View: 1142|Reply: 8
|
[Tempatan]
Warga Filipina beli MyKad palsu
[Copy link]
|
|
Warga Filipina beli MyKad palsu
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/736205/warga-filipina-beli-mykad-palsu
Oleh Safeek Affendy Razali - September 28, 2020 @ 8:06pm
bhnews@bh.com.my
JPN menahan tujuh lelaki warga Filipina kerana memiliki MyKad palsu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan tujuh lelaki warga Filipina kerana memiliki MyKad palsu.
Mereka berusia antara 24 hingga 31 tahun ditahan dalam serbuan di Pantai Dalam dan Setapak, di sini, Khamis lalu.
JPN dalam kenyataan hari ini berkata, Bahagian Penguat Kuasa JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan serbuan berkenaan.
Katanya, MyKad itu dibeli daripada ejen dengan harga di antara RM250 hingga RM450 setiap satu.
"Siasatan lanjut mendapati mereka berasal dari Filipina dan menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri serta menyimpan kad pengenalan yang bukan kepunyaan sendiri.
"Suspek juga sudah menggunakan kad pengenalan ini sejak tiga bulan hingga tiga tahun lalu dan memasuki Malaysia melalui Sabah dan seterusnya ke Semenanjung melalui Johor," katanya.
Menurut kenyataan itu, semua suspek dihadapkan ke mahkamah hari ini dan mengaku bersalah.
Katanya, mereka dihukum penjara antara satu hingga tujuh bulan berkuat kuasa dari tarikh mereka ditahan selepas disabit kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) kerana memiliki MyKad palsu.
Orang ramai diminta memberikan maklumat berhubung penyelewengan dengan menghubungi e-mel pro@jpn.gov.my.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tangkap sekli org yg supply kad pengenalan palsu tu. bersepah diorg sini bawak ic palsu..kemain jalan berkepak badan tatu cakap kuat. pengotor |
|
|
|
|
|
|
|
Leluhur ni memang berlagak bila masuk Malaysia nak pulak kalau tanpa izin |
|
|
|
|
|
|
|
kad palsu ni chip die ok ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dahlah negara penuh indon,rohingya... tambah pinoy pulak... masakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas pulak naik katebang tunjuk ic palsu kan |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah jumpa sorang ni.. dia cakap bahasa indonesia punyalah pekat.. bila aku tanya dia asal mana.. dia kata dia orang msia..ada ic.. asal johor... sampai kesudah aku tak percaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah dah ditangkap harap usaha diteruskan agar yang lain pun tertangkap sama |
|
|
|
|
|
|
|
dlm duk bangga negara masing2 hebat..nak gak masuk malaysia..sanggup tu beli ic palsu |
|
|
|
|
|
|
| |
|