CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14199|Reply: 126

[Tempatan] Sekiranya anwar ingin menjadi pm, ini yang dilakukannya tanpa perlu menghadap Ag

  [Copy link]
Post time 24-9-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 25-9-2020 07:24 PM

SHAH ALAM – Hanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang layak menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan kedudukan semasa beliau sama ada masih mempunyai kepercayaan majoriti atau sebaliknya di Parlimen.

Sehubungan itu, tindakan Presiden Parti Keadilan Rkyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan sokongan majoriti seperti didakwa diperoleh beliau telah mengelirukan orang ramai mengenai peranan Seri Paduka Baginda.

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, Seri Paduka tidak berperanan dalam menentukan siapa yang memiliki atau hilang kepercayaan majoriti dalam keadaan tiada kekosongan jawatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menentukan siapa ahli Parlimen yang mempunyai kepercayaan majoriti dalam dewan.

“Kenyataan Anwar tentang perkenan Yang di-Pertuan Agong mengenai kehilangan majoriti atau jatuhnya kerajaan telah mengelirukan orang ramai dalam konteks peranan Agong berkaitan kehilangan kepercayaan majoriti ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri. Orang ramai jangan keliru kerana Anwar bukan Perdana Menteri malah menteri pun bukan

“Kalau dulu, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri, sebab itu Agong perkenan untuk Tun Mahathir menghadap Seri Paduka. Kalau tidak, semua orang boleh cakap dia ada majoriti dan mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Anwar perlu menggunakan saluran demokrasi iaitu Dewan Rkyat melalui usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin bagi membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu telah hilang kepercayaan majoriti.

Mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, katanya, jika Perdna Mnteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rkyat, maka Perdna mnteri hendaklah meletak jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya, Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, katanya, ahli Parlimen yang didakwa menyokong Anwar boleh tampil beramai-ramai bagi menyatakan pendirian agar Muhyiddin mengakui bahawa dirinya telah hilang kepercayaan majoriti.

“Kalau Muhyiddin datang kepada Agong serta menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda bahawa beliau telah hilang kepercayaan majoriti, barulah kuasa dan peranan Seri Paduka bermula untuk menentukan siapa yang ada majoriti.

“Kalau ada akaun bersumpah (SD) pun tidak boleh bawa kepada Seri Paduka kerana jawatan Perdana Menteri itu tidak kosong.

“Maknanya Anwar tidak perlu persembahkan kepada Agong. Apa yang perlu Anwar buat, beritahu kepada Muhyiddin tentang keadaan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan barulah Muhyiddin boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk letak jawatan atau meminta untuk dibubarkan dewan,” katanya.

Sumber:sinar harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 12:23 PM | Show all posts
terkulat2 lagi bangnon
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Anwar ibrahim hamjad ni lupa kot.. Kita ramai pakar perlembagaan.. Lain la dia pandai putaq alam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi tergelak aku tgk gambar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh okeh .. somehting wak Kasi Pon baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:37 PM | Show all posts
Kesian.. desperado...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2020 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:45 PM | Show all posts
Ya Allah selamatkan Malaysia ku...Aamin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Prof kankung ka..ai percaya je si abahcow ni sbenarnya dah takde majoriti  pon..so resign je la ! Ko buat dkt atok bole plak smpai menceceh org tua tu tpksa resign! Pakiuu abahcow xde telor nk resign
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat sggh la troll netizen nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
acik79 replied at 24-9-2020 12:36 PM
Adoi tergelak aku tgk gambar...

Sian plk aku tengok bang non...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:57 PM | Show all posts
adoii pic tu lawakkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo tu beza situasi anwar dgn muhyidin.. ada kekosongan jawatan atau x..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
betul la penjelasan Prof Shamrahayu

buat la usul tak caya kt tsmy dlm parlimen...

sapa la punahsihat bang non ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:18 PM | Show all posts
Hanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang layak menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan kedudukan semasa beliau sama ada masih mempunyai kepercayaan majoriti atau sebaliknya di Parlimen.




Hanya PM layak menghadap Agong? kahkahkah ayat pertama dah auta.... Agong yg layak utk decide siapa yg dia nak utk menghadap dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah kata Auta Ketum tak sampai kemana.
padan lah pak yiddin tenang je.
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila tak memihak pada Ph dan2 cop profesor kangkung.. Lawak betul.. Yg mengata prof tu belum tentu ada Master tapi bab perlekeh org lain cukup handal.

Kat malaysia ni.. Mana2 profesional yg tak sokong PH akan dianggap PPRT & B40....korang apa tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bang non ooo bang non.. Sudah2 la tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:32 PM | Show all posts
dia ni dgn ezam kotak sama je script...
sorang ada numbers... sorang ada kotak
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 01:34 PM | Show all posts
Ape no tu..bg la tau..mana tau ada luck hari ni..kdai sukan tgh kosong tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.191215 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list