CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5552|Reply: 43

[Tempatan] Bubar Parlimen jalan terbaik. Yang melompat tetiba sokong PH tentu kecewa hehehh

[Copy link]
Post time 23-9-2020 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Bubar saja Parlimen - Tajuddin
HM Digital
3-4 minutes

Kuala Lumpur: Bubar Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman, lapor Malaysiakini.

Tajuddin berkata, ia langkah terbaik daripada membiarkan perbuatan melompat parti yang mengakibatkan keadaan negara huru-hara.

"(Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin ada pilihan, dia boleh bubarkan Dewan Rakyat dan pilihan yang terbaik adakan PRU (Pilihan Raya Umum), biar rakyat tentukan siapa dapat mandat.

"Lompat melompat parti dah jadi macam kartun, dah jadi politik cacamarba. Bubar saja Parlimen bagi pada rakyat biar rakyat tentukan.

"Yang melompat (parti) tentu ada ganjaran, wakil rakyat boleh dijual beli dengan duit dan pangkat apa jenis politik kita ini, kita nak wakil rakyat yang bekerja, berwibawa dan berintergriti," katanya kepada Malaysiakini.

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan politik semasa hari ini yang menyaksikan Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan.

Anwar memaklumkan perkara itu dalam sidang media berkenaan di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pada sidang media itu, Anwar mendakwa dia memiliki sokongan majoriti kukuh dan meyakinkan namun enggan mendedahkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, lebih wajar jika dia menyerahkan jumlah sokongan wakil rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

"Jumlahnya (sokongan) kukuh dan meyakinkan, jauh daripada majoriti kecil, bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti," kata Anwar.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, Anwar boleh membuktikan yang beliau mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan di Dewan Rakyat.

Katanya, Ketua Pembangkang itu perlu membuktikan yang beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

"Kalau dalam Parlimen ada perubahan dan dapat sokongan majoriti baru boleh iktiraf sebagai alasan jatuh kerajaan (yang ada kini).

"Kalau ada nombor buktikan dalam Parlimen, tak boleh gegar cakap ada nombor. Jadi, dia tak boleh kata (kerajaan PN) jatuh," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno for sure nothing to lose, kalau bubar parlimen dorg ada upperhand....

Tp kedudukan Abah Mahiaddin dan parti abah tu yg bak telur dihujung tanduk....

Jgn igt PeeEsh/PeeKayAr saja yg takut pembubaran parlimen, Abah Mahiaddin pun takut gak  sbb tu scheme of thing terpaksa dijalankan

Kalau x dah sedari awal lagi dia bubar utk dptkan mandat yg lebih selesa....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:23 PM | Show all posts
axl_bach replied at 23-9-2020 09:17 PM
Umno for sure nothing to lose, kalau bubar parlimen dorg ada upperhand....

Tp kedudukan Abah Mahi ...

yes...
i got the same opion...

yg umno ni tunggu nk masuk daun je... tambah2 yg kuat sembang tu...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong bubar parlimen.. Aku nak tengok org yg dok kata Wak Jidin lemah tu terdiam.. kalau dia boleh putaq Tun M.. Makna kata dia ada kemampuan yg sama utk putaq yg lain.

Politik adalah peperangan.. Dalam peperangan bukan sapa yg kuat akan menang.. Tapi sapa yg bijak dan licik dlm berperang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
covid19 tgh mencanak balik nak pru15. kalau hari tu ok masa tgh terkawal. buat sistem undian guna app je boleh tak scan qrcode calon yg kita nak undi, qrcode tu sertakan dlm satu website pru15, pengundi kalau saje2 gi scan undi calon kawasan lain akan automatik jd invalid sbb maklumat alamat mengundi di tempat lain. seram lah pikir beratur ramai tggu turn nak mengundi, dah la sskjp ni dari serata malaysia balik,  confirm ada wakil bawak balik 'buah tangan'. sebok nak ngundi kat kg pastu kitorang la kena hadap lobai incompetent berpuluh taon, yg meningkatnye taraf hidup yb dan jumlah bini masing2 jah, rakyat tang tu je la
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubar je la. Pandai2 la ikut sop untuk mengundi. Singapore boleh buat dan berjaya. Kita cuba ikut sop mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 23-9-2020 10:04 PM

Koser lah wey ...nk mengundi musim covid ni. Karier politik korang i ols nk kne gadai nyawa bersesak..berator kt sekolah seawal 7 pgi pulok? Esok loncat lagi...  Lupakan!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:08 PM | Show all posts
Amacam kalo YDPA tak mau bubar parlimen?

Kena ingat , Wak Yiddin dah tipu YDPA kononnya dia cukup nombor untuk bentuk kerajaan

Lepas tu dia buat diam & sogok/rasuah MP2 tersebut dengan jawatan

Lepas tu barulah dia berani nak buat sidang parlimen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
pertukaran gomen di sini..
bulan sept pn,
bulan oct ph,
bulan nov pn,
bulan dec ph..
ulang sampai ajm
semua berebut nk jadi peyem
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 23-9-2020 09:23 PM
yes...
i got the same opion...


Let say Bangnon mmg ada numbers mcm yg dia gebang, dan dia berjaya convince YDPA.... Next move adalah YDPA akan jumpa Abah Mahiaddin....now game adalah kat tangan Abah Mahiaddin, samada

1. Abah Mahiaddin nasihatkan YDPA utk bubar parlimen, atau

2. Abah Mahiaddin minta dewan utk tunjuk sokongan

Kat sini aku nmpk Abah Mahiaddin bleh take risk utk minta bu ar parlimen, dan pihak yg paling seronok pasti Muafakat Nasional dan bukan PN.....Pee Esh pada aku gone case dah for now.....Bersatu pun kat ujung tanduk jer nmpk gaya, Abah Mahiaddin mungkin bleh retain seat Pagoh tp sbg PM, x nmpk jalan.....

Or Abah Mahiaddin bleh play along game Bangnon, umum letak jawatan segara terhormat, yg pada aku pasti akan gain respect dari rakyat even more....then imej Bangnon pasti merosot sbb dianggap gila berpolitik masa covid tgh mrncanak, dan tugas berat Bangnon utk deliver andai dpt jadi PM berbaki kurang dari 2 tahun....

Either case, pada aku side yg akan rugi tetap Bangnon dan Pee Esh......
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 23-9-2020 10:08 PM
Amacam kalo YDPA tak mau bubar parlimen?

Kena ingat , Wak Yiddin dah tipu YDPA kononnya dia cukup ...

muhyiddin tipu YDPA??
kan YDPA buat sessi interview secara 1to1 dgn ahli2 parlimen sebelum baginda buat keputusan??
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 23-9-2020 10:08 PM
Amacam kalo YDPA tak mau bubar parlimen?

Kena ingat , Wak Yiddin dah tipu YDPA kononnya dia cukup ...

Tu lah aku nmpk, Bangnon yakin yg YDPA pasti x bersedia nk bubar parlimen tgh2 covid ni, sbb tu dia pulas throttle kuat2
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bubar jer... Agong pun malas nak layan Anwar sampai kena masuk IJN. Ikut jer Sop. Lagipun yg positive corvid tak dibenarkan keluar mengundi kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 04:12 AM | Show all posts
tajudin ni bodo.

tgh2 covid-19 ni x pyh lah nk cadangkan benda2 yg bahayakan rakyat.

tajudin bodo tu nk survive politik dia dan kwn2 shj.

seb baek pm tsmy tak bodo mcm tajudin bodo.

stupid punya tajudin.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:26 AM | Show all posts
Equalizer replied at 24-9-2020 01:04 AM
muhyiddin tipu YDPA??
kan YDPA buat sessi interview secara 1to1 dgn ahli2 parlimen sebelum bagind ...

Laaaa ... hang tak baca berita ke?

Lepas sessi interview pertama , tak ada clear winner tapi block PH yang paling tinggi support

Round 2 , tetiba Wak Yiddin klaim dia ada majority termasuk geng Tun M kat Bersatu

Malam tersebut kan PH umum ada 114 SD tapi dah terlambat

Wak Yiddin tak berani buat sidang parlimen bulan Mac tapi dok sogok / rasuah MP dengan jawatan

Sekarang everyone caught by surprise ... tak ada sapa tau benda ni akan terjadik

YDPA nak jugak layan DSAI
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:29 AM | Show all posts
axl_bach replied at 24-9-2020 01:05 AM
Tu lah aku nmpk, Bangnon yakin yg YDPA pasti x bersedia nk bubar parlimen tgh2 covid ni, sbb tu di ...

The most telling kat sini adalah DSAI patut & dah ada kebenaran jumpa YDPA malam rabu (tuesday night)

Tapi baginda gering & DSAI buat pengumuman semalam

Tak ada sapa tau hal ni

Kalo YDPA berkenan jumpa DSAI , something must be there lah

Kita sama2 tunggu aje lah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 08:33 AM | Show all posts
Kalau bubar parlimen.. Satgi depa dok sembang blackout bagi yang kalah.
Pastu dok ke sana ke sina i have number. Belum lagi katak dok lompat sana sini.
Demi jaga perut boncit masing-masing. Kena buat something supaya xda yang berani
main lompat sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:34 AM | Show all posts
Kalau bubar parlimen.. Satgi depa dok sembang blackout bagi yang kalah.
Pastu dok ke sana ke sina i have number. Belum lagi katak dok lompat sana sini.
Demi jaga perut boncit masing-masing. Kena buat something supaya xda yang berani
main lompat sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:52 AM | Show all posts
kowser lah, mengundi balik pun ujong2 pstu byak katak yg menang melompat tukar piyem lagi. serupa x payah mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 09:42 AM | Show all posts
kepala but__ la politaik msia ni...penyamun semuanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 1.020391 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list