau dia tak reti bersaing secara sihat pun orangnya jenis cenderung menyantau
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-9-2020 04:33 PM
Urang yang boleh kena santau ni memang biasanya hada buat jahat/sakitkan hati urang tanpa disedari.

Tak sakitkan hati urang pun boleh kena sis kalau ada urang dengki..
Mintak simpang nokss
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-9-2020 04:33 PM
Urang yang boleh kena santau ni memang biasanya hada buat jahat/sakitkan hati urang tanpa disedari.

Ada kes yg lepas ibu santau.. Iols pernah kena.. Tapi sipi2 saja...sebab org yg menyantau tu lepas ibu santau.. Kebetulan iols lalu..kena la.. Mujur x teruknsangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak Mentua aku yg baik mcm keramat hidup tu pon penah kna santau. Dgn jiran tepi umah lg. Alasannya ank2 mertua aku suma menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebut je lh sape orgnya, C haper

Klu yg tolak lmrn 20 juta tu harus dicanangnya 1 msia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa plak C ni? C-la Rusly ke? C-ma? C-lalat? C-fa Melvin? C-da Dangdut? C-t Nordiana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-9-2020 04:33 PM
Urang yang boleh kena santau ni memang biasanya hada buat jahat/sakitkan hati urang tanpa disedari.

ayah aku kena sbb org dengki
sihir klu blh nak ayah aku smpi meninggal
Alhamdulillah sembuh walaupun masa mula2 kena teruk jugak
dekat setahun lebih xboleh keje xboleh nak buat apa2 badan lemah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 10:15 PM | Show all posts
elok lawan je la balik santau sesama sendiri...
kalau iols, iols santau penyantau tu sampai mampos sama2...
orang pun nak hidup aman nokkkk larat ke nak hidup biar orang yang santau tu hidup aman2 jah satu masalah pun tak selesai
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-9-2020 10:15 PM
elok lawan je la balik santau sesama sendiri...
kalau iols, iols santau penyantau tu sampai mampos ...


Bukan kah lg teruk klu berlawan santau....santau ni dr gol iblis...so mohon lah byk2 perlindungan dari Tuhan....mudah2an kita semua selamat dr angkara jahat orang...kn baca bismillah 5 byk2 tiap2 hari
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Santau ni kadang bukan di tuju dan kadang memang dituju.. Kalau tidak di tuju tu kesian sangat pada org yg terkena tu.. Kalau di tuju tu lagi la..

Apa2 pon moga kita dihindari dari orang2 yang menyimoan dendam dan sanggup menggunakan jln syirik ini
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 11:09 PM | Show all posts
kadang2 tak kacau sesapa pun.

contoh kau berniaga kat tapak gerai sewa dgn majlis.

orang lain nak berniaga situ juga, tapi kena queue panjang.

so, nak bagi cepat jalan, santau peniaga tu sampai bankrup, tunggang terbalik atau mampus.


ni contoh simple dari kisah benar.

banyak lagi sebab dek hati manusia yg hitam ni.

sepanjang puluh tahun aku berniaga.. melayu, cina dgn siam ni sama je main sihir.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 11:13 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 20-9-2020 10:15 PM
elok lawan je la balik santau sesama sendiri...
kalau iols, iols santau penyantau tu sampai mampos ...

takde makna setan nak lawan geng sendiri.

setan licik.

memang setan lagi suka kalau dua2 penyantau dan mangsa saling balas membalas.

setan minta la syarat pelik2, pengeras lagi banyak la..

sembah jin berhala la.. janji dua2 ni buat benda syirik, dosa tidak terampun tu.. settled.

setan cuci tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pak sedara aku..
family syak dia kna santau..
4 tahun menderita sakit misteri. berubat sana sini. kurus kering. Akhirnya meninggal dunia.
Dia sakit tu, mcm org putus asa. lost. taknak jumpa org.

Dia ni segak orgnya. kerja pun stabil. Bujang lagi. Banyak kali jodoh tak kesampaian. ada je halangan.

Sampai ke sudah kami tatau apa sakitnya. AlFatihah. Kalau betul la santau.. jahatnya la manusia tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Alat kelamin dia sudah berfungsi?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-9-2020 04:33 PM
Urang yang boleh kena santau ni memang biasanya hada buat jahat/sakitkan hati urang tanpa disedari.

Klau alat klaminnya gagal brfungsi adakah mknanya org yg sakit hati sbb heol buaya mgkin?? Mgkin prempuan yg skit hati diprmainkn atau llaki yg marah sbb heol mmbuatkn gf/istri org jd curg? Skdr tekaan utk mmeriahkn tred
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat rawatan tradisional lepas dapatkan dapatkan rawatan moden. Kalau macam ini I setuju la...

Ex schoolmate i, tak payah pergi jumpa doktor O&G pun, terus jumpa bomoh entah mana dok riuh bagi tau semua orang dia kena sihir orang dengki dia... takde makna la nak dengki dia bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik i kena santau dengan org tak dikenali masa berhenti makan, balik dari pantai timur lalu tasik ape tu. Org tu elok dok usha dia time makan, sebab tak kenal dia pun buat tak tau jer lah. Sakit dalam perut mencucuk2. Pegi lah berubat dekat pedalaman kedah. Keluarkan paku kilat2 lagi. Kalau lama dalam perut paku2 tu akan berkarat. Hati2 siapa2 berhenti makan dekat tasik tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.076005 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list