CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3173|Reply: 19

[Tempatan] Disahkan Alami Penyakit Hati Secara Mengejut & Kini Di ICU, Bekas Tentera Pe

  [Copy link]
Post time 28-9-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang bekas sarjan, Tuan Ahmad Suhaimi bin Hussin memerlukan hati baharu bagi menggantikan organnya yang kini tidak dapat berfungsi dengan baik.

Menurut isterinya, Puan Yusarina Yusuf, pada awalnya suaminya tidak mempunyai sebarang penyakit, hanya mata yang berwarna kuning.

Musykil dengan keadaan mata suaminya, mereka telah ke hospital untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani ujian.
Sebenarnya dia tak ada sakit apa-apa, cuma masa awal saya perasan mata dia kuning. Lepastu saya suruh dia pergi jumpa doktor kenapa mata kuning.
“Kemudian mereka ambil darah untuk cek benda ni, terus kena tahan wad sebab bacaan darah tinggi sangat. Jadi doktor memang syak la yang dia ada sakit yang berkaitan hati.”

Katanya, suaminya telah dirawat di tiga buah hospital berbeza sejak awal bulan lalu.

“Dia dimasukkan ke wad mula dari 2 September hingga hari ini. Dah masuk tiga hospital, Hospital Kepala Batas, Hospital Seberang Jaya dan kemudian ke Selayang,” kongsinya.

“Ketiga-tiga hospital ini tak dapat nak tahu apa punca penyakit hati suami saya walaupun dah banyak ujian dibuat ke atasnya. Akhir sekali doktor cakap suami saya kena penyakit hati akut. Sakit hati yang mengejut.”

Malah melalui perkongsian jiran mereka, Eradiah Jasmi, pihak doktor menjangkakan beliau tiada harapan untuk sembuh jika tiada penderma dalam tempoh beberapa hari ini.

Tiada harapan jika tiada penderma
Bismillahir rahmanir rahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Ini salah seorang jiran kesayangan kami semua. Kami mohon agar sesiapa yang berhajat atau berniat untuk menderma organ boleh lah berbuat demikian kepada beliau.

Beliau merupakan salah seorang bekas tentera, yang sangat lembut bila berbicara, mana sangka sekelip mata berubah sebegini rupa.

Menurut doktor, beliau tidak mempunyai harapan untuk sembuh dan tidak akan mampu untuk bertahan sekiranya tiada juga penderma,
Anak-anak sudah pun sukarela akan tetapi kondisi dan faktor umur mereka yang tidak menginzinkan.

Kepada sesiapa yang berhasrat atau mempunyai kesihatan yang baik bolehlah terus menelofon isteri beliau Puan Yusarina Yusuf di talian 0174048642.

Besar hati sekiranya kita semua dapat berdoa dan memanjangkan HARAPAN ini.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan barakah daripada Allah SWT, Insyaallah.

Nama: Ahmad Suhaimi bin Hussin
No.Tentera: T1085228
Pangkat: Sarjan
Last berkhidmat di:
11BGD Kem Sungai Buloh
Asal : Kampung Bakar Kapor, Penaga
Menetap : Taman Rhu, Tikam Batu sungai Petani Kedah

Beliau merupakan salah seorang waris sekolah Sekolah Rendah Islam Al-Ihsaniah.

“Minta jasa baik kawan-kawan saya di sini untuk doakan ayah saya untuk terus bertahan”

Jika anda ingin mendermakan hati, mohon hubungi Puan Yusarina Yusuf di talian 0174048642 atau Facebook beliau.

Sumber: Yusarina Yusuf, Eradiah Jasmi



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 11:43 AM | Show all posts
family sendiri bukan penderma sesuai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 28-9-2020 11:43 AM
family sendiri bukan penderma sesuai ke?

Kt artikel dah tulis tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga ada yg sudi menderma hati..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:51 PM | Show all posts
Innalillah.. semoga bertemu dgn penderma hati secepat mungkin.

my colleague pun ada sorg ada masalah hati, tapi sekarang dah sembuh and dlm pemantauan. sama kes, bilirubin naik, mata kuning..

doc pun pelik punca dari mana.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 28-9-2020 03:51 PM
Innalillah.. semoga bertemu dgn penderma hati secepat mungkin.

my colleague pun ada sorg ada mas ...

Hepatitis ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2020 04:13 PM | Show all posts

hepatitis result semua -ve.. masa tu dia demam sampai 39darjah.. takut tengok dgn mata kuning lagi.
doc pun tak tahu punca dari mana.. mungkin almost same case cam pakcik nie cuma tak la sampai masuk icu..  
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:25 PM | Show all posts
bukan senang nak cari penderma organ zaman skrg ni. semoga dipermudahkan hendaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 04:28 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skang penyakit semua drastik
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:11 PM | Show all posts
kesian ,semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkn segala urusan utk Tn. Ahmad Suhaimi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 28-9-2020 04:13 PM
hepatitis result semua -ve.. masa tu dia demam sampai 39darjah.. takut tengok dgn mata kuning lagi ...

ada sorang tu sama gak...dlu sebelum kawen nampak le mata dia kuning macam
mystique  xmen tu...lepas tu bila dh kawen detect ada cancer kat hati....

dlu org consume product kurus buatkan liver failure nih....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:35 AM | Show all posts
Semoga Allah permudahkan urusan beliau....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 28-9-2020 03:51 PM
Innalillah.. semoga bertemu dgn penderma hati secepat mungkin.

my colleague pun ada sorg ada mas ...

Colleague saya pun ada seorang... Mata dah kuning.. Kesian tengok dia. Semoga dia sembuh... Aaamiin
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak-anak sudah pun sukarela akan tetapi kondisi dan faktor umur mereka yang tidak menginzinkan

Faktor umur tu camne?

Pastu anak dia post perlukan penderma hati secara total DAN yg sihat.....

Ape maksud DAN? Perlukan dua? Kalau total dr yg dah mati tu maksudnye kena ambil semua hati kan....yg sihat camne lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 08:58 AM | Show all posts
Kancilkering replied at 29-9-2020 06:35 AM
ada sorang tu sama gak...dlu sebelum kawen nampak le mata dia kuning macam
mystique  xmen tu...le ...

dia consume ubat kurus ke sebelum tu?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:00 AM | Show all posts
imransulaiman replied at 29-9-2020 07:07 AM
Colleague saya pun ada seorang... Mata dah kuning.. Kesian tengok dia. Semoga dia sembuh... Aaamii ...

aamiinn.. ramai rupanya yg ada masalah hati ye skrg2 nie..

rasanya pemakanan, penggunaan ubat2an, cosmetics, pencemaran udara semua pun boleh jadi contributing factor jugakla..for some yg kuat mungkin ok, tapi ada yg mungkin immunity lemah dapatla sakit itu ini


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 29-9-2020 08:58 AM
dia consume ubat kurus ke sebelum tu?

x dek lah

dia memang sakit cuma lambat detect

tapi dia dh cancer free dh sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:56 AM | Show all posts
haruslah replied at 29-9-2020 08:30 AM
Anak-anak sudah pun sukarela akan tetapi kondisi dan faktor umur mereka yang tidak menginzinkan

F ...

yg aku paham takde la perlu kan 2 hati... biasa 1 je kan..
total dan sihat tu utk kondisi hati baru tu la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.479523 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list