CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13171|Reply: 66

[Jenayah] Iqbal (bekas PA Aliff Syukri) dan isterinya, Intan ditahan polis kerana tipu pak

  [Copy link]
Post time 28-9-2020 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 28-9-2020 09:01 AM

Suami isteri tipu pakej penginapan hotel mewah ditahan
MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 28 September 2020



SUNGAI BULOH - Pasangan suami isteri yang mengambil kesempatan kononnya menawarkan pakej penginapan hotel mewah membabitkan pasukan barisan hadapan sejak tahun lalu ditahan di sebuah inap desa di Ampang Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, sebanyak 30 laporan polis diterima pihaknya setakat Jumaat lalu membabitkan penipuan yang dilakukan suspek.

Menurutnya, siasatan mendapati pasangan berusia 27 dan 26 tahun itu aktif menjalankan kegiatan penipuan itu sejak September tahun lalu dengan menggunakan nama I & I Paradise Venture.

“Nilai kerugian membabitkan kes ini berjumlah RM26,193 dan kebanyakan mangsa terdiri daripada pasukan barisan hadapan.

"Modus operandi suspek adalah mengiklankan pakej penginapan hotel mewah di seluruh negara dengan harga murah menerusi aplikasi WhatsApp," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh hari ini.

Tambahnya, mangsa yang berminat kemudian akan diminta membuat bayaran penuh sebelum diarah berhubung dengan suspek dalam tempoh 10 hari daripada tarikh daftar masuk hotel.

Katanya, bagaimanapun, pada hari tempahan suspek akan mendakwa hotel penuh lalu menawarkan tempat penginapan lain dengan harga lebih tinggi.

"Kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu kini direman untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2020 04:59 PM | Show all posts
[twitter]https://twitter.com/faizalriduan/status/1301838145936261121[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/faizalriduan/status/1302404503916875776[/twitter]

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 05:05 PM | Show all posts
"Ni yang tipu Che Ta tu kan?"- Bekas PA Aliff Syukri Kantoi ‘Scam’ Frontliner Dengan Pakej Hotel Mewah Harga Murah
2-3 minutes



Frontliner sepatutnya kita hargai sebab dah berkorban masa dan tenaga demi menjaga keselamatan negara. Bukannya ambil kesempatan dari keletihan dorang.

Penipuan aktif sejak September tahun lalu

Siasatan polis juga mendapati, pasangan tersebut aktif menjalankan kegiatan penipuan sejak September lalu dengan menggunakan nama I&I Paradise Venture

Nilai kerugian membabitkan kes ini berjumlah RM26,193 dan kebanyakan mangsa terdiri daripada pasukan barisan hadapan.”

Beliau juga menambah, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

Modus operandi suspek

Mereka akan mengiklankan pakej hotel mewah di seluruh negara dengan harga murah menerusi aplikasi Whatsapp.”

“Mangsa yang berminat kemudian akan diminta membuat bayaran penuh sebelum diarah berhubung dengan suspek dalam tempoh 10 hari daripada tarikh daftar masuk hotel.”

Kemudian pada hari tempahan suspek akan memaklumkan yang hotel penuh dan akan menawarkan tempat penginapan lain dengan harga lagi tinggi.



Tak patut dorang ni, dahlah frontliner keletihan, dorang scam pula!

Kalau korang pengguna Twitter yang tegar, korang mesti tahu kes ni. Kes ni menjadi viral bukan saja sebab dorang banyak scam frontliner tapi sebab suspek (si suami) adalah bekas pembantu peribadi Dato Aliff Syukri.

Namun, Dato Aliff ,menjelaskan di IG yang suspek sudah lama berhenti kerja dan dia tak ada kaitan langsung dengan kes ini.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 05:11 PM | Show all posts
Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri ‘Songlap’ Duit Pelanggan?
September 15, 2020



Baru-baru ini di laman Twitter, hangat memperkatakan mengenai bekas pembantu peribadi (PA) usahawan kosmetik popular Dato Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Iqbal.

Ditipu Pakej Pelancongan Hotel

Menerusi satu pendedahan yang dibuat, Iqbal atau nama sebenarnya Muhamad Iqbal Bin Mohd Sani bersama seorang wanita dipercayai isterinya, Intan Nurulhaleda dikatakan telah men1ipu ramai pelanggan yang membeli pakej pelancongan sebuah hotel terkemuka di Negeri Sembilan.



Ramai Jadi Mangsa

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh bekas ejen nya yang dikenali sebagai @amalinahafizah yang turut memohon maaf kerana tidak menyangka syarikat I&I Paradise Venture mempunyai masalah.

Menurutnya semua urusan pembayaran pelanggannya telah dimasukkan terus ke syarikat itu sekaligus menafikan dia turut mengambil wang pelanggan.
“Saya dengan ini memohon maaf. Saya juga ada promote percutian Lexis Hibiscus under I&I Paradise Venture. Saya sendiri pergi under I&I Paradise tapi tak ada masalah”

“Semua transaction customer terus ke I&I Paradise. Saya tak ambik satu sen duit customer”

“Saya juga mangsa I&I” katanya

Dedahnya lagi, bukan dirinya dan pelanggan telah ditipu malah beberapa ejen lain turut mengalami nasib yang sama. Lebih menyedihkan, mangsa-mangsa juga terdiri daripada para petugas barisan hadapan (frontliner) yang telah membeli pakej tersebut.

“Agent lain juga sales 800K 300K juga tertipu dengan Intan & Iqbal.

Hampir 60 doktor dan nurse Hospital Sungai Buloh dari barisan hadapan juga tertipu dengan percutian ini.

Saya minta tolong viralkan sehingga 2 orang scammer ini di jumpai”

Lantaran itu, alamat terakhir serta nombor kad pengenalan milik Iqbal dan Intan telah dikongsi di media sosial memandangkan ramai mangsa sedang mencari mereka bagi menuntut penjelasan sebenar.





Dalam pendedahan lain, terdapat seorang pengguna memberitahu bahawa sebelum ini pelanggan-pelanggannya tidak mempunyai sebarang masalah dalam membuat tempahan di hotel tersebut.



Namun, dia tidak menyangka sejak minggu lalu timbul pula isu ini sehingga Iqbal gagal dihubungi. Menerusi carian Murai.my di laman Instagram turut mendapati bahawa akaun Instagram Iqbal telah dinyahaktif.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 05:14 PM | Show all posts
Ikuti thread di bawah ini:

[twitter]https://twitter.com/faizalriduan/status/1302404503916875776[/twitter]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 05:16 PM | Show all posts

Salam satu Malaysia kawan2ku di FB, nak cerita al kisah aku Sarah Aishah kena tipu scammer pakej percutian oleh syarikat travel Melayu I&I VENTURE PARADISE SDN BHD ..

Slps MCO di lift up, so banyak le frontliner nak pi bercuti..yelah stress handle patient covid esp Hosp Sg Buloh..

Tanggal 19th June 2020, aku tertarik ngan Iklan Promosi Pakej Percutian yg sgt2 menarik di mana hotel2 biasa hanya rm88 utk 2hari satu malam dan Rm499 utk LEXIS HIBISCUS PD yg ditawarkan oleh syarikat pasangan suami isteri Iqbal dan Intan..

so, aku pun tempahlah satu bilik utk famili aku n anak and 1 bilik kakak Ipar aku Fadzlina Ramli kat Lexis Hibiscus utk tarikh 4th till 6th dec 2020 dgn total harga rm998 utk 2bilik.si Intan ni ckp booking ID hanya akan diberikan pd 10 hari sblm tarikh yg kita tempah..mmg happy le kan nak pi bercuti sana..

Pada 25th June 2020, tempah utk Annivesary abah Suhaidi Jamiun dan Seha Suhaidi yg akan disambut pd 1st oct till 3rd oct di Double Tree Hotel Penang ngan harga rm176. Si Intan pun ckp booking ID akan diberikan 10days sblm tarikhnya.

Happy lah sbb adik aku sendiri Ihsan Suhaidi Saudagar dh tempah kat syarikat i&i ni utk hotel Hilton pd 29th June 2020 sehingga 3rd July..n dia dpt duduk sana ngan harga rm88 semalam.shj..so mmg percaya le bulat2 ngan si Intan ni..

aku pun bgtau kat kawan aku Shahira Ismail ttg promosi ni..dia pun sama ligat juga..dh pi hotel2 ngan harga murahle..shahira pun tempah lg nak pi St regis rm3000 masa birthday dia nnt..tapi malang tidak berbau..

Jgn sangka air yang tenang tiada buaya..rupa rupanya modus operandi si Intan ni bg org dpt duduk hotel bln 6,7 dn bulan 8..ok je..siap buat promosi Merdeka lg..

Start awal Sept, banyak org kena tipu ngan dia .ada yg pi Lexis Hibiscus xde nama langsung pun.. sedih sgt2..bila tau cerita ni, mmg try le contact si Intan bini Iqbal..tp hp dan whatsapp dh ditutup n tiada respons.

Mostly yg banyak kena adalah frontliner esp dr hosp sg Buloh..ada yg kena smp rm12k..

Ini adalah senarai 1/3 mangsa scammer I&I
MOHON UPDATE JUMLAH SENARAI TUNTUTAN PENIPUAN I&I (Nama / Tarikh sepatut menginap / nama hotel atau resort / total amaun dibayar / amaun telah refund / tanda ✅ jika laporan polis telah dibuat dan sila sertakan number report

1. Nazrin 5 sept -7 sept, lexis hibiscus Rm 599

2. Amira 5-6 sept , Philea mines, RM 100

3. Nurfadilah Bt Hashim
Lexis Hibiscus RM 499
( 11- 13/9/2020) ✅

4. Salihah 12-13 Sept, Lexis PD RM 88✅

5. Norfarhana, 13-15 sept, Lexis PD RM499

6. Emma, 5-7 Sept, Lexis Hibiscus RM 499

7.nor zaimah st Regis lgkwi rm5598
7/9 - 10/9
Rm3290
Upfront first night rm2100
Depo kete rm200

8.Abdul Rashid, Lexis Hibiscus 4-6 Sept, rm499 ✅

9. Faheem, 4-6 Sept, Lexis Hibiscus, Rm499✅

10. Asilah, 12-13 September 2020 Lexis Hibiscus RM450

11. Rheny, 11-13 September 2020 Lexis Hibiscus RM499 ✅

12. Zuraida : 12-14 September 2020 Lexis Hibiscus RM599

13. Iman 4-6hb september grand lexis (last last kena booking sendiri) 13k - 7k = 6k lagi

14. Liana
* 5 sept - 7 sept
* Grand Lexis PD
* RM300.00

15. Nazira
- 14 - 15/8/20
- Grand Lexis PD
- RM880

16. sudirwan
Hatten-500
Hibiscus-1499
Grand lexis-600
Hard rock penang-352
Flamingo penang-300
TOTAL : RM3251

17. Elia, 21-23 Sept The Ritz Langkawi RM1500 ✅ Wangsa maju/008860/20

18. NAA, 28-30 Nov, hibiscus, RM 599

19. Noor Amalina Hafizah October - Disember Hibiscus RM12,980.00

20. Wani, promo merdeka RM 1310✅

21. Nadiah 19-21 sept 2020, Legoland Malaysia RM1400 ✅

22. Norulain, 10-12 Oct 2020, Lexis Hibiscus RM599

23. KJ, 9-11 Dec, Dash Langkawi, RM 799

24. fatin zahirah
double tree hilton penangx1
park royal penang x5
pelangi Spa n resort langkawi x1
Total rm700✅

25. Zulaikha Halim
Mandarin oriental x1 night
Westin KLx1 night
EQ hotelx1 night
Total RM650.00

26.Nazmi Halim
Ritz Carlton Langkawi 3d2n
Total RM999.00

27. Ahmad Termidzi & Amira Jasmin
Lexis Hibiscus 3d2n RM 599

28. Nur Liyana
Royale Chulan Cherating 3D2N RM 799

29. Rini 18-20/9 : Hilton KL, 8-9/11: Double tree melaka RM500

30. Nurul Atiqah Ridzuan
Lexis Hibiscus 3d2n (20 - 22 Sept 2020) RM 599

31. Nadhirah
Parkroyal penang x3 rm300
Pelangi beach lgkwi x2 rm280
Hard rock penang rm150
Ritz carlton rm600
Total rm1330

32) Sofiya - Lexis hibiscus, 12-14/10, RM699

33) Reza - Lexis Hibiscus, 24-26/12, RM599

34 ) Haikal, Taaras Redang, 3-6/9, RM2,809

35) Amira - promo merdeka, 5&15/9, RM200

36) Zakiah - Lexis Hibiscus, 2-4/10, RM499

37) Nas - Lexis Hibiscus, 28-30/11, RM 599

38) Salwa -
Dash Resort Langkawi (deposit) 26-28/11, RM400 ✅

39) Aqilah - Mandarin Oriental Hotel, 13 - 15/9, RM 699

40) Kay (khairina) kamal -Lexis hibiscus - 21-23/11 ,RM 499

41) Saitina - Grand Lexis 16-18/9 RM499

42) farzana - lexis hibiscus , 18-20 sept RM 699

43) Nur Sarini - Hilton KL : 18-20/9 Double tree melaka:8-9/11
Total : RM500

44) nor alina
Lexis hibiscus : 15-17 sept. (2room)
Total rm 1198

45) Fadilah
Hyatt kuantan 2 malam
Dashbox
Hardrock
Double tree
Total 500

46) siti farzana
Lexis hibiscus 18-20 sept (Rm699)

47 ) Ida Farhah
Hard rock penang hotel 2
Colmar 1
Dashbox 1
Total 400

48) Asma Hamimi Binti Ismail
Hardrock penang 6
Hyat kuantan 4
Doubletree melaka 4
Swiss garden genting 2
Sandy beach lgkwi 1
Dashbox 1
Total 1800

49) Nadia Solehah Binti Udin
Colmar -1
Dashbox - 1
Total 200

50) siti herdawati
Dashbox 1
Doubletree Melaka 2
Total 300

51) Basyir, Grand Lexis, RM150

52) nor alfatihah
Grand lexis
Rm1066

53) Asyraf Lexis Hibiscus rm499

54) Rasidah
MaliBest Langkawi rm1200
Lexi's Hibiscuses rm400
Total rm2200

55) Mohamad Zul Fitri
Lexis Hibiscus PD (12rooms) 18-20 september
Total RM6300

56) sumirah
Lexis hibiscus 3Room 20-22nov
Total RM1497

55) Munirah : Mandarin Oriental (11-12 Oct)
rm200

57) Hafizie : Lexis Hibiscus RM 599 (18-20 September 2020)

58) Muhammad Firdaus Mohd Shuhimi
Ritz Calton Langkawi 4-7/9/2020 Rm1800
Ganti rugi rm14k

59) farhana
10/13 -13/3
-langkawi
-rm500

60)Intan L.....
-3 & 4 Oct Hatten melaka 4blk
-3 & 4 Oct Hilton Kl
-26 & 27 Dec Hilton Melaka (2blk)
=Rm700

61)siti sarah aishah✅
4th till 6th dec rm998 2bilik
1st till 3rd oct rm176
total rm1174

62)shahira ✅
16th n 17th oct st regis langkawi rm3000
open date impiana hotel rm352

63) Khairunnisa
2-4 OCT lexis hibiscus:
RM 499

64) Zafirah
13-17 oct pelangi beach &resort: RM400

65) Azlina - The Banjaran Hotsprings
14-16 Nov 2020
RM400

66) MUHAMAD AKIF IFFAT - LEXUS HIBISCUS OPENDATE RM998

67)ELMEERA BINTI ROSLI-
LEXIS HIBISCUS 18/9 -20/9/20 - RM900

68)CHIN SHEAU YIN
LEXIS HIBISCUS 2TH TILL 4TH OCT
RM499

JUMLAH KERUGIAN SETAKAT INI RM91450

So, kesimpulan nya, kami terpaksa membuat report polis dan tribunal pengguna..sah2 le duit kami dibawa lari..

Adakah anda senasib ngan saya?Sila laporkan kepada pihak polis n harap2 pasangan suami isteri ni ditangkap secepat mungkin..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2020 05:51 PM | Show all posts
Nasib baik la memang x suka book pakej macam ni.. Nak stay mana2, book kat agoda or airbnb je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 06:07 PM | Show all posts
Ramai je tertipu dengan agent macam ni bukan dia je.  Hati2 bila nak guna khidmat agent macam mereka2 ni.  Pastikan mereka ada record baik dan beri macam yang dijanjikan bukan sekadar tertarik dengan harga murah tapi akhirnya tertipu sendiri juga yang susah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 06:10 PM | Show all posts
kaka biasa bercuti homestay je. tempat2 mahal ni tak reti. kecuali mmg terpaksa.


yang penting parking luas. laman luas ada aircond.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Di zaman semua benda ujong jari neh ada lagi ejen pekej pelancongan???????
Travel agency yg ada lesen sah korang tanak pegi pulak sampai nangis2 dorang takde customer
Yg ejen2 takde lesen ni jugak lahhh korang nak pecaya
Dokte2 pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 28-9-2020 06:46 PM
Di zaman semua benda ujong jari neh ada lagi ejen pekej pelancongan???????
Travel agency yg ada les ...

Rasa diorang pilih travel agent sbb murah sgt Harga yg di offer banding booking kt Agoda/trivago tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:10 PM | Show all posts
masa menipu xfikir ke ????
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terubat luka TT dengan keputusan PRN sabah.
Nampak ada keceriaan di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:24 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 28-9-2020 05:05 PM
"Ni yang tipu Che Ta tu kan?"- Bekas PA Aliff Syukri Kantoi ‘Scam’ Frontliner Dengan Pakej Hotel M ...

ehhhh ada lagi shafaaton ni
bukan dia ke polis yg kcoh isu sg buloh hari tu?
so nmpaknya lebai gagal menyingkirkan polis kurap katanya?


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 28-9-2020 07:09 PM
Rasa diorang pilih travel agent sbb murah sgt Harga yg di offer banding booking kt Agoda/trivago t ...

Tu bukan travel agent. Takde lesen tdc pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I la mangsanya. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayamph ni bab org melayu wow laju je bukak thread. Bab driver mabuk langgar org melayu smpi mati wat tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 28-9-2020 07:54 PM
Ayamph ni bab org melayu wow laju je bukak thread. Bab driver mabuk langgar org melayu smpi mati wat ...

Sis jgn tak tau, aku pnh kene tegur dgn penjilat tegar ayam gara2 aku kutuk ayam dok buka thread psl melayu. Penjilat ni soh aku buka thread sendiri kalo tak puas hati. Koserrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas 30 laporan polis dibuat baru la polis nak tahan pasangan ini...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 09:38 PM | Show all posts
baguslah dpt tangkap..ingatkan dah lari luar negara ke last2 kat malaysia jg diaorg kene tangkap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.232579 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list