CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13854|Reply: 19

[Tempatan] Lelaki ini terkejut isterinya seorang guru agama,minat rakan sejenis a.k.a lesbi

   Close [Copy link]
Post time 29-9-2020 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku sudah berkahwin hampir 2 tahun, belum dikurniakan cahaya mata. Perkahwinan kami asasnya suka sama suka, tapi sangat jarang berhubung dalam tempoh bertunang. Jadi boleh dikatakan kami ni bercinta selepas nikah.

Dalam tempoh bertunang alhamdulillah tiada apa apa halangan berlaku. Namun ujian aku berbeza, aku diuji selepas berkahwin.

Awal perkahwinan kami bahagia, kami sempat berbulan madu, berjalan jalan. Orang kata kentut masih wangi.

Tapi minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, hubungan kami terasa dingin dan makin dingin.

Aku tak tahu di mana punca, aku mula bersangka buruk pada isteri tiap waktu. Untuk makluman semua dah 2 tahun aku ber “PJJ”.

Isteri aku seorang guru mengajar subjek agama berlainan negeri. Sebab dapat tawaran kat sana, jadi sangat jarang berjumpa. Sebulan mungkin sekali atau 2 kali je berjumpa.

Isteri duduk dirumah ibu bapanya. Asalnya ikut aku di perak, tapi lepas dapat tawaran dia dapat balik negeri dia dan sekolah tak jauh dari rumah keluarga dia.

Makin lama kami kurang bertegur sama ada call atau mesej, semua bermula dari aku dulu. Kalau aku tak tanya, isteri memang takde nak mesej.

Kerja aku pun sibuk, ada shift, kadang tak sempat nak call atau mesej. Tapi bagi aku saling bertanyalah, baru adil.

Maaf agak peribadi, secara jujur dalam tempoh perkahwinan aku belum pernah bersama dengan isteri.

Aku tak tahu nak cerita kat siapa, boleh bayang macam mana ketahanan aku? Isteri depan mata boleh tengok je. Asal berjumpa tengah cuti, asal nak cakap penat, cakap ngantok. Sebab tu belum ada anak.

Ada yang pernah cakap kenapa tak ikut isteri pindah sekali kan lagi mudah kawalan. Aku bukan taknak, tapi alhamdulillah rezeki aku kerja kat sini gaji hampir 5k.

Kalau ikutkan dia tak payah kerja pun boleh, cukup sangat nak sara. Aku bukan tak pernah applykan sekolah area sini, dapat dah pun. Tapi isteri yang taknak. Yelah sana dekat dengan rumah dia.

Cerita ni berlarutan sampailah beberapa bulan lepas aku balik. Allah nak tunjuk kat aku, isteri aku lupa log out fb dia kat laptop. Aku buka dan sangat terkejut.

Aku ambil jugak hp dia (waktu dia tidur) dan aku buka (mujur aku pernah nampak dia taip password). Dalam tu bukti semua kekusutan aku terjawab.

Rupanya isteri aku ni songsang, Allah.. aku sangat terkejut. Mengucap panjang aku, aku tengok gambar, video, whatsapp, sangat menjijikkan.

Aku tak sangka dia macam tu, dan aku check balik kat fb dia. Sebenarnya benda ni dah berlarutan 2,3 tahun sebelum aku kawin dengan dia lagi.

Aku terfikir, adakah dia berkahwin sebab dia nak tutup aib, atau keluarga paksa sebab dah tahu rahsia anak, tapi mngsanya siapa? AKU.

Positifnya aku fikir Allah nak uji aku, tapi ujian sangat berat, dalam syarikat aku sebagai eksekutif ramai kenalan, aku ada keluarga besar, aku fikirkan apakah kesan selepas ni.

Aku pegang hp dia, memang ikutkan aku langsung tak pernah pegang hp dia, sebab dia tak bagi. Kalau tidur dia letak bawah bantal.

Tapi malam tu, dia cas hp dan letak sebelah laptop kat ruang tamu. Aku cuba kawal marah, waktu tu ibu dan ayah dia dah tidur, aku seorang diri kat ruang tamu, isteri aku dah tidur kat bilik.

Esok paginya lepas sarapan, aku panggil dia masuk bilik dan sekali lagi aku cuba kawal marah supaya ibu dan ayah dia tak dengar. Aku mintak penjelasan dia, hampir 2 jam aku dengar dan membalas.

Selama ni yang aku anggap isteri yang baik, solat malam tak tinggal, tapi ini perbuatan dia belakang aku.

Pagi tulah terbongkar semua, dia dah mula tinggi suara, marahkan aku, salahkan aku. Seolah olah, aku membuka aiib dan pekong dia.

Tapi aku tak tahu macam mana, aku tak marah kat dia, aku bagi peluang kat dia. Dengan harapan isteri aku berubah dan menyesal perbuatan dia tu.

Cikgu agama apakah begitu ? Silap hari bulan anak murid jadi mngsa. Aku walaupun bukan ust tapi aku tahu basic agma. Aku tahu mana haram mana halal, patutlah makin tak bertanggungjawab.

Selama ni fokus dia dekat kawan songsang dia tu. Dan lagi sadis, kawan dia pun baru berkahwin. Kesian suami dia sama macam aku nanti.

Dan aku ada terbaca, golongan sonsang terutamanya perempuan ada lah yang paling susah sekali nak kesan. Elok berjubah, elok bertudung labuh, tapi disebalik tu kita tak tahu.

Mungkin ni ujian aku, sekarang aku buntu tak tahu nak buat apa. Lepas kisah tu, aku buat biasa depan family dia.

Aku balik ke perak semula pun macam biasa. Family dia dan family aku belum tahu kisah ni.

Aku yang rasa tertekan, stress, kerja aku tak boleh nak fokus. Dah 2 bulan aku tak balik, aku duduk tak berurus kat rumah sewa. Dalam 2 bulan ni dekat 7 hari aku dah cuti.

Tapi aku tengok kehidupan dia normal je, macam langsung tak bersalah. Aku follow je status whatsapp dia, fb dia, macam takde apa apa yang berlaku.

Tapi beberapa hari lepas, dia whatsapp aku, mintak aku lepaskan dia. Lagi bertambah stress aku, memang aku rasa dia langsung takde perasaan kat aku selama ni.

Aku fikirkan majlis dia yang lalu, majlis aku yang lalu, usaha ibu ayah dia, mak ayah aku, aku rasa kalau keluarga masing masing tahu agaknya aku yang dipersalahkan.

Tapi bukti ada aku simpan, sempat aku snap mana yang penting kat hp aku.

Dan kalau takde bukti, aku tak rasa keluarga dia boleh terima. Sebab dia keluarga yang baik baik.

Kebanyakan adik beradik dia mengajar agama, jadi kalau aku balik hujung bulan ni, akan ada konflik terbesar yang akan jadi.

Aku tak tahu apa perlu buat sekarang, nak berhadapan dengan keluarga, kawan kawan, staff syarikat.

Kalau jadi berpisah, aku rasa macam aku buat satu kesalahan paling besar dalam hidup, track record aku dah buruk, aku menyumbang angka pencerraian.

Aku rasa tu dulu cerita aku. Tak mampu nak taip dalam sedih ni, suami menangis, kalau rasa kahwin boleh datang mudharat pada diri dan orang lain, lebih baik jangan berkahwin, sudahnya masing masing dalam kesusahan.

Kredit : Aninamos

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 12:36 AM | Show all posts
benda ni biasa....aku pernah kenal ngan sorang kawan ni.....dr raut wajah spesis yg warak....puasa...solat tak pernah tinggal....tp apa yg pelik nyer ngan dia ni suka tgk gambar laki yg ber- muscle.......satu hari tu aku sembang2 ngan dia....last2 dia mengaku dia ni gay....terkejuzzz aku
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jilat dinding lah iya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:46 AM | Show all posts
xpe janji tak berkhalwat dengan bukan muhrim
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy rasa cerita laki ni

Jenis hormon testesteron tak cukup dos.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Basi kes lesbo ni.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2020 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ada je lesbo jadi bisex lepas kawen? Cmner tu?

Alaah laki ni pun.sikit je ujian. Bukan kaki patah kena hempap konkrit waktu gempa bumi.Chil la.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam babi je artikel..org lelaki mana nak taip panjang-panjang cm novel.dia keje eksekutif.bukan penulis novel..ni semua rekaan aja.. eksekutif mana ada masa karang cmni? Klu dia tau isteri songsang,dia trus ceraikan ajala..mana org laki nk karang pjg luahan hati..menipu sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Trisam la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
laki asal perempuan bertudung gaya ustazah jer terus cop perempuan baik berkenan nk buat bini. yg seksi freehair korg pandang rendah nak buat main. inilah padahnya kalau tengok luaran x betul2 kenal hati budi sebelum kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 29-9-2020 05:52 AM
Cam babi je artikel..org lelaki mana nak taip panjang-panjang cm novel.dia keje eksekutif.bukan penu ...

Kannnnn..2 tahun tak pernah on.honeymon kejadah.Takkan sebegitu naif jadi laki.memang elok bercerai jer punn.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 tu ingatkan isteri TT lesbian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah aku percaya cerita pengakuan anonymous macam ni. Lemahnya jantan ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol.. cerita luahan org lain rupenye. To me, senang je. Lelaki ni kalau tau wife ade affair.. pastu xde anak lagi, tggl je la perempuan tu. Perempuan lain byk kot kat luar. So lelaki yg buntu type pnjg2 mcm ni, cerita die x legit pn. Tulis kate x pernah bersama ape semua. Heh.. poyo je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak pun tak percaya cerita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya.. Dugaan org yg tahu selok belok agama lagi teruk.. Kalau tak.. Kita takkan dengar ustaz liwat kanak2..sami buddha rogol wanita.. Paderi ada hgn seks dgn kanak2..nun pedo dgn gadis bawah umur..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak fikir apa lagi, bagitau lah keluarga hal sebenar tunjuk semua bukti yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dayus ka apa, dah 2 tahun kawen tak pernah on.
Ustazah pun lari oi..agak2 la
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 29-9-2020 06:59 AM
Kannnnn..2 tahun tak pernah on.honeymon kejadah.Takkan sebegitu naif jadi laki.memang elok bercera ...

ada je laki gini..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:13 AM | Show all posts
Thread closed....lebih sesuai kat Bod Kongsi Tular

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.195162 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list