CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1742|Reply: 4

[Tempatan] Cinta ittew buta:Aliff dah terima balasan di dunia-Bella Astillah bangga dengan

   Close [Copy link]
Post time 28-9-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mengakui suaminya sudah menerima balasan di dunia menerusi hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap penyanyi itu.

Aliff dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.

Selepas dua minggu menjalani hukuman terbabit, Alif dibebaskan pada Ahad lalu.

Bella berkata, biarpun ujian yang diterima Alif berat namun dia bangga dengan suaminya kerana tidak melarikan diri dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

"Tak semua orang berani mengaku kesalahan dan saya bangga dengannya.

"Alhamdulillah ramai yang mendoakan tapi ada juga mulut-mulut jahat yang kata dia buat hal lagi sedangkan itu kes lama.

"Aliff sudah menerima balasan di dunia dan dia sedang memperbaiki dirinya. Saya selalu berpesan kepadanya supaya sentiasa kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku kesilapannya.

Dia pun tak lari daripada apa yang dah dia lakukan. Kes itu tidak terlalu berat tapi di Singapura sangat tegas sebab itu dia kena juga jalani hukuman yang ditetapkan," katanya ketika ditemui di Havoc Food Festival 3.0 di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.

Havoc Food Festival 3.0 mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Turut hadir pada majlis perasmian Havoc 3.0 adalah Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Dalam pada itu, Bella berkongsi mengenai jualan laksa di karnival itu dan bersyukur menerima sambutan yang amat mengalakkan selepas sudah lama tidak dapat turun padang untuk berniaga.

"Ini adalah kali ketiga saya sertai karnival makanan Havoc. Sebenarnya saya seronok bila berniaga cuma buat masa sekarang tak ada perancangan nak besarkan lagi empayar perniagaan..

"Sebab saya masih ada adik yang bersekolah dan saya tak rasa yang saya ada masa untuk fokus bisnes buat masa sekarang. Tapi kalau ada lagi karnival macam ini, saya akan turut serta.

Saya sangat gembira kerana karnival ini membantu saya menambah pendapatan. Respons yang diterima daripada pengunjung yang datang pun baik," katanya.

Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

https://www.hmetro.com.my/rap/2020/09/625149/aliff-dah-terima-balasan-di-dunia%C2%A0

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu buat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:20 PM | Show all posts
cinta.


penangan cinta


semoga segalanya baik untuk ko sekeluarga.

kita mungkin geram dan xkisah Aliff tu mampus sekalipun ,syukurlah masih ada perempuan yg sanggup bersama ko walaupun ko gagal .


Jadikan ini pengajaran

Cipta akhiran yg terbaik,kemas dan mampu dikenang di sepanjang zaman.
Ameen.

cinta itu inspirasi, ternyata ianya benar !
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:22 PM | Show all posts
Thread closed....lebih sesuai kat Bod Gosip Tempatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:22 PM | Show all posts
TT,  Napa ko letak di thread isu semasa?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.477584 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list