CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4926|Reply: 41

[Tempatan] PRN Sabah dah selesai. Mulai 27/9, semua dari Sabah akan disaring

  [Copy link]
Post time 26-9-2020 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 27-9-2020 09:35 AM

Bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020,  semua individu yang baru tiba dari Sabah akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa.

berita menyusul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg bertugas dan mengundi  balik dari Sabah diharap semuanya
Disaring  kerana kes naik mendadak
agak menakutkan

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dah habis undi baru nak saring.? ba.bi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2020 06:23 PM | Show all posts
Jalani ujian saringan Covid-19 sebaik pulang dari Sabah [METROTV]
BERNAMA
3 minutes

Kuantan: Semua kakitangan agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang bertugas sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, wajib menjalani ujian saringan Covid-19 sebaik sahaja pulang ke Semenanjung.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, arahan itu dikeluarkan semalam sebagai langkah berjaga-jaga dan inisiatif KKMM walaupun setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM), belum mewajibkan petugas yang pulang dari Sabah melakukan ujian tersebut.

"Kita ada ramai petugas yang dihantar dari ibu pejabat ke Sabah, khususnya mereka dalam bidang penyiaran, berita dan penerangan untuk membantu rakan di sana kerana faktor demografi negeri itu yang terlalu luas.

"Ada petugas yang balik telah mengambil inisiatif membuat ujian dan didapati negatif. Bagaimanapun masih ramai lagi petugas kita yang berada di sana dan kita harus berwaspada," katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Latihan YouTube Zon Pantai Timur di sini, hari ini.

Program dua hari anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu turut dihadiri Pengerusinya Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Saifuddin yang kerap berkunjung ke Sabah sebelum ini, memaklumkan beliau telah menjalani ujian tersebut dan didapati negatif Covid-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, semua syarikat produksi yang sedang menjalani atau merancang melakukan penggambaran di Sabah diingatkan supaya mengambil langkah sewajarnya dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Syarikat produksi sering berkomunikasi dengan Finas mengenai SOP dan kita menasihatkan mereka untuk menangguhkan dahulu jika penggambaran melibatkan lokasi di kawasan zon merah atau jika boleh, cari lokasi lain. Tapi yang penting, mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata kementerian bersedia untuk membantu siasatan berhubung dakwaan sebuah syarikat China yang ada kaitan dengan tentera dan rangkaian perisikan yang dikatakan mempunyai data 1,400 rakyat Malaysia.

Katanya, dua agensi di bawah KKMM iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurity Malaysia bersedia membantu, jika diminta berbuat demikian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la.. Apa kwn aku bagitau semlm rupanya.. Dia bagitau esk @ lusa dia balik semenanjung.. Sampai kat kl kena saring dan terus ke kuarantin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2020 06:53 PM | Show all posts
Individu pulang dari Sabah wajib disaring, kuarantin di rumah, pakai gelang kuarantin - Dr Noor Hisham
Ridauddin Daud
September 26, 2020 18:12 MYT

PUTRAJAYA: Bermula 27 September hingga 10 Oktober 2020, individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan COVID-19 dan diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, semuanya akan diberi surat HSO, dipakaikan gelang kuarantin dan tarikh pengawasan pula bermula dari tarikh ketibaan sehingga keputusan makmal diperolehi.
Menurutnya, aktiviti saringan akan dijalankan apabila mereka baru tiba dari Sabah di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

“Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu tersebut perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19.
“Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan kereta Grab, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari tersebut,” katanya.
Tambah beliau, saringan ke atas individu baik warganegara atau bukan warganegara yang pulang dari Sabah itu dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.
“Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa.
“Ia berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa tersebut dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.

Sabah terus menyaksikan peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara apabila merekodkan 64 kes daripada 82 kes yang dicatatkan setakat jam 12.00 tengah hari pada Sabtu, 26 September 2020.
Dr Noor Hisham menerusi ciapan Twitter beliau sebelum ini berkata, daripada 82 kes direkodkan pada hari ini, 79 kes merupakan penularan tempatan dan hanya tiga kes import.
Menurutnya, daripada 79 kes tempatan, 53 kes melibatkan warganegara manakala 26 bukan warganegara.

Bagi kes import pula, dua kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.
Sebanyak 89 pesakit dibenarkan discaj pada hari ini dan tiada pertambahan kes kematian pada tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 133 kes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Saring dan kuarantin please...

Yg kayangan pun sama,  jangan nak dabel standard
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2020 06:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh.

Kluster bodoh-bahlul dah sampai semenanjung baru nak terhegeh2.

Bahlul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yang balik malam ni, nak tunggu esok jugak ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gudluck lh tu je nk ckp
Rasanya a week ago dh nmpk trend kluster dr sabah ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kluster sivangga penduduk boleh saman tokey restoren..kluster PRN ni rakyat boleh saman siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas Datuk Saifuddin Abdullah kerana mengambil tindakan yg proaktif ke atas staff KKMM tanpa perlu menunggu arahan dari KKM demi kebaikkan semua
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ke Sabah hanya untuk berkempen pun ramai. Pegi kempen pula kat ceruk rantau nun pulau tah apa nama entah! Dah kenapa??? Jentera parti kat Sabah tu tak cukup kuat ke? Lepas PRN, yang pegi sekadar berkempen tu akan tolong orang Sabah ke? Dah lah covid kat Sabah tu kritikal!

*tanya je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 08:16 PM | Show all posts
kenapa kena tunggu esok baru nak mula saring? patut awal2 lagi dah buat camni. takpe lah better than takde buat langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nape kuarantin kat rumah.. nnti ada yg merayap gi mana2, pastu dgn org2 lain dlm rumah boleh terjangkit gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2020 09:08 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 26-9-2020 08:14 PM
Yang ke Sabah hanya untuk berkempen pun ramai. Pegi kempen pula kat ceruk rantau nun pulau tah apa n ...

inilah yg baghal maksudkan kluster bodoh-bahlul.


pegi keluar masuk sabah semenanjung no kuarantine.

bila dah positif, "minta maaf".


thefuck.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 26-9-2020 06:21 PM
dah habis undi baru nak saring.? ba.bi.

bagi prn jalan dulu, semuanya demi politik dungu

pihak kerajaan mmg nk ambik sabah

pembangkang pulak senyap tak membangkang pun pasal hal covid 19 ni dan sibuk gak berkempen sana sini nak pertahan sabah

semuanya demi politik dungu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 26-9-2020 08:14 PM
Yang ke Sabah hanya untuk berkempen pun ramai. Pegi kempen pula kat ceruk rantau nun pulau tah apa n ...

nmpk mcm banyak pelanggaran sop

takde apa2 tindakan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 26-9-2020 06:21 PM
dah habis undi baru nak saring.? ba.bi.

kann...malas nak hina...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.094841 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list