CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ashrafaiman8236

Drama 7 Hari Mencintaiku... akan tayang musim ke-3 tahun depan

  [Copy link]
Post time 29-9-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawar91 replied at 29-9-2020 11:31 AM
Bukan da reveal ke spe pelakonnya? Syukri Yahya Ngan Uqasha Senrose leading

Mcm x sync je SY ngn ciri2 Aizril tu.. huhu.. dari Tweety baik ambil Nely...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mawar91 at 29-9-2020 02:15 PM
fadz84 replied at 29-9-2020 12:41 PM
Mcm x sync je SY ngn ciri2 Aizril tu.. huhu.. dari Tweety baik ambil Nely...


Alamak salah novel la chouls .yg Syukri Ngan Uqasha tu rindu awak separuh mati..drama Astro thun depan..silap2..haha..ampun
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawar91 replied at 29-9-2020 02:08 PM
Alamak salah novel la chouls .yg Syukri Ngan Uqasha tu rindu awak separuh mati..drama Astro thun ...

Oo novel SR ni jgk ye.. dpt ke Astro plk drama tu.. Kalau novel Jangan Menangis Cinta tu jadikan adaptasi drama ok jgk kot..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan best kalau ada produser drama adaptasi novel arwah Liana Afiera Malik - Bukan Puteri Lindungan Bulan. Popular jgk novel tu awal tahun 2000an dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 29-9-2020 05:49 PM
Kan best kalau ada produser drama adaptasi novel arwah Liana Afiera Malik - Bukan Puteri Lindungan B ...

Tebal gila kn novel tu..
Jln cerita pun menghambat emosi.tp i lupa dah camne ceritanya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:29 PM | Show all posts
Naratif berhujah Siti Rosmizah, sisi peguam novelis 7 Hari Mencintaiku

TUJUH tahun lalu wanita itu pengsan pada hari pelancaran novelnya, Curi-Curi Cinta. Pemergian ibunya yang dijemput Ilahi ke alam barzakh sebulan sebelum hari pelancaran novel itu membuatkan dirinya tersadung ke alam kesedihan.

Bagai layang-layang putus tali, selama ini ibulah tempat Siti Rosmizah Semail menumpahkan kasih seorang anak setelah bapa meninggal dunia sejak 2001. Siti Rosmizah mengakui ibulah sahabatnya paling akrab dan peminat setia pertama yang akan membaca setiap penulisannya.

Hiba mengenangkan novel itu sendiri direalisasikan atas hasrat ibunya supaya dia menukilkan kisah anak derhaka sebagai iktibar buat masyarakat, Siti Rosmizah yang juga seorang peguam pilu ibunya, Faridah Mohd. Yunus tidak sempat menyaksikan hasrat itu tertunai.

“Ibu meninggal dunia pada bulan Mac 2013 sedangkan pelancaran novel saya sebulan selepas itu. Ibu pergi dengan tiba-tiba kerana serangan jantung.

“Biarpun pada waktu itu saya terlalu lemah, saya gagahi untuk melancarkan novel itu demi ibu. Hakikatnya, ibu saya memang teruja apabila saya bergelar novelis, lebih daripada saya menjadi peguam,” kata Siti Rosmizah kepada K2.

Siti Rosmizah, 48, ialah penulis novel dan pengolah skrip drama rantaian fenomena tahun ini, 7 Hari Mencintaiku 2 yang mencatatkan tontonan 12 juta. Novel itu diterbitkan pada tahun 2018.

Sebelum ini, sentuhan penulisannya, Curi-Curi Cinta yang diadaptasi ke drama juga sukses dan meraih populariti apabila mencatat 7.5 juta tontonan sekali gus dinobatkan drama No. 1 tahun lalu seperti mana yang dilaporkan media.

Tahun ini juga cukup manis apabila buat pertama kalinya Siti Rosmizah melebarkan cabang penulisannya menjadi penulis lirik. Percubaan pertamanya menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terbang tinggi apabila menjuarai banyak carta muzik tempatan.

Biarpun kini ibunya sudah pergi, namun arwah tetap menjadi tunjang kekuatan Siti Rosmizah dalam bidang penulisan. Pesanan ibunya mendakap sanubari dan menjadi azimat untuk dia terus berkarya.

“Ibu saya berpesan selagi masih ada hayat teruskanlah menulis kerana penulisan yang baik itu nanti akan menjadi amal jariah untuk akhirat.

“Hidup kita ini pun tidak tahu sampai bila,” ungkap graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu penuh makna.

Ilham mimpi

Menceburi bidang guaman sejak dua dekad lalu dan bergelar novelis sejak 2008, Siti Rosmizah menyifatkan bakat penulisannya suatu anugerah walau tidak pernah menjangkakan bergelar novelis. Bermula dengan novel pertamanya, Andai Itu Takdirnya pada 2008, sehingga kini dia telah menulis 13 buah novel dengan empat daripadanya telah diadaptasi menjadi drama. Banyak novelnya bertaraf terlaris di pasaran.

Sering memasukkan elemen undang-undang dalam karya-karyanya, Mia Adriana watak utama dalam rantaian novel 7 Hari Mencintaiku itu juga ialah seorang peguam. Kepakaran Siti Rosmizah dalam bidang perundangan dijelmakan kepada watak Mia antaranya sewaktu menyelesaikan beberapa kes jenayah Helmi dalam 7 Hari Mencintaiku musim pertama.

“Menjadi peguam menyebabkan saya mengetahui banyak kisah menarik realiti masyarakat di luar sana. Penjenayah mana yang tidak saya jumpa?

“Kes-kes sivil dan jenayah juga banyak berlatarbelakangkan pergolakan rumah tangga. Saya mendengar rintihan ibu-ibu tunggal. Macam-macam perangai menantu, ibu mertua yang ramai tidak tahu. Saya juga mengetahui banyak kes penderaan mental kepada isteri. Ada isteri mencuri coklat demi anak-anak. Saya tegaskan kepadanya mencuri sekeping coklat untuk anak sekalipun akan tetap dianggap pencuri dan menerima hukuman sama seperti mereka yang mencuri puluhan ribu ringgit. Andai menangis sekalipun, saya tetap tidak dapat membelanya.

“Ada juga isteri yang rela ke tali gantung mengaku atas jenayah dilakukan suami semata-mata kerana tidak mahu anak-anak tidak terbela lantaran hanya suami yang bekerja. Saya berasa mahu menyampaikan kisah-kisah sebegini kepada masyarakat, tetapi saya tidak tahu mediumnya, adakah saya perlu menulis buku ilmiah?” kata anak Pantai Dalam, Kuala Lumpur itu.

Tambahnya, kemudian, kisah-kisah syahdu yang berbekas di mindanya itu terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mimpi yang berterusan selama dua minggu umpama kesinambungan episod demi episod itu bagai cetusan ilham yang menggerakkan dirinya menulis novel pertamanya pada 2008 berjudul Andai Itu Takdirnya.

“Saya tidak pernah terfikir menjadi novelis. Orang kata, mimpi itu mainan tidur tetapi mimpilah yang telah menggerakkan saya menulis novel. Apabila menulis novel, ibu saya sangat gembira dan teruja membaca setiap penulisan saya. Ibu saya benar-benar melihat penulisan mampu mengubah masyarakat,” ujarnya.

Mungkin sesetengah orang terfikir bagaimana seorang peguam yang menggemari fakta menulis novel bersifat cereka, Siti Rosmizah menjawab:
“Saya adalah seorang penulis novel berdasarkan fakta. Banyak naratif cerita yang saya garap berasaskan kisah realiti masyarakat termasuk 7 Hari Mencintaiku 2.”

Siti Rosmizah berkata, dia mendisiplinkan diri untuk memastikan sesebuah novel siap dalam tempoh tiga bulan.
“Apabila menulis novel saya akan menulisnya dengan sepenuh penghayatan dan merasakan setiap emosi. Jika menyampaikan suatu yang sedih, saya akan pastikan saya sendiri menangis sebelum berpuas hati,” ujar penulis novel prolifik itu.

Pembaca memeluk Islam

Siti Rosmizah senantiasa percaya magis kejayaan penulisannya juga adalah bertitik tolak daripada pegangan terhadap pesan ibunya bahawa penulisan itu sebagai amal jariah.

“Saya berasa tersentuh apabila novel saya mampu mengubah diri manusia. Ramai yang terkesan dengan watak-watak dalam novel saya sehingga ada pembaca mengirim mesej memberitahu memeluk Islam kerana keimanan dan penyerahan sebulatnya watak Aleya kepada Allah dalam Andai Itu Takdirnya dan ada isteri yang kembali berbaik dengan suami kerana novel-novel saya.

“Saya berasa terharu apabila ada penonton memberitahu, drama 7 Hari Mencintaiku 2 telah membawa kepada penyatuan keluarganya,” ujarnya.

Menyentuh mengenai drama itu, Siti Rosmizah berkata, biarpun tumpuan banyak diberikan kepada watak Khuzairi dan Mia, namun dia mahu penonton menyedari keagungan kasih Pak Andak yang setia melayani kerenah isterinya, Mak Andak yang gila meroyan setelah kematian anak. Penonton juga perlu sedar bagaimana percambahan watak Helmi daripada seteruknya lelaki kepada lelaki yang sangat baik,” ujarnya.

tak larat nak copy penuh.. artikel panjang baca sini https://www.kosmo.com.my/2020/09 ... ujah-siti-rosmizah/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 29-9-2020 05:49 PM
Kan best kalau ada produser drama adaptasi novel arwah Liana Afiera Malik - Bukan Puteri Lindungan B ...

Ni yg ada watak Larasati Aisya tu ke? Ke i silap
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Naatasha replied at 29-9-2020 11:41 PM
Ni yg ada watak Larasati Aisya tu ke? Ke i silap

Ye tepat sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2020 12:06 PM | Show all posts
season 3 ni...pelakon utama lelaki ni kawin pulak dgn si nurul tu sb Nurul tak jumpa2 lagi jodoh dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 09:57 AM | Show all posts
tak pernah tgk pun hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 07:45 PM | Show all posts
apoo la drama ni bikin anxiety semua org toxic. Mmg realiti masyarakat melayu family melayu mcm ni eh yg nak diketengahkan oleh siti rosmizah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org tgk lg ke season ni..????
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon boikot jela si rosmijah ni. terok sesgt season bru ni. dr awal sampai tulat bergaduh jela keje nye. ape gune ko buat happy ending season lps dgn keinsafan setiap watak lps tu ko sambung balik dgn unsur negetif manjang.

lps tu rosmijah ni sll berangan ke laki die sll jd rebutan mcm si watak syokri dlm ni? setiap season ade je gile kan die mcm kan laki terpaling hot la. tahpape nye imaginasi penulis ni. si saleha jd bodoh pulak. belom lg psl watak2 laen. menyirap je tgk

sekian review iols yg tgk sekali 2 episod je sementara tggu azan dlm 20 minit gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 11:25 PM | Show all posts
cite ni mmg membosankan....tak habis2 bergaduh psl jantan...siti ni elok stay as a lawyer je lah...sume cite dia sama je...jgn menangis cinta pun sama gak...asyik dengki, bergaduh,  rebut jantan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:18 AM | Show all posts
rarageng replied at 6-5-2022 11:25 PM
cite ni mmg membosankan....tak habis2 bergaduh psl jantan...siti ni elok stay as a lawyer je lah...s ...

Kan.. Tgk berita TV9 dan Nadi Arena serta Awani 7.45 aje kalau tak suka drama jam 7 TV3 macam ini..

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 6-5-2022 11:04 PM
mohon boikot jela si rosmijah ni. terok sesgt season bru ni. dr awal sampai tulat bergaduh jela keje ...

meols pun selalu bukak tv3 masa tunggu azan maghrib… mmg x boleh blah citer ni.. tak abis2 bergaduh orang ni nak rebut laki tu, orang tu dengki kat bini orang ni.. toxic family & environment. tak follow season 1&2.. tapi dah boleh agak mesti pusing2 storyline sama je. mujur raya ni x bukak tv sgt. bosan la citer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Penulis dia gundhu fefeeling dia & lakinya rebutan seanteri dunia kah? Jaman P. ramlee pun penulisan high standard bukan cenggini taraf stinky dbkl flat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 6-5-2022 11:04 PM
mohon boikot jela si rosmijah ni. terok sesgt season bru ni. dr awal sampai tulat bergaduh jela keje ...

Meleret2 cerita ni..mengarut betul. Minda tak berkembang..stupid! Tertengok 2,3 episod masa buka puasa lps azan maghrib tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak da raya pon da x tgk cerita ni sebab da xde nak berbuka sambil tgk tv.. sepjg tgk minggu2 lepas.. semua org dok dengkikan khuzairi & mia.. mcm da xde makhluk lain dlm dunia.. semua kisah dia 2 aje
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok jugak sebelum buka puasa. Lepas azan kitorang tutup tv sebab mmg waktu dinner kitorang biasa tutup tv fokus komunikasi family di meja makan.

Kesimpulannya drama ni low class.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.225641 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list