CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2894|Reply: 28

[Tempatan] Impian jadi PM9 musnah lagi. Lepas Cina DAP, Amanah pulak tak setuju UMNO join P

  [Copy link]
Post time 29-9-2020 09:56 AM | Show all posts |Read mode
DAP, AMANAH tolak rancangan Anwar jika babitkan MP Umno bermasalah?
4-5 minutes

Mutakhir ini saya hampir terputus dengan sumber Pakatan Harapan (PH) disebabkan keuzuran. Jadi, tanggapan saya terhadap perkembangan politik lebih bergantung kepada imiginasi dan agakan, serta sifir politik sendiri, juga didorong oleh kecenderungan saya.

Selepas selesai babak awal politik Sabah, tumpuan mungkin kembali semula kepada langkah Anwar Ibrahim untuk mendapatkan “cukup bilang”.

Ramai bersetuju dengan usaha merebut kembali kuasa yang dicuri hujung Februari 2020 itu. Dan Anwar sendiri mendapat mandat dan kepercayaan PH untuk mengumpul sokongan, meskipun ada beberapa opsyen sekiranya Anwar gagal. Memang Anwar adalah pilihan pertama dan utama.

Di Parlimen melalui beberapa kali undian, ternyata Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti cukup tipis, sekitar 3-4 kerusi sahaja, termasuk MP yang uzur. Jelas, kerajaan tidak stabil dan mudah goyah.

Anwar digambarkan cukup yakin dengan angka yang ada, cuma dipisahkan oleh faktor Yang di-Pertuan Agong. Sidang medianya minggu lalu juga nampak meyakinkan.

Difahamkan, untuk mendapat perkenan Agong, Anwar perlu menunjukkan sokongan yang diperolehinya adalah kuat, dengan majoriti yang selesa. Sekiranya angka yang ada sekadar majoriti tipis seperti Muhyiddin-PN, besar kemungkinan Istana Negara tidak merestui peralihan kuasa itu.

    Congakan kasar saya, jika benar Mahathir-Pejuang dan Warisan yang mempunyai lebih kurang 15 kerusi Parlimen tidak bersama Anwar, Presiden PKR itu harus menarik lebih 20 wakil rakyat di luar PH untuk bersamanya.

Dengan andaian GPS kekal dengan Muhyiddin — sekurang-kurangnya gabungan parti itu tidak bersedia untuk mendapat “cukup bilang” — tumpuan kini difokuskan untuk menarik ahli Parlimen Umno-BN.

Atau mungkin ada sebilangan kecil ahli Parlimen Pas dan juga Bersatu yang turut berminat bersama Anwar; sekurang-kurangnya rekod mereka tidak seburuk pemimpin Umno. Saya kurang arif bilangan MP Bebas yang ada, apakah mereka turut tersenarai?

Apa pun, meraih sokongan lebih 20 MP Umno-BN bukan saja tidak mudah, tetapi yang jauh lebih sukar adalah untuk mendapat restu dan persetujuan daripada rakan-rakan Anwar dalam DAP dan AMNAH.

Saya juga tidak pasti bilangan MP Umno-BN yang tidak terpalit dengan tuduhan korupsi dan salahguna kuasa, yang bukan anggota pentadbiran kerajaan Muhyiddin.

Amat sukar

DAP dan AMANAH dikenali sebagai parti yang mengutamakan integriti dan berpegang dengan prinsip tatakelola yang baik (good governance). Saya yakin, untuk menarik sokongan lebih 50 MP kedua-dua parti itu amat sukar jika ahli-ahli Parlimen Umno tertentu turut sama dalam kerajaan baharu nanti.

Apatah lagi apabila kita merenung sikap politik DAP yang mempunyai 42 suara di Parlimen, yakni bilangan yang cukup signifikan.

Takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Anwar, jangan ambil mudah pendirian sekutunya dalam PH itu. Ia bukan pilihan di antara Mahathir dan Anwar, tetapi melibatkan sikap politik dan prinsip parti yang sudah lama diasaskan.

Terdengar desas-desus pemimpin AMANAH-DAP berbisik tanda kurang puas hati dengan rancangan super sulit Anwar itu. Dipercayai Anwar tidak pun berunding dengan ketua-ketua parti, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng, tentang langkah terbarunya itu. Malah, sebahagian besar pemimpin PKR pun tidak mengetahuinya.

    Saya mungkin naif membaca politik Mahathir, tetapi jika kita masih percaya bahawa kuasa mesti direbut sebelum PRU15, faktor “orang tua” itu, baik dan buruknya, mesti diambil kira.

Isunya bukan sangat sokong atau masih menaruh kepercayaan kepada Mahathir, tetapi berpakat dengan Umno-BN bagi mendapat “cukup bilang” terdedah kepada risiko penolakan daripada rakan-rakan PH sendiri.

Anwar pun bukan muda lagi, kerjaya politiknya sarat dengan pengalaman berharga; dalam usia melebihi 70 tahun itu, pasti Anwar dapat membaca penuh bijaksana situasi sulit ini dan mengatur gerak terbaik demi kepentingan negara. Anwar juga arif sangat dengan perangkah musuh politiknya.

Kita perlu bersabar menanti perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima menghadap Anwar. Sekarang setakat berteka-teki sahaja.

Sahabat saya menelah, maklumat mungkin hanya dikongsi oleh Anwar dan dua rakan rapatnya, Saifuddin Nasution Ismail dan Johari Abdul.

“Kedua-dua mereka, bersama Anwar, rapat dengan Zahid Hamidi, Presiden Umno,” tambahnya sambil ketawa panjang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ibarat najis mughallazah.. semua pandang jijik pakat xmo dekat dan xboleh dekat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam krisis pandemik ni, masih lagi rakus dengan jawatan ke............
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:00 AM | Show all posts
aku sampai skrg x faham,kenapa ade ahli umno nak join PH?
nampak gaya xleh pilih parti cmni,kena pilih calon je,tapi calon pun xkenal sgt,
sebenrnye kita sbg rakyat xde hak nk pilih parti dan PM,
yg kita undi tu utk wakil kita je......kita pung pang x suka anwar last2 wakil yg kita pilih suka anwar kita xleh buat ape pun....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:06 AM | Show all posts
budakshinchan replied at 29-9-2020 09:59 AM
ibarat najis mughallazah.. semua pandang jijik pakat xmo dekat dan xboleh dekat..

Betul sangat

DAPigs memang najis berat
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:32 AM | Show all posts
gila kuasa...
gila harta....
gila nama....




semua gilaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jgk join ph dgn sharat tiada dap
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 29-9-2020 11:00 AM
aku sampai skrg x faham,kenapa ade ahli umno nak join PH?
nampak gaya xleh pilih parti cmni,kena pi ...

Presiden umno bukan perdana menteri, tu yang dia takdapat kawal, ikut kata Nur Jazlan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 29-9-2020 11:06 AM
Betul sangat

DAPigs memang najis berat

nope, I meant UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
budakshinchan replied at 29-9-2020 12:24 PM
nope, I meant UMNO

You silap ahmoi

dapig tu mughallazah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sudahnya PKR kluar PH
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
" pasti Anwar dapat membaca penuh bijaksana situasi sulit ini dan mengatur gerak terbaik demi kepentingan negara".

Kepentingan negara MY ASS gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:30 PM | Show all posts

entah netha mmg tak ada pun umno yg nak join PH ...  lawak lahhh ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:35 PM | Show all posts
amanah kan ikut tuannya.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:41 PM | Show all posts
dah tu yg mujahat membodek najib sblm ni apa.

anjing follow ckp tuan.

tuan pulak dah malu, bn taknak kat dia, dan2 dia u turn ckp dia taknak konon.


tapi paling bebal, macai ph, dan2 purrrrrcaya ckp tokong
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib pandapig ada lagi secebis otak utk selamatkan bangnon dari bunuh diri. tau la tertekan dua dekad tak dapat2 lagi jadi pm tapi kalau betul mp2 dlm list tu yg bakal 'sokong' bangnon, selamat la taik2 yg PN flush jatuh ke dlm PH, PN pon jadi la sesuci embun pagi dan PH jadi lubuk kumbahan. Ini hanya akan bagi pejuwang alasan yg sangat kukuh utk masuk kem wak sbb perompak2 yg atok 'benci' dah berambus. mungkin jugak parti liar pesta muda mudi sadik join sekaki. maklum la peluang menang besar tu pru15 dgn sentimen rakyat asal bukan dapig + penyamun umno. maka atok menang lagi dan bangnon terus kempunan sampai mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 07:02 PM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 29-9-2020 12:14 PM
Presiden umno bukan perdana menteri, tu yang dia takdapat kawal, ikut kata Nur Jazlan.

ape ke kemaruk nak kawal,biar je la dari tergadai kat cayanun lagi la susah,xleh ke melayu ni bersatu je
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
PujaWang pujaWang pujaWang
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:57 PM | Show all posts
Edited by monreyes at 29-9-2020 08:28 PM

nampak sangat dah berpuak2 sekarang, my conclusion :
1. MN-UMNO Team A/PAS
2. AI/PKR/UMNO Team B
3. Warisan/DAP/Pejuwang @ parti kumbahan
4. Bersatu/Sarawak/Sabah






Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza82 replied at 29-9-2020 04:41 PM
dah tu yg mujahat membodek najib sblm ni apa.

anjing follow ckp tuan.

Marah macai PH tau.. Depa kata bukan anwar jikat UMNO.. UMNO jilat anwar.. Lepas tu meroyan suruh iols pi tanjung rambutan.. Kemaluan sungguh depa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.276610 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list