CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3823|Reply: 10

Suasana damai di Sungai Bil Slim River

[Copy link]
Post time 4-10-2020 02:54 PM | Show all posts |Read mode
bangga sebagai anak perak

Air Terjun Sungai Bil

* Lokasi: Kira-kira 15 kilometer dari bandar Tanjung Malim

* Dari pekan Tanjung Malim, pengunjung akan melalui perkampungan, iaitu Kampung Behrang Ulu, Kampung Sungai Dara, Kampung Sungai.

* Airnya yang sangat jernih dan sejuk.

Sesuai untuk berkhemah, meredah hutan, memancing dan berkelah

* Ada sebuah empangan hidroelektrik digunakan untuk menjana elektrik

* Menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dewan.




MALAYSIA mempunyai banyak pusat rekreasi berasaskan alam semula jadi seperti air terjun yang di kelilingi keindahan flora dan fauna.

Rata-rata di semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ada air terjun masing-masing mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri.

Di Perak sahaja, banyak air terjun yang jadi tumpuan pelancong, Antaranya ialah di Air Terjun Sungai Bil, di Slim River, Perak.

Kedinginan bayu dan kesejukan air terjun yang mengalir dari kaki Banjaran Titiwangsa ke kawasan rekreasi dan perkelahan Sungai Bil, ini menjadikan kawasan terbabit sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.


Malah, keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara di sekeliling kawasan terbabit menjanjikan suasana yang aman dan sering kali menjadi sasaran pengembara untuk meneroka sepuasnya.

Ketua Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung (JSPK), Roslan Abd Kahar,61, berkata kawasan ini terletak dalam kampung tradisi yang menjadi tumpuan orang ramai sejak berpuluh tahun dahulu.

Katanya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di kawasan ini perlu dipulihara dengan baik supaya dapat dinikmati oleh generasi masa akan datang.

"Sungai yang mempunyai banyak jeram berbatu membentuk takat terjun di sepanjang sungai adalah terbentuk daripada fenomena alam semula jadi menyebabkan kawasan ini mempunyai panorama semula jadi yang menarik.

"engunjung tidak dibenarkan mandi-manda di takat terjun berdekatan Stesen Mini Hidro Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan di bahagian atas stesen terbabit demi keselamatan," katanya.

Pengunjung yang berkereta dikenakan bayaran sebanyak RM3 dan motosikal pula hanya RM1 pada Sabtu dan Ahad serta cuti umum. Bayaran itu bagi menampung kos penyelenggaraan kemudahan dan kebersihan bagi menjamin keselesaan pengunjung ketika beriadah.


Katanya, bagi mengelakkan pengunjung mandi-manda atau berkelah di kawasan yang tidak dibenarkan itu, pihak JSPK membuka kawasan baharu di sepanjang sungai bagi mengelakkan kesesakan di sepanjang sungai terbabit.

"Sehingga hari ini, air yang mengalir dari kaki Banjaran Titiwangsa itu memang bersih dan jernih serta bebas dalam apa juga bentuk pencemaran.

"Menjadi tanggungjawab bersama termasuk pengunjung sama ada penduduk tempatan atau luar memelihara dan memulihara keindahan alam semula jadi yang terdapat di kawasan ini," katanya.

Roslan berkata, pihaknya sentiasa memantau kawasan rekreasi dan perkelahan itu secara berkala bagi memastikan pengunjung mematuhi peraturan ketika mengunjungi kawasan terbabit.

Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti dewan orang ramai, tempat letak kereta lot, kedai makanan dan minuman dan rumah rehat untuk keselesaan pengunjung. Sekarang, Lata Sungai Bil dikenali di seluruh negeri ini untuk aktiviti peringkat kebangsaan yang diadakan di sini seperti pertandingan ECO Challange.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2020 02:55 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:24 PM | Show all posts
Eloklah diperkenalkan tempat pelancongan tempatan yang masih ramai belum tahu boleh membantu ekonomi setempat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tp kene buat denda terutama yg buang sampah pampers tu.org malaysia pantang tengok tempat bersih, ade je nak buang sampah merata
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
X suka tempat2 ni dipopularkan...biar org situ je tau n geng2 outdoor yg biasa explore tmpt2 cmni dari geng bbnu yg p bila viral je. Menyemak je diorg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2020 08:37 AM | Show all posts
Rindu nak mandi sg..yg mkn dlam sungai tu bukan kat sini jugak ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2020 12:08 PM | Show all posts
soooo tenang……………...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2020 12:16 PM | Show all posts
sungai kt ulu dong pun leh tahan sejuk..
tetap jadi tempat org buang sampah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2020 02:16 PM | Show all posts
memang best.... tapi masalah biasa kat malaysia ni adalah parking...... ngeri je nak selisih kat jalan kecik tu ngan kereta kiri kanan parking bersepah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungai bil ni dah popular. Dulu aman2 jer berkelah kat situ. Ade satu lagi sungai canai. Situ pun best.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah pergi sini last year. Terkejut tengok kampungnya sungai betul betul belakang pintu rumah. Iols macam wow sgt tengok cantiknya tempat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068762 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list