CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1851|Reply: 19

[Tempatan] PRN dah selesai. 4 daerah di Sabah kena PKPDB - Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Sem

  [Copy link]
Post time 28-9-2020 03:49 PM | Show all posts |Read mode
4 daerah di Sabah kena PKPDB
Yusmizal Dolah Aling
3 minutes

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini akan membabitkan seramai 962,661 penduduk.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

"Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini.

"Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan.

Menurutnya, bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.

"Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit.

"Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.

Katanya, bagi pelaksanaan perintah itu, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2020 04:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:12 PM | Show all posts
Baguslah untuk memudahkan mengawal penularan walau sedikit lewat
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:16 PM | Show all posts
dah bertebaran dah virus...area rmh iols dah ada dah kluster...travel history ke samporna...contact sunway pyramid...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:22 PM | Show all posts
kuantan elok2 green zone, dah ada 1 kes

balik dr sabah laaaaa

siap berjalan merata2 ke nilai bagai

tak reti nak self quarantine ke?

semua nak hadap gomen suap, gomen arah?

hadooowwww

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:26 PM | Show all posts
saviour_09 replied at 28-9-2020 04:22 PM
kuantan elok2 green zone, dah ada 1 kes

balik dr sabah laaaaa

Kannn...tak ada rasa tanggungjawap jaga diri sdiri & org keliling.
Dah merata bawak covid, kena kat anak beranak sdiri nyesal tak guna..cash lah.
Sel otak tak reti berhubung sdiri tanpa disuruh atau diarah...bengap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2020 04:52 PM | Show all posts
hatikudus replied at 28-9-2020 04:26 PM
Kannn...tak ada rasa tanggungjawap jaga diri sdiri & org keliling.
Dah merata bawak covid, kena k ...

kan
benda simple pun tak boleh pikir

aiyoooo kalah budak2 tadika
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambat bertindak, abah kebanggaan kauorang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 05:21 PM | Show all posts
too late.. dah berapa ramai lepas ke semenanjung and sarawak..
good luck je la pada semua..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempt aku pun dah ade positif.. Emmm br sampai dr sana gak dgr nye.. Penat je la kita duk sini.. Paling2 jauh p tebrau eon sana.. Alih2 deme syk2 p sana blk bwk virus.. Kn lg kita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lembap!!!!patutnya si menteri2 kena jangkitan..baru ada akai...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 06:11 PM | Show all posts
tunggu jelah dlm minggu ni tgk kes naik bape byk ... yg hijau jd kuning ... kalo lbh terok merah terus
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
lambatnya bertindak..dulu cakap cecah 3 angka je PKP balik..ni dah berapa hari 3 angka..baru hari ni nak keluar arahan..and please tahan BWN yang ada..kena adil lah..dulu buat camtu kat KL kan..now buat kat sabah pulak..berleluasa sangat BWN ni keluar masuk negara..takde bayar pape pastu kita pulak kena tanggung swab test dorg amboiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kawan2 aku ramai dah balik semenanjung hri jumaat sbb tahu kne lockdown lps PRN doaknlah diaorg x kne covid19,  ramai blik Kelantan, kedah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh butoh



Now that kluster bodoh-bahlul kembali ke semenanjung bawak covid dah merebak tak terkawal baru nak ambil tindakan.

Sama mcm @pilot, block  condo adik dah Ada confirmed case.

Macam sial. Tindakan kuarantin / kawalan utk inbound dari Sabah patut dibuat dari  tiga + empat minggu lepas.


Babi punya politaik.



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmmm..sedara weols, pilot maswings pun selamba je dok balik semenanjung mcm biasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2020 08:31 AM | Show all posts
KWSP Lahad Datu, Tawau ditutup mulai esok | Berita Harian
2 minutes

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabat dan kaunternya di Lahad Datu dan Tawau, Sabah, mulai esok.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP menerusi kenyataan hari ini berkata, penutupan berkenaan adalah selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat kawasan di Pantai Timur Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

"Penutupan ini akan dilaksanakan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Justeru, semua permohonan Janji Temu Online (JTO) membabitkan cawangan KWSP Lahad Datu dan Tawau dibatalkan serta merta dan mereka terbabit perlu membuat semula janji temu tersebut selepas PKPDB ditamatkan.

"Ahli dan majikan bagaimanapun masih boleh menggunakan perkhidmatan secara dalam talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun Majikan), yang beroperasi seperti biasa," katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter.

Oleh demikian, ahli dan majikan disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja.

"Untuk penjelasan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03-8922 6000.

"Dalam tempoh mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau menerusi saluran digital. Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan dan segala kesulitan amatlah dikesali," katanya.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelaksanaan PKPDB bermula jam 12.01 tengah malam ini, di empat kawasan terbabit selama dua minggu, iaitu sehingga 12 Oktober ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:40 AM | Show all posts
Baik adakan balik larangan merentas negeri tanpa urusan mustahak/penting termasuk balik kampung dan melancong.. PRN Sabah dah habis la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
So dari KK bebas kuar masuk semenanjung tp bila smpi kena self quarantine ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2020 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.259384 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list