Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11518
View
166
Reply

[Tempatan] Org kaya vs org miskin:Isu Pertikai Golongan B40 & M40, Vivy Yusof Saman Netizen

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-9-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) Datin Vivy Yusof memfailkan saman terhadap seorang netizen atas dakwaan memfitnah pengasas FashionValet and dUCK Group itu menerusi laman sosial berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas oleh penularan COVID-19.

Saman fitnah itu difailkan Vivy Yusof, 33, atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lepas dengan menamakan Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datin Rohani Ismail dan hasil semakan mahkamah, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Okt ini.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat melalui carian dalam e-filing, Vivy selaku plaintif berkata pada 28 Mac lepas, beliau telah menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan empat usahawan berkaitan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Vivy mendakwa pada 30 Mac lalu, defendan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40 sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.

Usahawan wanita itu mendakwa penyataan-penyataan fitnah tersebut antara lainnya membawa maksud bahawa plaintif tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan.

Kata Vivy, penerbitan penyataan-penyataan fitnah itu turut menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web sekitar 1 April lepas bagi mendesak plaintif dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan dan petisyen tersebut telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.

Ikon fesyen itu mendakwa pada 2 April lepas, surat tuntutan telah dikeluarkan kepada defendan dan menuntut supaya beliau berhenti menerbitkan sebarang penyataan fitnah terhadap plaintif di laman sosial dan plaintif juga mendakwa defendan membalas surat tuntutan melalui aplikasi Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan-penyataan fitnah tersebut selain memohon defendan menerbitkan suatu permohonan maaf terhadap plaintif

BERNAMA



IMG_20200925_190554.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 25-9-2020 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Vivy sounded like she highlight the strata
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes kakak sheols dah settle ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat jual lifestyle memang tak ke mana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Whutevaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Laku lagi ke produk sheols ni? Ramai influencer yang i follow dah tukar alternatif lain. Follower mesti ngikutnya... kalau satin, i suka ts habibti punya.. pasni boleh beli lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak teringin nak masuk duck klcc.. apa yg dia jual pun I tak amek tau..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm. Sampai saman sebab uitm tu. Terganggu jugak vivy dengan petisyen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang dia saman tu kategori b40 m40 ke... hmmm... kalau sama t20 macam dianade la juga duit nak layan, orang sekarang pun sibuk struggle nak cari makan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Org sign petition tu sbb mmg xmau dia jd board situ. Kalau budak tu xckp ape pun, org still akan sign that petition asalkan ada org start. Hek eleh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Saman marhaen ke
Kalau marhen kalah pastu x mampu bayar saman jd cmna
Kesian plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 25-9-2020 08:21 PM
Ermmm. Sampai saman sebab uitm tu. Terganggu jugak vivy dengan petisyen tu.

tapi masih dlm LPU kan? ke dah kene buang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 25-9-2020 08:26 PM
tapi masih dlm LPU kan? ke dah kene buang?

Tak pasti pula.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dia lupa ke buyer dia pun golongan m40 b40..
lagi mau cari pasal dengan m40 b40..
geng kayangan takdenya pandang produk dia tu..
sekali kena boikot baru tau nak merendah diri..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x support tudung dia.. sebab makcik b40 shawl dia x praktikal bagi aku.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
move on jer laa datin vivy...

ko baru shj menambah kerengsaan org pd mu...well,best of luck to that...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecohla pompuan ni..  Benda dah lama kot.  Saja nak bagi org sebut2 nama dia. Menjengkelkan je..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Halu sisturrr.. 2019 pesenterbelit rugi lagi ka dah boleh huntong??

Hati tisu much
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 mcm ni aku heran mcm mana boleh ada customers gigih lagi beli barang deyols.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
makin bertambah2 la kebencian ummah M40 B40 kat bebek ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list