Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
7500
View
148
Reply

Drama 7 Hari Mencintaiku... akan tayang musim ke-3 tahun depan

[Copy link]

Author: ashrafaiman8236       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-9-2020 02:42 PM | Show all posts |Read mode
drama tv3 7 Hari Mencintaiku lakonan Shukri Yahya & Siti Saleha mmg viral masa tayang musim 1 & 2.... tp ingatkan dah habis, rupanya nak tayang plak musim ke-3....

Dapat Sambutan Hangat, 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Menemui Penonton Tahun Hadapan

Drama Akasia: 7 Hari Mencintaiku 2 telahpun menamatkan sirinya setelah bersiaran selama 33 episod bermula 2 Julai hingga 17 Ogos lalu.

Kisah percintaan Mia Adriana dan Khuzairi semakin menjadi-jadi, sehingga berjaya menyatukan 12 Juta penonton sepanjang 33 episod menurut sumber Nielsen 2020, manakala episod akhir drama karya novelis Siti Rosmizah ini juga berjaya meraih 5 Juta tontonan di TV3.


Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan para penonton dari 7 Hari Mencintaiku pertama sehingga sekarang dan mengambil sokongan ini sebagai satu permintaan daripada peminat.


Kami amat bertuah dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Puan Siti Rosmizah dan karya beliau yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Garapan mantap penulis Puan Siti Rosmizah membuatkan penonton tidak senang duduk, apatah lagi dengan plot twist di luar jangkaan.


Sukacita ingin kami maklumkan, pihak TV3 akan menandatangani usahasama bersama SR One Sdn Bhd selama dua tahun, di mana pihak TV3 mendapat hak eksklusif adaptasi novel-novel Siti Rosmizah dan juga beberapa novel terbitan di bawah SR One Sdn Bhd. Semestinya peminat novel Siti Rozmizah amat teruja dengan berita ini apabila novel-novel kegemararan mereka bakal diapatasi di TV3, jelas beliau.


Sementara itu, Puan Siti Rosmizah menyatakan, kejayaan dua karyanya sudah dijangka kerana melihat pada jualan novel berkenaan yang begitu laris dan secara dasarnya peminat-peminat novelnya itu telah pun sedia ada.


Saya berterima kasih pada pihak TV3 yang memberi kepercayaan pada syarikat produksi saya SR One Sdn Bhd untuk menerbitkan drama ini. Saya juga bersyukur atas sokongan para penonton dan peminat novel kerana kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa mereka.


InsyaAllah, atas permintaan ramai peminat-peminat drama ini, d7 Hari Mencintaiku 3 bakal menyusul tahun hadapan. Mudah-mudahan saya terus sihat untuk terus berkarya. 7 Hari Mencintaiku 3 adalah hadiah teristimewa dari saya dan pihak TV3 buat anda semua, ujarnya.


Sepanjang disiarkan sebanyak dua musim, drama berkenaan juga didapati tular di media sosial setiap kali ia bersiaran. Terutamanya mengenai watak kebaikan Khuzairi (Shukri Yahya) sebagai seorang suami, dan kebencian netizen terhadap watak Nurul Ain (Wafariena Roslan) dan Mak Leha (Liza Abdullah).


7 Hari Mencintaiku 2 ini turut dibintangi oleh Siti Saleha, Wan Sharmila, Jaja Ilyes, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifly, Bil Azali, Jasmin Hamid dan Kazar Saisi.


Sekali lagi dapatkah rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana berkekalan kali ini dengan dua cahaya mata mereka? Adakah Mak Leha benar-benar dapat menerima Mia Adriana sebagai keluarganya, sepenuh hati? Jawapan persoalan-persoalan tersebut terpulang kepada penonton 7 Hari Mencintaiku 2 dan karyawan Puan Siti Rosmizah. C KopiPlanet.com




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 24-9-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
please move on..repeat cycle tu ja..kawen,mertua xsuka, gduh acah2 cerai..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 02:47 PM | Show all posts
for me dah2 la kot.. ni bkn level2 netflix series ke hape smpi nak berseason2 bagai.. ujung2 jln citer tang gitu jgk.. yiihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sejenis tamak
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
alahaii.. gigih sgt ye nak mendonia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Haishhhh  sudah2 la duk sambung...mesti jd merepek2 jln cerita...
Aku saspek mesti byk adegan nk ajak romen2 mcm jebat ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wehh muak dah kottt.. puhliss la cri idea2 lian fresh utk slot ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
one_aiman replied at 24-9-2020 02:51 PM
sejenis tamak

Memang tamak. Drama lain ada je tv3 letak di youtube untuk tengok balik, drama ni takde. No money, no honey kot untuk acik kepam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
season 2 pun dah cukup draggy. ulang2 balik. lepasni maybe season 3 anak dorang alisa dah besar kot pastu kahwin. ulang balik macam mia buat dulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasan much acik ni
Ingat orang hadap sangat drama dia
Tengok pun sbb terpaksa sambil tunggu azan maghrib
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih suka novel arwah kak melur jelita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama sampah.. byk sangat konfliks dari awal episod sampai laa akhir episod.... macam 10 jalan cerita dalam 1 drama.. cacamarba jadinyeee..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah-udah ler. Tak yah la buat season 3. Season 2 pon dah stress tengok
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai terguling mak leha hr tu, x Kan x leh terima lg kot menantu tu... Cuba la tukaq plot lain sikit, Mia kena cancer kew... Ada x nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon diselitkan watak abam rahim sbgai lobai pis dlm cite tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-9-2020 07:05 AM
Aku lebih suka novel arwah kak melur jelita.

Samalah. Sedihnya novel last melur jelita mikayla tu tk dpt nk tahu kesudahan macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:37 PM | Show all posts
i tak faham napa citer ni jd syok sgt..season 1 n season 2 sama je jln ceritanya...tmbh plot watak je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 24-9-2020 02:57 PM
Memang tamak. Drama lain ada je tv3 letak di youtube untuk tengok balik, drama ni takde. No money, ...

Drama ni iqiyi dah beli utk apps dorg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
eira2310 replied at 24-9-2020 03:37 PM
i tak faham napa citer ni jd syok sgt..season 1 n season 2 sama je jln ceritanya...tmbh plot watak j ...

Maybe sbb drama ni xde sebut project juta-juta kot

Dan walaupon plot2 ulang2, tp pelakon dorg tak kayu kayan kecuali wafariena tu. Nampak real dorg berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 03:55 PM | Show all posts
tak payah kot nak musim ke 3 bagai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list