KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Datin Vivy Yusof memfailkan saman terhadap seorang netizen atas dakwaan memfitnah pengasas FashionValet and dUCK Group itu menerusi laman sosial berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas oleh penularan COVID-19.
Saman fitnah itu difailkan Vivy Yusof, 33, atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lepas dengan menamakan Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal.
Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datin Rohani Ismail dan hasil semakan mahkamah, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Okt ini.
Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat melalui carian dalam e-filing, Vivy selaku plaintif berkata pada 28 Mac lepas, beliau telah menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan empat usahawan berkaitan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Vivy mendakwa pada 30 Mac lalu, defendan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40 sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.
Usahawan wanita itu mendakwa penyataan-penyataan fitnah tersebut antara lainnya membawa maksud bahawa plaintif tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan.
Kata Vivy, penerbitan penyataan-penyataan fitnah itu turut menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web sekitar 1 April lepas bagi mendesak plaintif dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan dan petisyen tersebut telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.
Ikon fesyen itu mendakwa pada 2 April lepas, surat tuntutan telah dikeluarkan kepada defendan dan menuntut supaya beliau berhenti menerbitkan sebarang penyataan fitnah terhadap plaintif di laman sosial dan plaintif juga mendakwa defendan membalas surat tuntutan melalui aplikasi Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak plaintif.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan-penyataan fitnah tersebut selain memohon defendan menerbitkan suatu permohonan maaf terhadap plaintif
BERNAMA
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 25-9-2020 07:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Laku lagi ke produk sheols ni? Ramai influencer yang i follow dah tukar alternatif lain. Follower mesti ngikutnya... kalau satin, i suka ts habibti punya.. pasni boleh beli lagi...
Post time 25-9-2020 08:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orang yang dia saman tu kategori b40 m40 ke... hmmm... kalau sama t20 macam dianade la juga duit nak layan, orang sekarang pun sibuk struggle nak cari makan...
Post time 25-9-2020 08:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Org sign petition tu sbb mmg xmau dia jd board situ. Kalau budak tu xckp ape pun, org still akan sign that petition asalkan ada org start. Hek eleh sgt
Post time 25-9-2020 08:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dia lupa ke buyer dia pun golongan m40 b40..
lagi mau cari pasal dengan m40 b40..
geng kayangan takdenya pandang produk dia tu..
sekali kena boikot baru tau nak merendah diri..