CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27995|Reply: 155

Berpisah Dengan Anak, Ashira Tak Ada 'Income' Sampai Dihalau Keluar Dari Rumah S

  [Copy link]
Post time 23-9-2020 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Ashira mendedahkan hilang punca pendapatan hingga dihalau keluar dari rumah sewanya sehari selepas mendapat berita layak menyertai Gegar Vaganza 7 (GV7).


Kongsi Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, kepada Gempak, buat masa ini dia menumpang di rumah kakaknya selepas enam bulan gagal membayar sewa sebanyak RM1,200 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.




Kredit foto: IG Hlive/mStar



‬"Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan hilang punca pendapatan. Sebelum ini, saya menyanyi di sebuah kelab malam tapi sekarang kan tak dibenarkan buka sebab itu saya tak ada income.

"Saya ada cuba pelbagai cara untuk survive dengan menjual laksa dan tolong kawan berniaga secara online tapi nampak gayanya semua tak menjadi dan saya cuba benda lain juga... buat live di Bigo," dedahnya.


Kata penyanyi lagu Di Ombak Resah itu, walaupun cukup membayar bil elektrik dan air, tetapi wang yang ada tidak mencukupi untuk menjelaskan sewa rumah.

"Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam RM100 macam itu," katanya yang diminta memulangkan kunci semalam.


Lebih menyedihkan, Ashira yang tinggal berdua bersama anak lelakinya, Megat Shazril Haziq Hadi, 14, selepas bercerai lima tahun lalu terpaksa berpisah dengan anaknya itu yang tinggal di rumah kakaknya seorang lagi membuat dia rasa lemah semangat dan hilang keyakinan.




  


"Nak kata kemurungan, saya tak tahu la tapi ada ketika saya akan tiba-tiba menangis dan terfikir apa kesalahan besar yang saya lakukan sampai diduga sebegini.

"Satu persatu saya ujian menimpa saya. Cikgu sekolah Shazril pula beritahu sejak akhir-akhir ini anak saya nampak seperti tertekan. Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia pendam," ujarnya yang bimbang anak tertekan dengan situasi dihadapi mereka. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi rambut tetap bercolour ye dalam takde duit pun. Kerlasssss
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu dgr lagu tu, tau juga..
Ni rupa orgnya ye..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:37 AM | Show all posts
bila nak gv je mesti ramai retis keluar dengan kisah sedih masing-masing..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:37 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan..

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ashira ni dulu antara retis2 pompuan klon siti nurhaliza.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimurahkan rezeki lepas ni..hidup begitulah. Kdg diatas dijulang2 bagai tiada makhluk lain lagi yang lebih hebat. Bila dibawah habis kena sepak dihalau terduduk. Peringat buat kita dan retis2 mcm mira filzah. Hik2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
X knal wpon dia lg muda dr aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah tahu pun kewujudan penyanyi bernama ashira dalam industri muzik tanah air. Anyway good luck la..mungkin ada rezeki dlm gv since sheol biasa nyanyi live di night club
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai lg yg hidup susah lepas pkp ni... yg gulung tikar.. yg kena brenti kerja.. semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape ni tak pernah dgr pun lagu apa yg top?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:52 AM | Show all posts
Sedihnya...

Jgn risau, jalan kebahagiaan ada di depan, masanya akan tiba, Allah akan tolong ibu tunggal yg mencari rezeki utk anak, yg penting solat jgnlah lepa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:55 AM | Show all posts
miszclassique replied at 23-9-2020 11:30 AM
Tapi rambut tetap bercolour ye dalam takde duit pun. Kerlasssss

beli kalaer rambut kat kedai Aceh rm2.50 je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:56 AM | Show all posts
puas nak cuba mengingati dan mengenali beliau
tetap takleh recall siapa.. ampunnnn

apapun moga sakses dan selepas ni show kembali meriah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 12:03 PM | Show all posts
Semoga peluang diberi diusakan sebaik mungkin. Kalau calon jadi juara gv macam mustahil pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen: Sapooooooooo

Orang tak layan astrok tak kenal ler.termasuk la aku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 12:05 PM | Show all posts
Ni ashira yg dlu2 kurus2 tu ke? Ke Ashira lain ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 12:06 PM | Show all posts
drama nak dekat2 GV
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 12:08 PM | Show all posts
Iols tak kenal Ashira. Tapi semoga dipermudahkan semuanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064589 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list